Wednesday, September 30, 2009

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.Rasional Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekansuppress semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubalsatu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.
ObjektifObjektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu: "BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenagakerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi. Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagiapabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru- baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.

Strategi Pelaksanaan
Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:
(a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama;
(b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah;
(c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
(d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
(e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan
pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
(f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
(g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan
peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang
bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;
(h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang
menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang
seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan
mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;
(i) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula
kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;
(j) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti
terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;
(k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
(l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang
wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi
pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan
(m) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan
kadet tentera, kadet polis,pengakap, puteri Islam dan lain-lain.
Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/ Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasayang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkanbagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan danPenyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.
Penutup
Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidangtertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebihramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swastasecara aktif.

Etika Perkhidmatan Awam

ETIKA PERKHIDMATAN AWAM DAN NILAI MURNI


ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

I. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.
Adalah menjadi tanggungjawab seseorang pekerja itu membaiki mutu perkhidmatnnya dgn meningkatkan kemahirannya menerusi latihan tertentu, pembacaan, perbinvangan, sesame sendiri ttg aspek pekerjaannya dan lain-lain. Kesediaan seseorang pekerja untuk mengatasi kelemahan dirinya tanpa diperingkatkan oleh ketuanya adlah satu sikap yang terpuji.

II. Bekerja dengan penuh tenggungjawab
Setiap pekerja dikehendaki b/jwb terhadap kerjanya. b/jwb bererti melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin seperti yg di harapkan oleh organisasi.

III. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
K/tangan kerajaan perlu menyifatkan dirinyan sbg penggerak mykt tanpa menggunakan kedudukannya bagi mencari keuntungan diri sendiri. Sifat sombong dan bongkak perlu dihapuskan dan digantikan dgn perasan insaf dan sopan.

IV. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
Negara mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan serta mengamalkan pelbagai kepercayaan dan budaya. Keadaan ini memerlukan semua k/tangan kerajaan bekerja dgn muhibah dan kemesraan.

V. Bekerja kea rah memajukn pemikiran rakyat
Adalah menjadi kewajipan bagi setiap k/tangan kerajaan membantu memberi kefahaman kepada mykt awam ttg dasar, program serta hasrat k’rjn agar pembangunan dan perubahan yg di bawa k’rjn dapat dilaksanakan dgn lancer dan jayanya.

VI. Bekerjasama dalam membenteras keselamatan dan musuh Negara
Semua pihak terlibat dlm usaha membenteras kelemahan Negara seperti kemiskinan, kejahilan, dan rasuah. Kerjasama antara semua pihak iaitu awam , swasta serta golongan tertentu adalah penting bagi memastikan keamanan serta menggerakkan Negara kearah pembangunan yang menyeluruh.

VII. Berpegang teguh kepada ajaran agama
Berpegang teguh kepada ajaran Agama merupakan satu aspek yang sangat penting dlm menjalankan tugas. Ini kerana agama itu membawa nilai-nilai murni dan baik dlm membentuk pekerja yang jujur, cekap dan berkesan.






SEBAB ETIKA KHIDMAT AWAM DIWUJUDKAN

Untuk mewujudkan kakitangan awam yang dapat memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan, kerana permintaan rakyat terhadap perkhidmatan awam terus meningkat dan mereka mahukan satu pentadbiran yang cemerlang.

Terdapat tuduhan bahawa kakitangan awam telah melakukan beberapa penyelewengan dalam melaksanakan dasar – dasar kerajaan.

Adalah menjadi matlamat dan azam kerajaan untuk meningkatkan lagi mutu kecekapan dan prestasi perkhidmatan awam dari masa ke semasa.

Di samping itu terdapat juga faktor – faktor luar yang mendorong kerajaan untuk mewujudkan etika ini. Antaranya ialah kemerosotan ekonomi, ancaman keselamatan di rantau ini dan berlakunya gejala – gejala yang kurang sihat seperti rasuah, penipuan serta penyelewengan dalam melaksanakan tugas – tugas yang diamanahkan.

AMALAN-AMALAN ETIKA KHIDMAT AWAM

· Mengadakan hari penganugerahan atau pengiktirafan dan penghargaan.

· Menubuhkan jawatankuasa kelab sukan, kebajikan dan sosial.

· Mengadakan sesi dialog serta perbincangan untuk menerangkan tatacara pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam dari masa ke semasa.

· Menghasilkan makalah jabatan yang mana melaluinya bolehlah dimasukkan rencana – rencana yang berkaitan dengan Etika Perkhidmatan Awam.

· Mengadakan Majlis Jamuan Minum Teh atau hari keluarga dan lain – lain aktiviti yang sesuai.
· Mengadakan majlis ceramah atau syarahan agama dari masa ke semasa.

· Menghantar kakitangan ke mana – mana kursus atau latihan yang boleh meningkatkan lagi kemahiran dan kecekapannya.

· Menganjurkan pertandingan seperti taman bersih, pejabat bersih dan lain – lain.

· Menyediakan manual kerja atau jadual kerja serta buku panduan jabatan atau unit.








NILAI MURNI


1. adil dalam perlantikan.
2. amanah dalam menjalankan tugas.
3. bertanggungjawab dalam perkhidmatan awam.
4. ikhlas dalam perkhidmatan awam.
5. dedikasi dalam perkhidmatan awam.
6. tekun dalam perkhidmatan awam.
7. berdisiplin dalam perkhidmatan awam.
8. bekerjasama dalam perkhidmatan awam.
9. berbudi mulis dalam perkhidmatan awam.
10. bersyukur dalam perkhidmatan awam.


1. Adil dalam perlantikan.
Pegawai itu tidak memilih kasih, saksama dalam sebarang kerja. Dengan itu akan wujudlah keadilan dimana hanya mereka yang layak, cukup syarat saja akan dipertimbangkan.

2. Amanah dalam perkhidmatan awam.
Beliau akan menjalankan tugas dengan jujur, sentiasa berserah kepada yang hak. Masa, wang tidak digunakan dengan cara yang membazir. Rasuah dielakkan semua kerja disiapkan ikut jadual.

3. Ikhlas dalam perkhidmatan awam.
Beliau bertugas dengan ikhlas, tidak hendak menunjuk – nunjuk, tidak memilih tugas dan sentiasa bersedia untuk bertugas tidak kira masa. Bertugas semata – mata kerana Yang Maha Esa.

4. Dedikasi dalam perkhidmatan awam.
Beliau bertugas dengan bersungguh – sungguh tanpa kenal jemu, tidak putus asa serta bersedia menghadapi cabaran.

5. Berdisiplin dalam perkhidmatan awam.
Pegawai ini sentiasa patuh, taat kepada arahan / peraturan pejabat, kuat dalam ajaran agama dan sentiasa berusaha menjaga imej diri serta jabatan




TONGGAK DUA BELAS


1. MENGHARGAI MASA
Orang yang menghargai masa menganggap “masa itu emas”. Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti kerugian, kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Setiap orang diberi masa yang sama banyak. Terpulanglah kepada setiap individu bagaimana dia merancang masanya.

2. KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN
Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurna dan membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada organisasi dan individu.

3. KESERONOKAN BEKERJA
Kerja merupakan satu beban yang dilakukan untuk hidup, malah bagi kebanyakan manusia berkerja itu merupakan pelakuan yang tiada hujungnya. Namun begitu jika kita mengambil pendirian yang optimistik kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan.
¨ Bekerja hendaklah dijadikan sesuatu ibadah
¨ Kerja itu hendaklah dijadikan cabaran
¨ Jika kerja itu kita anggap pengkhususan kita, dengan sendirinya kita menjadi pakar yang diiktiraf.

4. KEMULIAAN KESEDERHANAAN
Kesederhanaan menimbulkan keadaan yang kemas, bersih, selesa dan harmoni. Sesuatu yang keterlaluan, umpamanya hiasan yang berlebihan tidak menyenangkan mata memandang.

5. KETINGGIAN PERIBADI
Peribadi seseorang ialah “the total personality” – wataknya, sikapnya, perilakunya dan gaya membawa diri dalam pergaulan sesama manusia, baik di rumahnya sendiri, di dalam organisasinya dan di dalam masyarakat umum. Pengalaman hidup biasanya membawa watak. Namun watak sahaja tidak cukup untuk membentuk satu peribadi yang baik. Sikap yang positif dan terbuka membantu seseorang meningkatkan peribadinya ke tahap yang lebih tinggi. Perilaku atau pekerti yang penuh adap dan sopan santun turut mewarnakan peribadi. Selain itu gaya yang segak, kemas dan bersih menambahkan hiasan luaran peribadi.

6. KEKUATAN SIFAT BAIK HATI
Kita merasa senang dan selesa dengan orang yang baik hati. Kita tidak beraasa gentar, takut atau resah apabila bersama-sama dengannya. Segala sifat yang disukai manusia dihayati oleh orang yang baik hati seperti sopan santun, pemaaf, pemurah, bertimbang rasa, ramah mesra, kasih sayang, bersimpati dan suka menolong.


7. PENGARUH TELADAN
Manusia hidup bermasyarakat dan masyarakat itu dipimpin oleh seorang pemimpin, maka segala gerak laku pemimpin menjadi ikutan masyarakat itu. Pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan hasil atau keuntungan yang baik. Sebaliknya yang negatif boleh membawa padah yang buruk.

8. KEWAJIBAN MENJALANKAN TUGAS
Tugas adalah tanggung jawab yang ditetapkan bagi seseorang yang hidup bermasyarakat. Tugas tiap orang itu akan terkumpul menjadi hasil yang besar kepada sesuatu masyarakat yang akan menentukan untung rugi produktiviti mereka. Tugas mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna. Sebarang proses yang tidak menepati empat kriteria di atas, hasilnya akan menjadi tidak sempurna, lambat, tidak berguna, membazir dan mendatangkan kerugian dari segi wang, tenaga manusia, masa dan peralatan.

9. KEBIJAKSANAAN BERHEMAT
Seseorang yang tidak mahu berhemat, terpaksalah hidup melarat. Berhemat satu sifat yang elok dipupuk sepanjang masa, bukan sahaja dari segi wang, bahkan perkara-perkara lain seperti masa, bahan, kata-kata dan penggunaan apa sahaja.
Orang yang berhemat sebenarnya menghargai perkara atau benda-benda yang dicermatkan.

10. KEUTAMAAN KESABARAN
Orang yang sabar menerima segala cabaran dengan tenang, memikirkan dengan teratur dan jika timbul masalah ia tidak berputus asa.
Semangat ketabahan yang ada pada seseorang yang sabar, menunjukkan kewibawaannya dalam menjalankan tugas, keberaniannya menghadapi dugaan dan kepercayaannya terhadap matlamat yang harus dicapai.

11. PENINGKATAN BAKAT
Setiap manusia mempunyai bakat. Bakat dalam segala apa bidang sekalipun perlu ditingkatkan. Peningkatan bakat perlu, kerana ia boleh menolong ke arah penciptaan, ivovasi dan penyelesaian masalah yang rumit.

12. NIKMAT MENCIPTA
Kepuasan ialah tukuan dan puncak segala usaha manusia. Kepuasan yang amat ketara dan mendalam ialah nikmat yang terhasil daripada mencipta sesuatu, lebih-lebih lagi jika perkara atau bahan yang dicipta itu mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara.



1. MENEPATI MASA

AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
AMALAN NEGATIF – KUMPULAN PESERTA
¨ Menepati masa
¨ Menyegerakan tugas
¨ Mempunyai perancangan waktu
¨ Bijak menguruskan tempuih masa yang diberi
¨ Menumpukan masa pada kerja – kerja yang produktif dan kreatif
¨ Menetapkan target date untuk menyiapkan kerja
¨ Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan.
¨ Berbual-bual kosong
¨ Tidak mengerakan tugas
¨ Tidak ada sense of urgency
¨ Tidak ada priority
¨ Melayan tetamu yang tidak berkenaan
¨ Tinggalkan pejabat untuk urusan peribadi
¨ Ke kantin pada waktu bertugas
¨ Datang lambat, berbua kosong
¨ Bertanggunh-tangguh, melengahkan kerja.
¨ Perancangan tidak teratur.
¨ Membuat kerja yang remeh temeh
¨ Malas memajukan diri
¨ Bersikap pasif dalam tugas
¨ Budaya kerja (‘Last minute’)
¨ Kerja sambil lewa
¨ Balik cepat


2. KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN

AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
AMALAN NEGATIF – KUMPULAN PESERTA
¨ Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar
¨ Rajin dan sentiasa berusaha
¨ Tekun dalam melaksanakan tugas
¨ Saabar dalam menhadapi cabaran cabaran pekerjaan
¨ Berpandangan jauh
¨ Bersemangat dalam melaksaaaaaanakan tugas yang diarah
¨ Dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi
¨ Sanggup berkorban
¨ Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas
¨ Tidak patah semangat
¨ Bercita-cita tinggi
¨ Mudah tersinggung
¨ Kurang berdisiplin
¨ Mudah putus asa
¨ Tidak tejun
¨ Mudah mengalah
¨ Tidak bercita-cita tinggi
¨ Tidak bersemangat
¨ Tidak tahan kena marah
¨ Tidak ada inisiatif
¨ Tidak kreatif
¨ Suka bertanggunh
¨ Disuruh buat baru buat
¨ Mudah tersinggung
¨ Malas dan sambil lewa
¨ Tidak tekun dalam menjalankan tugas
¨ Mudah tertekan dalam menghadapi cabaran
¨ Tidak berdisiplin
¨ Berpandangan sempit
¨ Pasif dalam menjalankan tugas
¨ Tidak bertanggungjawab
¨ Individualistik
¨ Mudah putus
¨ Lemah semangat
¨ Tidak bermatlamat


3. KESERONOKAN BEKERJA

AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
AMALAN NEGATIF – KUMPULAN PESERTA
¨ Menganggap kerja sebagai bakat
¨ Mempunyai inisiatif sendiri
¨ Menghasilan sesuatu yang berfaedah
¨ Mempunyai komitmen terhadap kerja
¨ Sedia memberi kerjasama
¨ Menganggap kerja sebagai beban
¨ Tidak komited
¨ Hanya menunggu arahan
¨ Tidak suka menolong
¨ Tidak dipercayapi dan selalu dicurigai
¨ Menganggap kerja sebagai beban kerja dan terlalu mengharapkan ganjaran yang lumayan.
¨ Perlu diarah untuk menjalankan tanggungjawabnya:
¨ Tidak pandai berdikari
¨ Tidak bersemangat untuk bekerja
¨ Tidak dapat menghasilan sesuatu yang memberi manfaat dan tidak dapat sumbangkan sesuatu kepada masyarakat keseluruhannya.
¨ Kurang penglibatan terhadap kerja yang diceburi.
¨ Tidak dapat memberi kerjasama:
¨ Suka membantah/ingkar perintah
¨ Tidak bertolak ansur/timbang rasa
¨ Mementingkan diri sendiri
¨ Sdelalu bergantung kepada orang lain
¨ Tiada inisiatif
¨ Bekerja ikut perintah (umpama pahat dengan tukul)



4. KEMULIAAN KESEDERHANAAN

AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
AMALAN NEGATIF – KUMPULAN PESERTA
¨ Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan.
¨ Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan.
¨ Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
¨ Bersifat pemaaf dalam pergaulan.
¨ Boleh menerima teguran
¨ Berlaku adil dalam semua tindakan
¨ Menepati janji
¨ Sedia menerima cadangan dan nasihat
¨ Jujur dan ikhlas
¨ Merendah diri
¨ Bijaksana dalam membuat pertimbangan
¨ Bermaruah dan berhemah tinggi

¨ Menonjol-nonjolkan diri
¨ Bercakap dengan menggunkan perkataan bombastic
¨ Berkelakuan mengada-ngada
¨ Sombong dan meninggi diri
¨ Menyukarkan persoalan yang mudah
¨ Memperbesar-besarkan perkara kecil
¨ Kedekut atau berlebihan dalam dalam memenuhi keperluan organisasi
¨ Berlebih-lebih mengampu ketua
¨ Memperagakan krmewahan dan kedudukan
¨ Membazir dan merosokkan harta kerajaan
¨ Kerap menghias diri di pejabat
¨ Bersifat melampau dan keterlaluan dalam semua hal
¨ Berfikiran sempit dan tidak tegas
¨ Terlalu mementingkan kedudukan dan status
¨ Tidak membuat perancangan dalam pengurusan kewangan
¨ Ego dan emosional
¨ Tidak mahu menerima pendapat orang lain
¨ Bersikap berat sebelah dan pilih kasih
¨ Bersikap keras kepala
¨ Sering mungkir janji
¨ Berpura-pura
¨ Sombong
¨ Membuat keputusan tanpa pertimbangan
¨ Tidak berakhlak dan tiada nilai-nilai keperibadian




5. KETINGGIAN PERIBADI

AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
AMALAN NEGATIF – KUMPULAN PESERTA
¨ Teguh beriman dan bertaqwa dalam setiap tindakan
¨ Menyempurnakan tugas dan amanah
¨ Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggung jawab
¨ Berilmu dan berpengetahuan luas
¨ Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan
¨ Sedia berkorban
¨ Berlumpa-lumba membuat kebajikan
¨ Kemas dalam pakaian, pemikiran dan tindakan
¨ Bersifat penyanyang
¨ Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran
¨ Bertimbang rasa tetapi tegas
¨ Bersopan santun serta sederhana dalam kelakuan
¨ Taat setia dan patuh kepada arahan
¨ Bersyukur dalam menghargai kebaikan
¨ Bersih daripada sifat dengki
¨ Bertanggungjawab dan sedia berbakti
¨ Jimat cermat dalam segala aspek
¨ Tertib dan baik budi bicara
¨ Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas
¨ Crkal dalam menghadapi cabaran
¨ Bekerjasama dan saling hormat menghormati
¨ Bnerani dan berpendirian teguh

¨ Selalu berpura-pura dalam tindakan
¨ Bersikap sombong dan sentiasa menunjuk-nunjuk
¨ Sukar untuk membuat kebajikan
¨ Suka mengumpat dan memfitnah rakan sejawat
¨ Tamak dalam mengejar pangkat dan sanjungan
¨ Gopoh dalam bertindak
¨ Mengampu untuk mendapat pujian dan sanjungan
¨ Mungkir janji
¨ Suka menghina dan merendahkan usaha orang lain
¨ Pemarah dan tidak sabar
¨ Khianat dalam melaksanakan tugas
¨ Berdendam serta hasat dengki
¨ Bersungguh-sungguh mempertaahankan kelemahan dan keburukan diri.
¨ Suka membangkang tanpa cadangan untuk memperbaikinya
¨ Mementingkan diri sendiri
¨ Lembab dan malas berusaha
¨ Pengotor dan selekeh dalam pembawaan
¨ Tidak boleh dipercayai dan tidak amanah
¨ Tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri
¨ Suka membuat janji palsu
¨ Bersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusan.

¨ Tindakan dan kelakuan tidak sejajar dengan prinsip agama
¨ Tidak bertanggung jawab dan amanah
¨ Melakukan seseuatu pekerjaan dengan motif tertentu
¨ Tidak berminat menambahkan ilmu pengetahuan
¨ Pilih kasih
¨ Lebih mementingkan diri sendiri dari tugas
¨ Tidak berminat untuk menceburkan diri dalam aktiviti sosial
¨ Selekeh, pengotor (perawakan diri)
¨ Ganas, kasar, tidak bertolak ansur dalam apa jua tindalan
¨ Tidak sanggup menghadapi rintangan
¨ Tidak ada tolak ansur (toleransi)
¨ Berkelakuan buruk
¨ Ingkar pada perintah
¨ Tamak dan tidak pernah puas hati dengan apa yang ada
¨ Suka menganiayai orang
¨ Boros
¨ Malas, lembab dan kerja tidak teratur
¨ Tidak memberi kerja-sama dengan rakan sekerja dan tidak pernah menghormati rakan sekerja.




6. KEKUATAN SIFAT BAIK HATI

AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
AMALAN NEGATIF – KUMPULAN PESERTA
¨ Bersopan santun setiap masa
¨ Pemaaf dan berhemah tinggi
¨ Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
¨ Ikhlas dan bertimbang rasa
¨ Pemurah dalam usaha kebaikan
¨ Mudah mesra dan bekerjasama
¨ Merendah diri
¨ Berbudi mulia
¨ Boleh menerima teguran
¨ Berlaku adil dalam semua tindakan
¨ Sedia menerima cadangan
¨ Kasar dan kurang sopan
¨ Berdebdam bila tidak mendapat sesatu kemahuan
¨ Bersikap tidak peduli terhadap teguran dan nasihat
¨ Tidak bertimbang rasa
¨ Mementingkan diri sendiri
¨ Sombong bongkak dan membesar-besarkan diri
¨ Bermuka-muka
¨ Cepat menghukum tanpa siasatan
¨ Suka mencaci
¨ Tidak boleh menerima kritikan
¨ Cepat membuat kritikan
¨ Suka menghina orang

¨ Tingkah laku tidak sopan
¨ Pentingkan diri
¨ Pilih kasih
¨ Hipokrit
¨ Kedekit
¨ Sesah diajak berunding
¨ Individualistik tidak rasional
¨ Ego
¨ Berkelakuan buruk
¨ Takbur – tinggi diri



7. PENGARUH TELADAN

AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
AMALAN NEGATIF – KUMPULAN PESERTA
¨ Sentiasa berkelakuan baik
¨ Tidak tamak kepada harta dan kedudukan
¨ Bermoral dan berakhlak tinggi
¨ Tertib dan beradap sepanjang masa
¨ Rajin dan kuat bekerja
¨ Amanah dan bertanggungjawab
¨ Jujur dan ikhlas dalam setiap usaha
¨ Berpandangan jauh
¨ Mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri
¨ Berdisiplin dalam semua tindakan
¨ Sanggup berkorban setiap ketika
¨ Gemar dan cintakan ilmu yang bermanfaat
¨ Buruh perangai dan tingkah laku
¨ Jahil dan tidak suka membaca
¨ Hasad dengki dan buruk sangka
¨ Mempersendakan agama
¨ Kedekut dan bakhil
¨ Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab
¨ Suka mengumpat dan mengadu domba
¨ Terlalu sensitif dan cepat marah
¨ Tidak kenal budaya sendiri
¨ Hipokrit serta berpura-pura
¨ Tidak berpandangan jauh
¨ Berkelakuan tidak baik/buruk tingkah laku. – menghisap dadah
¨ Bersifar kebendaan, gila kuasa dan pangkat – menindas hak asasi orang lain
¨ Sadistik. – suka orang lain derita
¨ Kurang berdisiplin – melanggar peraturan yang ditetapkan.
¨ Malas dan tidak berinisiatif. Hanya menunggu arahan
¨ Khianat dan cuai – tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan
¨ Riak dan egoistik. – menunjuk-nunjuk hasil kerja
¨ Individualistik – mementikan dirisendiri.
¨ Berfikiran sempit – tiada wawasan
¨ Tanpa etika kerja – suka melengah-lengahkan kerja
¨ Kurang pembangunan diri – tidak mengikuti perkembangan ilmu sezaman










8. KEWAJIBAN MENJALANKAN TUGAS

AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
AMALAN NEGATIF – KUMPULAN PESERTA
¨ Sentiasa bertanggung jawab terhadap tugas yang diberikan.
¨ Tekun dan sabar menjalankan tugas
¨ Selalu mempunyai inisiatif sendiri
¨ Boleh diharap untuk menyempurnakan tugas
¨ Mementingkan kualiti
¨ Cergas dan pantas bekerja
¨ Cermat dan berdisiplin dalam segala perkara
¨ Accountable
¨ Sentiasa belajar dari kesalahan
¨ Bersikap profesional dan cekap

¨ Mudah menyelewang daripada tanggungjawab
¨




9. KEBIJAKSANAAN BERHEMAT

AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
¨ Berhati-hati bila berbelanja
¨ Tidak membazir harta kerajaan
¨ Tahu membezakan antara keperluan dan kemewahan
¨ Menyelenggara harta kerajaan dengan baik
¨ Bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan
¨ Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
¨ Menyedari bahawa hasil kerajaan datangnya daripada rakyat

¨ Boros dan suka membazir
¨ Memperaga kehebatan dan kemewahan
¨ Suka bermewah dengan harta kerajaan
¨ Tidak cermat dengan harta kerajaan
¨ Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
¨ Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam.




10. KEUTAMAAN KESABARAN

AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
¨ Tenang menghadapi masalah rumit
¨ Mempunyai perhitungan jauh
¨ Tahan menerima cabaran
¨ Tidak putus asa
¨ Pemaaf dan berhemah tinggi
¨ Cermat dalam tutur kata
¨ Selalu mengubah pendirian dan keputusan
¨ Tidak sanggup berkorban
¨ Takutkan cabaran
¨ Lekas mengalah
¨ Berpandangan sempit
¨ Tidak tahan menghadapi kesusahan


11. PENINGKATAN BAKAT

AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
¨ Memberi dorongan terhadap kreativiti
¨ Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha original
¨ Memberi galakan kepada pemikiran baru
¨ Berani mencuba idea-idea baru
¨ Mengenal bakat-bakat yang ada
¨ Menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kreatif
¨ Menggalakkan percambahan fikiran
¨ Menyediakan persekitaran suasana yang dapat melahirkan idea-idea kreatif
¨ Menyekat pemikiran baru
¨ Tidak menggalakkan percubaan
¨ Takut mencuba sesuatu yang baru
¨ Tidak menghargai bakat yang ada
¨ Memperkecilkan usaha-usaha original
¨ Mengekalkan suasana yang tidak menggalakkan kreativiti
¨ Berpuas hati dengan tahap bakat yang ada.


12. NIKMAT MENCIPTA

AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
¨ Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan
¨ Sentiasa berada dalam cabaranb intelektual
¨ Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah
¨ Over-zealous dengan pekerjaan
¨ Gembira melihat wujudnya idea baru
¨ Senang bermain dengan idea dan berani mencuba
¨ Berpuas hati dengan kedudukan yang sedia ada
¨ Takut menemui kegagalan
¨ Memandang remeh usaha orang lain
¨ Pemikiran tidak dinamik
¨ Mempertahankan tugas quo secara membuta tuli
¨ Tidak suka pembaharuan
¨ Tidak sabar dalam penciptaan baru

TQM

Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)

Peringkat-peringkat tindakan

Kenalpasti pelanggan


Tindakan ini akan membolehkan jabatan mengetahui dengan lebih jelas siapakah pelanggan yang perlu diberi perhatian. Ini akan memudahkan jabatan menumpukan segala usaha dan sumber untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang berkenaan.
Oleh itu jabatan-jabatan boleh mengkategorikan pelanggan masing-masing dan menentukan senarai keutamaan yang praktikal. Senarai ini dijadikan asas ketika memberi layanan kepada pelanggan.
Sementara itu dalam kontek dalaman sesebuah jabatan, rakan sekerja bagi seseorang kakitangan adalah juga dianggap pelanggan yang penting. Oleh itu setiap kakitangan mengenalpasti kehendak-kehendak

Kenalpasti kehendak pelanggan
· Kehendak-kehendak pelanggan adalah berbagai. Ia berbeza mengikut jenis output, masa, tempat dan berbagai faktor lain. Oleh itu jabatan-jabatan perlu mengenalpasti kehendak-kehendak pelanggannya dengan tepat.
· Berbagai kaedah boleh digunakan seperti menjalankan soal selidik, sesi dialog, temubual dan mengkaji cadangan-cadangan dari pelanggan.
· Contoh Ciri-Ciri Kualiti Keluaran Atau Perkhidmatan Yang Lazimnya Dihargai Oleh Pelanggan
Namun begitu, sebagai panduan umum, jabatan-jabatan juga boleh merujuk kepada ciri-ciri kualiti yang bersifat universal yang lazimnya dihargai oleh pelanggan
· Contoh Ciri-Ciri Kualiti Keluaran Atau Perkhidmatan Yang Lazimnya Dihargai Oleh Pelanggan
1. Kebolehpercayaan
2. Daya ketahanan
3. Keselamatan pengguna
4. Kefungsian
5. Menepati masa
6. Ketepatan fakta
7. Responsif kepada kehendak pengguna
8. Layanan mesra
9. Bertimbang rasa
10. Informatif
11. Mudah diperolehi (Availability)
12. Mudah difahami
13. Cekap
14. Kesediaan membantu
15. Berintegriti
16. Kebersihan
17. Kos yang berpatutan
18. Inovatif
19. Fleksibel
20. Praktikal

Terjemah kehendak pelanggan menjadi standard kualiti

· Kehendak-kehendak pelanggan yang telah dikenalpasti perlu diterjemahkan menjadi standard-standard kualiti output. Standard-standard tersebut perlu jelas dan seboleh mungkin hendaklah bersifat boleh diukur.
· Ini adalah untuk memastikan supaya standard tersebut mudah difahami oleh kakitangan jabatan. Sebagai contoh, sekiranya kehendak pelanggan ialah perkhidmatan kaunter yang cepat, maka kehendak tersebut boleh diterjemahkan kepada standard tempoh masa perkhidmatan berkenaan harus diberi, seperti 5 minit, 10 minit dan sebagainya


Wujudkan proses penghasilan output
· Proses-proses kerja bagi menghasilkan output hendaklah digubal berpandukan standard-standard kualiti output yang telah ditetapkan sebelumnya. Langkah ini akan menjamin bahawa proses tersebut mempunyai kemampuan untuk menghasilkan kualiti output seperti yang dikehendaki.
· Di samping itu, bagi setiap peringkat proses kerja standard-standard kualiti proses perlu ditentukan. Tujuannya ialah untuk dijadikan rujukan kepada kakitangan yang menjalankan proses kerja berkenaan. Dengan adanya panduan ini maka kesilapan yang mungkin berpunca daripada kelemahan kakitangan boleh dikawal.

Laksanakan proses penghasilan output
· Tindakan di peringkat ini ialah melaksanakan proses-proses kerja yang telah digubal itu bagi menghasilkan output-output yang dikehendaki.
· Di peringkat ini juga jabatan perlu melakukan pemeriksaan kualiti supaya standard-standard yang ditetapkan benar-benar dipatuhi.
· Pemeriksaan ini harus dijalankan pada tiga peringkat iaitu input, transformasi dan output akhir

Tuesday, September 29, 2009

Peristiwa 13 Mei

Peristiwa 13 Mei 1969

Pengenalan

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan
kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei
sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana
sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebabsebab
atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di
Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa
13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai
punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah
banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif
terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan
ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan
ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar
ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha
bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum
di Malaysia.

Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969

1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh
tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun
yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah
ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.
2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan
satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum
sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina
tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan
lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi
dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar
bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai
buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi
orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan
kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan
ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang
berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang
3. Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat
aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat
aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan
kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.
Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri
asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa
dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan
keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati
oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
4. Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut
serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan
Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan
menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah
meletak calonnya seramai sembilan orang .
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap
mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk
menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan
orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu,
soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa
menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah
dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan
Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat
dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia
hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang
Melayu atau bumiputera dihapuskan .
5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut
sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak
kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan .
Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas
Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei
adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah
berbanding dengan kaum Cina .
6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada
peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa
rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula
tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada
status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa
rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan
pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara
kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan
dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah
dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin
Ismail.

Kesimpulan

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum
yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh
semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang
mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi
nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah
tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan
menjadi bayangan sahaja.

Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam

PKPA 4/91

STRATEGI-STRATEGI DALAM PENINGKATAN KUALITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
(Bilangan 4 / 1991)

TUJUAN
l Merancang dan melaksanakan 7 program tambahan peningkatan kualiti dalam pengurusan kualiti di agensi-agensi kerajaan
l Panduan ini menekankan:
l Gerakan Budaya Kerja Cemerlang
l Tujuh Program tambahan bagi peningkatan kualiti

AKTIVITI-AKTIVITI GERAKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG DAN PENINGKATAN KUALITI
l Anugrah kualiti Perdana Menteri
l Panduan Pengurusan dan peningkatan Kualiti dalam Perkhidmatan Awam
l Bengkel-bengkel dan Latihan
l Ceramah dan perbincangan (Pita video Kualiti, Kearah perkhidmatan Awam yang Produktif dan Pengurusan Produktiviti dan kualiti yang Berkesan)
l Pengumuman melalui televisyen
l Siri panduan Pengurusan Kualiti

KAEDAH PERLAKSANAAN
l Borang Maklum Balas Pelanggan
l Peti Cadangan
l Pengesanan berita
l Kajian oleh pakarunding
l Panel / jawatankuasa penasihat
l Perkhidmatan telefon toll free

STRATEGI-STRATEGI TAMBAHAN BAGI PENINGKATAN KUALITI

Program 1 : Sistem cadangan Q
l Membekalkan banyak input
l Meningkatkan keupayaan agensi
l Meningkatkan kreativiti dan inovatif
l Realistik dan praktikal
Bentuk cadangan
l Cadangan daripada Ketua-ketua SU Kementerian dan ketua-ketua jabatan Persekutuan kepada KSU Negara
l Cadangan daripada kakitangan kepada pihak pengurusan agensi

Program 2 : Sistem proses Q
l Proses Q adalah rangkaian tindakan kerja yang lengkap bagi sesuatu kerja
l Dalam bentuk carta dan gambarajah

Contoh proses Q:
l Klinik ibu-ibu mengandung Hospital Besar KL
l Bahagian mel Pejabat Pos Besar KL
FAEDAH-FAEDAH PROSES Q :
l Memberi gambaran lengkap
l Memudahkan kerja penyeliaan
l Memendekkan masa latihan
l Menggurangkan arahan-arahan lisan
l Memudahkan usaha mengkaji semula
l Mengurangkan kesilapan operasi
l Mengurangkan kesilapan pengisisan borang
l Memudahkan orang awam

Program 3 : Sistem pemeriksaan Q
l Penilaian yang dijalankan ke atas suatu ouput untuk menentukan kualiti yang ditetapkan
l Kecacatan output dapat dikesan supaya tindakan pembaikan dapat dilakukan serta merta

Program 4 : Slogan Q
l Mewujudkan kesedaran yang menyeluruh dikalangan kakitangan tentang kualiti
l Menerapkan nilai-nilai dalam kerja harian
l Merupakan alat komunikasi untuk menyatakan sistem nilai kualiti
l contoh: Kami sedia membantu (KWSP),Better product , better sevice (NEC )
Cara Pelaksanaan :
l Pewujudan slogan
l Penyebaran slogan
l Lokasi slogan

Program 5 : Hari Q
l Untuk mengukuhkan nilai-nilai budaya kualiti dalam sesebuah organisasi
l Memberi pengiktirafan dan memperbaharui komitmen dan didikasi

Program 6 : Sistem maklum balas Q
l Untuk menyediakan mutu perkhidmatan cemerlang
l Untuk menentukan perkhidmatan sentiasa berkualiti tinggi

Perlaksanaan sistem:
l Pemilihan kaedah tertentu
l Penggumpulan pendapat pelanggan
l Penanalisaan dan penilaian data / maklumat
l Pelaksanaan tindakan


Kejayaan sistem bergantung pada:
l Komitmen pihak pengurusan
l Kuasa jitu yang dibekalkan
l Pengiktirafan yang diberikan




PKPA 6/91

PANDUAN MENGENAI PENINGKATAN PRODUKTIVITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
(BILANGAN 6/1991)

Tujuan
v Untuk memahami konsep utama produktiviti serta merancang dan melaksanakan usaha-usaha bagi meningkatkan produktiviti di jabatan/pejabat
Menggariskan 3 perkara utama :
v Konsep produktiviti
v Cara-cara meningkatkan produktiviti
v Peningkatan produktiviti

Konsep Produktiviti (KP)
v Definisi- nilai atau kuantiti output yang dapat dihasilkan oleh satu unit input
v KP dikaitkan dengan konsep kecekapan , keberkesanan dan kualiti
v Kecekapan- dari segi penggunaan input
v Keberkesanan –kuantiti output yang sebenar dengan kuamtiti matlamat

Konsep Produktiviti (KP)
v Kualiti- output pada kuantiti tepat dan memenuhi kehendak pelanggan
( perkhidmatan yang cepat,boleh dipercayai , tiada kesilapan , bersopan santun dan mengutamakan keselamatan )
Cara-cara meningkatkan Produktiviti
Faktor-faktor yang mempengaruhi Produktiviti
Pengukuran Produktiviti
Pengukuran produktiviti membolehkan jabatan/ pejabat:
v Mengetahui sejauh mana sumber yang diperuntukkan telah digunakan
v Meningkatkan fleksibiliti operasi dari segi penggunaan tenaga manusia dan alat
v Mengenalpasti bidang-bidang untuk meningkatkan Produktiviti dan menentukan kos operasi
Pengukuran Produktiviti
v Pengukuran boleh dijalankan di 2 peringkat :
1. Peringkat operasi – 4 langkah
v Mengenalpasti output-output utama , contoh : JPN – kad pengenalan dan sijil kelahiran
v Menentukan petunjuk-petunjuk Produktiviti bagi output utama, cth : JPN – sijil kelahiran – bilangan sijil yang dikeluarkan
Pengukuran Produktiviti
v Mengumpul data berdasarkan kepada petunjuk-petunjuk produktiviti yang dikenalpasti contoh : Bilangan/Tempoh/Bil.pekerja
v Menilai tahap Produktiviti

Pengukuran Produktiviti
2 . Peringkat individu
v Menentukan output utama yang dihasilkan
v Menentukan standard prestasi/norma kerja bagi setiap output yang dihasilkan
v Mengumpul data berdasarkan standard prestasi/norma kerja
v Menilai tahap produktiviti semasa
Tindakan yang perlu dilakukan:
1. Tenaga manusia
v Melatih kakitangan dalam bidang-bidang berkaitan dengan kerja
v Mewujudkan dan menyebarkan nilai-nilai yang positif
v Memotivasikan kakitangan untuk menghasilkan kerja yang cemerlang
Tindakan yang perlu dilakukan:
v Menggalak penglibatan kakitangan dalam menentukan matlamat organisasi dan dalam proses penyelesaian masalah produktiviti
v Mewujudkan komunikasi yang berkesan dalam jabatan dan pejabat
v Menetapkam standard prestasi untuk kakitangan
v Menempatkan kakitangan mengikut kemahiran
Tindakan yang perlu dilakukan:
2. Sistem dan Prosedur
v Mengkaji semula sistem dan prosedur kerja untuk mengatasi kelemahan yang menyekat produktiviti
v Mempermudahkan sistem dan prosedur kerja yang sedia ada
v Memansuhkan peruntukan undang-undang atau peraturan yamg tidak sesuai dengan matlamat jabatan/pejabat

Tindakan yang perlu dilakukan:
3. Struktur Organisasi
v Membuat penyelarasan fungsi bahagian dan unit dalam organisasi
v Mewujudkan struktur organisasi yang fleksibel dan dinamik
v Menentukan corak penjawatan dalam bahagian dan unit organisasi berperanan dengan tanggungjawab yang diberikan
Tindakan yang perlu dilakukan:
v Mendifinisikan dengan jelas bidang kuasa bahagian-bahagian dan unit-unit dalam jabatan/pejabat


Tindakan yang perlu dilakukan:
4. Gaya Pengurusan
v Mewujudkan wawasan dan objektif jabatan/pejabat serta menyebarkanya kepada kakitangan Merancang dan menetapkan matlamat prestasi jabatan/pejabat dan kemudianya mengukur pencapaian sebenar
v Mewujudkan budaya kerja yang menekankan produktiviti
Tindakan yang perlu dilakukan:
5. Persekitaran kerja
v Mewujudkan susunatur jabatan/pejabat yang sesuai dengan operasi kerja
v Melengkapkan pejabat dengan kemudahan asas
v Menjaga kebersihan dan perhiasan di tempat kerja
v Menyediakan kemudahan untuk kakitangan
Tindakan yang perlu dilakukan:
6. Teknologi
v Mengkaji proses-proses kerja yang dijalankan sekarang untuk mengenal pasti aspek-aspek yang sesuai untuk di automasikan dan dimekanisasikan
Tindakan yang perlu dilakukan:
7. Bahan-bahan
v Menjalankan pemeriksaan kualiti di peringkat awal keatas bahan-bahan imput yang diperolehi oleh pembekal
v Memberi pendidikan kualiti kepada pembekal
v Mengamal sistem inventori yang baik untuk mengelakkan pemegangan stok yang berlebihan bagi bahan-bahan
Tindakan yang perlu dilakukan:
8. Kelengkapan modal
v Menyelenggara kelengkapan modal mengikut jadual menentukan kelengkapan modal berada dalam persekitaran operasi yang baik
v Merancang menggunakan kelengkapan supaya dapat digunakan dengan optimum





PKPA BIL 7/91

KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA (KMK)
PKPA 7/91

Definasi
n KMK adalah sekumpulan kecil pekerja-pekerja (6-10 orang) daripada unit kerja yang sama yang bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti,memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka.Kumpulan ini mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan.Seterusnya, mereka melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan.

Matlamat
n Kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan pekerja.
n Semangat bekerja secara berkumpulan
n Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif
n Penglibatan dan minat terhadap kerja
n Dorongan kerja yang tinggi
n Kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri,kumpulan,jabatan dan negara.

Perlaksanaan KMK
n Pewujudan struktur KMK
n Latihan yang berkesan
n Sistem pengiktirafan yang berkesan

STRUKTUR KMK

Jawatankuasa Pemandu KMK
n Merangka dasar perlaksanaan KMK
n Memberi pertimbangan serta keputusan kepada cadangan-cadangan penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh KMK

Fasilitator KMK
n Berhubung dengan semua peringkat pengurusan dan mendapatkan sokongan dan bantuan mereka
n Memberi latihan kepada ketua-ketua kumpulan dan membantu melatih ahli-ahli kumpulan apabila diperlukan
n Mengekalkan suasana yang terbuka dan menyokong (supportive)
n Menumpukan aktiviti terhadap masalah berkaitan kerja
n Sebagai orang tengah dalam penyelesaian masalah

Fasilitator KMK
n Sebagai pakar rujuk kepada kumpulan
n Mengesan kemajuan kumpulan
n Menilai hasil program serta kos dan melaporkan kepada pengurusan

Ketua Kumpulan
n Melatih ahli teknik menyelesaikan masalah
n Memupuk kerjasama dan harmoni dan mengawasi kelancaran iktiviti
n Membantu kumpulan menyimpan rekod dan membuat persediaan bagi persembahan pengurusan
n Mengelolakan mesyuarat dengan teratur dan berkesan

Ketua Kumpulan
n Menunjukkan minat dan sokongan kepada kumpulan
n Menggalakkan pekerja-pekerja lain menjadi ahli
n Membantu ahli menyelesaikan masalah
n Menguatkuasakan disiplin bekerja secara kumpulan
Ahli-Ahli KMK
n Menghadiri mesyuarat secara tetap
n Menumpukan usaha menyelesaikan masalah berkaitan dengan kerja
n Mengenalpasti masalah,menyumbangkan idea,menjalankan penyelidikan dan menyiasat
n Menyertai persembahan pengurusan

Sistem Pengiktirafan KMK
n Kehadiran pihak pengurusan semasa persembahan projek
n Pemberian surat penghargaan
n Pemberian cenderamata
n Pemberian Sijil Penghargaan
n Menghadiri jamuan dengan pihak pengurusan
n Menyiarkan kejayaan dalam buletin
n Merekodkan persembahan kumpulan dalam pita video

Sistem Pengiktirafan KMK
n Menyiarkan gambar kumpulan yang berjaya dalam buletin atau di papan kenyataan
n Memberi peluang ahli menyertai konvensyen KMK peringkat kebangsaan
n Lawatan sambil belajar

Langkah-Langkah Yang Terlibat Dalam KMK

1. Perancangan
n Mengenalpasti dan memilih projek/masalah yang perlu diselesaikan
2. Pelaksanaan
n Penganalisisan masalah
n Cadangan penyelesaian
n Persembahan kepada pihak pengurusan
n Pertimbangan dan keputusan oleh pihak pengurusan
n Perlaksanaan projek oleh ahli-ahli KMK
3. Penyemakan
n Membuat penilaian terhadap cadangan untuk menentukan objektif tercapai
n Pungutan dan analisis data
n Membuat keputusan samada dilaksanakan atau tidak
4. Tindakan
n Penyeragaman tindakan pembetulan hasil daripada penilaian
n Membuat pembetulan
n Memberi taklimat procedur baru kepada anggota jabatan




PKPA BIL 8/91

PANDUAN MENGENAI MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK) DAN FAIL MEJA (FM)

KONSEP MPK DAN FM

TUJUAN DAN KONSEP

n TUJUAN: Untuk membantu ketua-ketua jabatan menyediakan MPK dan FM dengan lebih berkesan dan berkualiti
n KONSEP : dua dokumen rasmi yang dapat membantu dalam pengurusan dan dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti

PENYEDIAAN MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK)

n Bagi menyediakan kandungan MPK langkah berikut perlu dilaksanakan:
n Tentukan objektif jabatan/pejabat
n Sediakan carta organisasi jabatan/pejabat
n Senaraikan fungsi-fungsi utama jabatan/pejabat

PENYEDIAAN MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK)
n Senaraikan aktiviti-aktiviti di bawah setiap fungsi utama
n Sediakan proses kerja yang terlibat bagi tiap-tiap aktiviti
n Sediakan carta aliran kerja bagi tiap-tiap aktiviti
n Senaraikan semua borang yang digunakan

PENYEDIAAN SISTEM FAIL MEJA (FM)
n Bagi menyediakan Fail Meja (FM) langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan :
n Sertakan objektif jabatan/pejabat yang telah disediakan bagi MPK
n Sediakan objektif bahagian/unit
n Tandakan kedudukan bahagian/unit dalam carta organisasi yang disediakan oleh MPK
n Sediakan carta organisasi bahagian unit dan tandakan kedudukan pegawai di dalam bahgian/unit
n Senaraikan tugas , tanggungjawab kuasa dan hubungan kerja pegawai berkenaan
n Senaraikan semua peraturan-peraturan pentadbiran bagi aktiviti-aktiviti utama
n Senaraikan semua proses kerja yang perlu di bawah tiap-tiap tugas dan tanggungjawab
n Senaraikan semua pegawai berkenaan yang memberi kelulusan
n Senaraikan undang-undang dan peraturan yang berkaitan
n Sediakan carta aliran kerja bagi tiap-tiap tugas
n Sediakan senarai semak bagi tiap-tiap tugas
n Rekodkan norma kerja yang ada
n Senaraikan jawatankuasa yang dianggotai oleh pegawai
n Sediakan format senarai tugas harian
n Gunakan norma-norma kerja yang ada bagi jadual norma kerja

KANDUNGAN MANUAL PROSEDUR KERJA
n MPK mengandungi 8 perkara utama seperti :

KANDUNGAN FAIL MEJA
n FM mengandungi 14 perkara seperti:

KEBAIKAN PENYEDIAAN MPK DAN FM
n Merekodkan semua prosedur dan peraturan kerja untuk dijadikan rujukan rasmi
n Mewujudkan keseragaman dalam cara menjalankan kerja
n Menentukan peraturan jabatan/pejabat dipatuhi


KEBAIKAN PENYEDIAAN MPK DAN FM
n Mengurangkan kesilapan-kesilapan operasi semasa menjalankan tugas
n Memendekkan masa latihan bagi pekerja-pekerja baru
n Menyenangkan pertukaran pekerja dari satu jabatan ke jabatan yang lain

KEBAIKAN PENYEDIAAN MPK DAN FM
n Menyenangkan kajian ke atas sistem kerja dan membolehkan pembaikan sistem dibuat
n Mengurangkan arahan-arahan lisan mengenai cara menjalankan kerja
n Menjelaskan kuasa dan hubungan kerja dengan pegawai-pegawai lain




PKPA BIL 1/92

PANDUAN PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM) BAGI PERKHIDMATAN AWAM
(BILANGAN 1/1992)

Pengurusan kualiti menyeluruh
n 1920 – Amerika Syarikat
n 1950 – Jepun
n 1980 – seluruh dunia
n Telah menukar pandangan dan sikap para pengurus di sektor awam dan swasta

KONSEP TQM

n SATU PROSES PENGURUSAN KUALITI YANG BERORIENTASIKAN PELANGGAN , BERJALAN SECARA BERTERUSAN DAN MELIBATKAN SEMUA ASPEK DALAM ORGANISASI
KONSEP TQM
CIRI-CIRI TQM

§ MATLAMAT
Ø Kepuasan hati pelanggan
Ø Output tanpa cacat
Ø Output yang sentiasa tepat

§ FOKUS
Ø Sistem dan proses
Ø Budaya dan organisasi
Ø Pelanggan
Ø Pembekal

n STRATEGI
Ø Penambahbaikan yang berterusan
Ø Melibatkan keseluruhan organisasi
Ø Tindakan-tindakan yang strategik
Ø Berorientasikan matlamat jangka panjang
Ø Pengawalan kos kualiti
Ø Tindakan pencegahan
Ø Menekankan kepastian kualiti
Ø Penyelesaian masaalah secara sistematik

n PELAKSANA
Ø Pengurusan atasan ( pemimpin )
Ø Seluruh kakitangan ( Total participation )
Ø Pasukan-pasukan kerja

MODEL PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN

n TQM sentiasa memberi perhatian kepada aspek pengawalan kos kualiti
n Seperti : pembaziran sumber, output yang tidak berkualiti , kesilapan-kesilapan dan menekankan pencegahan
n TQM menekan penglibatan menyeluruh , kepimpinandan pasukan kerja yang berkesan kreatif dan inovatif

PRINSIP TQM

Proses penambahbaikan yang berterusan memberi penekanan kepada 7 prinsip :
n Sokongan penurusan atasan
n Mengadakan perancangan strategik kualiti
n Mengutamakan pelanggan
n Memberikan latihan dan pengiktirafan
n Mengukuhkan semangat berpaksukan
n Mengadakan pengukuran prestasi
n Menekankan kepastian kualiti
PRINSIP 1 – Sokongan pengurusan atasan

n Perubahan berkesan dapat dicapai hanya dengan sokongan pihak atasan
n Pengurusan atasan perlu bersedia untuk mengambil tindakan berikut :
n Mewujudkan dasar kualiti – menyatakan arah dan matlamat kualiti yang hendak dicapai

n Menubuhkan struktur pengurusan kualiti
Ø JK pemandu kualiti dan produktiviti
Ø Pegawai penyelaras dan pasukan bertugas
Ø Pasukan kerja

n Menarik penglibatan kakitangan secara menyeluruh
Ø Mengukuhkan keyakinan kakitangan terhadap kualiti dan mengariskan peranan

n Menyebarkan maklumat kualiti
Ø Majalah, laporan, news letter,video dan sebagainya

n Menguruskan proses perubahan

Ø Mewujudkan persetujuan bersama
Ø Meningkatkan kemahiran
Ø Melaksanakan perubahan dengan sabar
Ø Mempraktikan perubahan yang fleksibel

n Menganjurkan hari kualiti

PRINSIP 2 PERANCANGAN STRATEGI KUALITI

PRINSIP 3 MENGUTAMAKAN PELANGGAN

n Kualiti di tentukan oleh pelanggan
n Peringkat tindakan bagi menghasilkan output berkualiti

CONTOH CIRI-CIRI YANG LAZIMNYA DIHARGAI PELANGGAN
n Kebolehpercayaan
n Daya ketahanan
n Keselamatan pelanggan
n Kefungsian
n Menepati masa
n Ketepatan fakta
n Responsif kepada kehendak pelanggan
n Layanan mesra
n Bertimbang rasa
n Informatif
n Cekap
n Kesediaan membantu
n Berintergriti
n Inovatif

PRINSIP 4 LATIHAN DAN PENGIKTIRAFAN
n Pengiktirafan
n Surat pujian
n Hadiah
n Peluang mengikuti latihan
n Keistimewaan menggunakan kemudahan rekreasi
n Pemberian pangkat dan anugerah
n Cuti rehat tambahan
n Diraikan di majlis-majlis khas
n Keahlian percuma di kelab-kelab perkhidmatan awam
n Pemilihan sebagai tokoh pekerja bulanan
n Memberi publisiti di majalah atau newsletter jabatan

PRINSIP 5 SEMANGAT BERPASUKAN
n Sumbangan faktor semangat berpasukan terhadap peningkatan kualiti berterusan

n Tindakan-tindakan yang sesuai diambil untuk mengukuhkan semangat berpasukan

PRINSIP 6 – PENGUKURAN PRESTASI
n Peringkat-peringkat tindakan yang mewujudkan pengukuran prestasi kualiti

PRINSIP 7 : KEPASTIAN KUALITI
n Tindakan untuk memastikan kualiti
Ø Melaksanakan pemeriksaan kualiti
Ø Mengamalkan perancangan output
Ø Latihan kakitangan


n PELAKSANAAN TQM BUKANLAH SATU USAHA YANG MUDAH, SEBALIKNYA MEMERLUKAN PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN YANG TERATUR



PKPA BIL 3/93

PANDUAN MENGENAI PIAGAM PELANGGAN
(Bilangan 3 /93)

KONSEP PIAGAM PELANGGAN
PERLAKSANAAN PIAGAM PELANGGAN
• Peringkat-peringkat utama dalam pelaksanaan piagam pelanggan

PENGGUBALAN PIAGAM PELANGGAN
• Mengenalpasti pelanggan dan kehendaknya
• Mengenalpasti keluaran atau perkhidmatan utama jabatan / agensi
• Menentukan standard keluaran atau perkhidmatan
• Menyediakan piagam pelanggan

CONTOH PIAGAM JABATAN HASIL DALAM NEGERI
• Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan bagi pengeluaran borang taksiran tepat pada akhir Febuari setiap tahun dan menghantar borang-borang berkenaan ke alamat yang tepat dalam masa seminggu. Kami juga menjanjikan hak-hak pembayar cukai seperti berikut :
• Menjamin taksiran dibuat dengan adil dan saksama
• Memberi peluang kepada pembayar cukai membuat bantahan dan rayuan
• Memberi kemudahan membayar cukai secara ansuran
• Mengembalikan bayaran cukai yang terlebih dipungut dalam tempoh 3 bulan

MANFAAT KEPADA ORANG RAMAI
• Membolehkan orang ramai mengetahui secara spesifik mutu perkhidmatan yang boleh diharapkan
• Memudahkan orang ramai menilai tahap penyampaian perkhidmatan
• Mengurangkan keraguan terhadap penyampaian perkhidmatan

• Memudahkan perbandingan di antara jabatan/agensi yang memberi perkhidmatan serupa
• Membolehkan orang ramai mengetahui standard kualiti perkhidmatan sesebuah agensi/jabatan

MANFAAT KEPADA JABATAN/AGENSI
• Mengadakan petunjuk prestasi yang spesifik bagi memudahkan jabatan /agensi membuat penilaian
• Mempertingkatkan disiplin, tanggungjawab dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam

PROMOSI DAN SISTEM PEMULIHAN
• Promosi piagam kepada pelanggan :
• Risalah dan poster
• Menyediakan sistem pemulihan keluaran atau perkhidmatan ( service recovery)
• Pemulihan secara reaktif
• Pemulihan secara proaktif

PENGESAHAN
• Menggunakan makanisma dalam jabatan yang sedia ada
• Mewujudkan sistem maklumbalas dan sistem respon yang berkesan
• Contoh : peti cadangan , borang maklumbalas pelanggan

PENILAIAN DAN PENAMBAHBAIKAN
• Jawatankuasa pemandu kualiti dan produktiviti
• Pasukan-pasukan petugas
• Kumpulan-kumpulan meningkat mutu




PKPA BIL 1/94


SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (bil. 1 tahun 1994)
PANDUAN PERLAKSANANN SISTEM PEMULIHAN PERKHIDMATAN
TUJUAN
n Agensi–agensi kerajaan boleh merancang sistem pemulihan perkhidmatan yang sesuai dengan operasi dan mempraktikkanya apabila berlaku kegagalan perkhidmatan
3 PERKARA YANG DIHARAPKAN OLEH PELANGGAN

n Perkhidmatan dipulihkan segera
n Layanan dan perhatian yang khusus
n Agensi memohon maaf

PEMULIHAN PERKHIDMATAN
n Satu proses yang mengandungi rangkaian tindakan yang dirancang dengan teliti bagi memulihkan kepuasan hati pelanggan yang terjejas akibat daripada kegagalan perkhidmatan dan seterusnya mengelakkan keyakinan mereka terhadap perkhidmatan yang diberikan

KONSEP PEMULIHAN PERKHIDMATAN
n Perkhidmatan kerajaan berkualiti,tanpa cacat, menepati standard.
Gagal
n Sebab:
n Kerosakan peralatan
n Kecacatan dalam rekabentuk proses
n Kesilapan dalam perancangan


KONSEP PEMULIHAN PERKHIDMATAN
n Kesilapan pekerja kurang mahir
n Proses kerja yang rumit
n Proses kerja yang melibatkan pelbagai fungsi pihak dan melalui banyak langkah
n Pengenalan perkhidmatan baru

PERLAKSANAAN SISTEM PEMULIHAN PERKHIDMATAN
n Tindakan 1 : Menentukan jenis tindakan pemulihan perkhidmatan yang sesuai
n Tindakan 2 : Menetapkan standard-standard pemulihan perkhidmatan
n Tindakan 3 : Mewujudkan makanisma perlaksanaan pemulihan perkhidmatan

PERLAKSANAAN SISTEM PEMULIHAN PERKHIDMATAN
n Tindakan 4 : Mewujudkan sistem pengendalian aduan
n Tindakan 5 :Mengawas proses-proses yang kritikal

PERLAKSANAAN SISTEM PEMULIHAN PERKHIDMATAN
n Tindakan 6 : Memberi latihan dan kuasa bertindak sepadan dengan tanggungjawab kepada anggota-anggota organisasi di barisan hadapan
n Tindakan 7: Menjalankan penambahbaikan yang berterusan

TINDAKAN PEMULIHAN
PEMULIHAN SECARA REAKTIF

n Melaksanakan tindakan sebaik sahaja menerima aduan dan maklumbalas mengenai kegagalan dan ketidakpuasan hati pelanggan


TINDAKAN PEMULIHAN
PEMULIHAN SECARA PROAKTIF

n Tindakan yang diambil diatas inisiatif agensi sendiri tanpa aduan dari orang ramai
TINDAKAN 1- menentukan jenis tindakan
n Menentukan jenis tindakan pemulihan perkhidmatan yang sesuai
n Setiap jenis pemulihan di kaji dengan teliti supaya tidak menimbulkan implikasi / kesan negatif
n Pemulihan mesti dipatuhi 3 prinsip:

TINDAKAN 1- menentukan jenis tindakan
n Prinsip 1 : Tidak mengakibatkan kehilangan hasil kerajaan dan perbelanjaan tambahan
n Prinsip 2 : Tidak mendedahkan kerajaan kepada risiko tindakan undang-undang
n Prinsip 3 : Bersesuaian dengan kemampuan agensi.

TINDAKAN 2 - menetapkan standard
n MENETAPKAN STANDARD PEMULIHAN PERKHIDMATAN

n Standard adalah penting bagi mengekalkan kepercayaan pelanggan terhadap agensi kerajaan

TINDAKAN 2 - menetapkan standard
n Contoh :
n Putus bekalan air : Jabatan air menghantar 1 kali sehari(daripada tiada langsung).
n Perkhidmatan kaunter: Tambah satu lagi kauter bila bilangan ramai, satu pelanggan paling lama 15 minit

TINDAKAN 3 makanisma perlaksanaan
n MEWUJUDKAN MAKANISME PERLAKSANAAN PEMULIHAN PERKHIDMATAN
n 2 langkah penting boleh diambil:
n Mewujudkan struktur pelaksanaan . Struktur di anggotai oleh kakitangan mahir
n Mewujudkan sistem & prosedur pelaksanaan

TINDAKAN 3 - makanisma perlaksanaan
Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian:
n Bidang kuasa pegawai
n Asas –asas membuat keputusan
n Standard kualiti bagi tindakan
n Persiapan sebelum tindakan
n Prosedur bertindak
n Sistem pelaporan

TINDAKAN 4 - sistem pengendalian aduan
n SISTEM RESPON
n 3 Peringkat respon tindakan:
n Proses 1 : Penerimaan aduan pelanggan
n Proses 2 : Mengambil tindakan
n Proses 3 : Penilaian dan susulan

TINDAKAN 5 - mengawas proses
n MENGAWASI PROSES-PROSES KERJA KRITIKAL
n Agensi harus berkeadaan siap sedia, terutamanya proses yang sering mendatangkan masalah.Apabila dikesan berlakunya gangguan bagi proses kerja yang menyebabkan standard kualiti tidak dipenuhi maka tindakan proaktif boleh digerakkan
n Misalanya ‘Kad Pengenalan’
n Bekalan eletrik di Pulau Pinang
n Air di Kelantan
n Ubatan- bayi 3
n Pemecatan RISDA

TINDAKAN 6 - memberi latihan
n Kemahiran
n Empowerment
n Bidang kuasa
n Fleksibiliti bertindak
n Kemudahan
n Persekitaran
n Sumber kewangan



Panduan Mengenai Perlaksanaan MS ISO 9000
( Bilangan 1 / 1997 )

Konsep ISO 9000

Peringkat Pemohonan Untuk Pengauditan
w Prosedur skim pensijilan sistem kualiti MS ISO 9000 Perkhidmatan awam Malaysia
Ø Permohonan untuk pengauditan
Ø Pengauditan dokumen
Ø Audit Pematuhan
Ø Perakuan

Peringkat Pemohonan Untuk Pengauditan
Ø Kelulusan dan pengeluaran sijil
Ø Surveillance Audit (1 tahun sekali–3 tahun)

Kualiti boleh dicapai melalui
w Kawalan kualiti – di akhir proses bagi mengenalpasti produk-produk yang tidak memenuhi spesifikasi
w Kepastian kualiti – kawalan kualiti bagi proses yang menghasilkan sesuatu produk dan proses pengurangan pembaziran

Menyediakan asas yang kukuh bagi TQM
Perlaksanaan ISO 9000 berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut :
w Standard bagi sistem kualiti
w Berasaskan kepada dokumentasi
w Menekankan kepada pencegahan
w Satu standard yang universal

MS ISO dalam Perkhidmatan Awam
w MS – Malaysian Standard
w Dikeluarkan oleh SIRIM
w ISO- INTERNATIONAL ORGANIZATION FOR STANDARDISATION
w ISO 9000 adalah satu standard yang bertulis yang menetap dan menerangkan elemen asas dalam sistem kualiti

Langkah-langkah perlaksanaan ISO 9000 di agensi kerajaan
w Tujuan – untuk menjamin kejayaan pelaksanaanya
w Mengandungi 8 aktiviti utama

Aktiviti 1 – membina komitmen pengurusan atasan
w PA mewakili peranan penting
w Tidak boleh mewakilkan tanggungjawab kepada pegawai bawahan
w Menyediakan sumber yang perlu
w Memimpin merancang dan melaksanakan

Aktiviti 2 – mengenalpasti proses utama bagi pelaksanaan MS ISO 9000
w Proses utama berasaskan kreteria berikut
w Berurusan dengan orang ramai
w Perkhidmatan sokongan kritikal kepada perkhidmatan awam
w Mengutip hasil kerajaan
w Berpotensi bagi mengurangkan kos

Aktiviti 3- memberi latihan kemahiran kepada pasukan pelaksana
w Hands on training
w Latihan di institusi latihan kerajaan seperti IAB

Aktiviti 4 – menjalankan analisis jurang (Gap analysis)
w Untuk mengenalpasti sama ada amalan harian atau prosedur yang dilaksanakan dalam organisasi menepati atau tidak menepati keperluan

Aktiviti 5 – menyediakan dokumen MS ISO 9000
w Manual prosedur kerja
w Fail meja
w Dokumen ini perlu disediakan bagi membantu MAMPU menjalankan pengauditan

Aktiviti 6 – melatih pegawai atau staf melaksanakan prosedur ysng didokumentasikan

Aktiviti 7 – melaksanakan ISO 9000
w Keberkesanan pelaksanaan audit dalaman perlu diaudit oleh juruaudit dalaman
w Satu kajian perlu dibuat

w Aktiviti 8 – Pengiktirafan dan pensijilan
w MAMPU menjalankan audit pematuhan dan mengeluarkan sijil pengiktirafan
w “Sijil MS ISO 9000 Perkhidmatan Awam Malaysia”
w Terdapat 2 katagori:
w Minor- ketakakuran yang tidak menjejaskan sistem kualiti
w Major – ketakakuran yang akan mengakibatkan sistem kualiti tidak berfungsi dengan berkesan


Dasar Pembangunan Nasional

  • DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL


    Termasuk dalam RRJP2 /WW2020 - kearah negara maju

    Mengambil bil kira pandangan & cadangan PEN

    Kesinambungan dari RRJP1 yang bertujuan untuk
    · basmi kemiskinan &
    · susun semula masyarakat

    Kearah Malaysia 2020 dgn Ciri masyarakat:
    · berkeyakinan
    · Bersatu padu
    · Bermoral & teguh etika
    · Demokratik
    · Liberal
    · Timbang rasa
    · Penyayang
    · Saksama & adil ekonomi
    · Progresif
    · makmur

    Ciri ekonomi
    -mampu bersaing
    -Dinamik
    -Teguh
    -berdaya tahan
    -Adil dari segi sosial

    Berasaskan DEB - meliputi aspek kritikal:

    · keseimbangan yang optimum antara matlamat
    · pertumbuhan dan pengagihan yang saksama dari segi ekonomi
    · pembangunan yang seimbang melibatkan serta mempertingkatkan daya saling melengkapi antara sektor
    · galakkan perkongsian lebih adil & saksama
    · jurang tidak seimbang antara ekonomi negeri, bandar / luar bandar
    · masy. Progresif- sejahtera / sosial & rohani positif + bangga cinta negara
    · memajukan sumber tenaga manusia yang berdisplin , produktif
    berbudaya cemerlang dan berkemahiran
    · Penting Sains & teknologi teras dalam perancangan &
    pembangunan sosio ekonomi.
    · Perhatian kepada Alam sekitar & ekologi

    Pertimbangan penting asas strategi DPN:

    · Prinsip pertumbuhan dgn pengagihan yg saksama
    · Membangunkan masy. yg seimbang untuk kestabilan sosial & politik berterusan

    Pembentukan masy. Malaysia
    -Beretika & bermoral tinggi, positif bertanggungjawab, berdaya tahan, progresif & daya tahan
    -Pengurusan sumber asli menjamin pembangunan yang berterusan utk.
    generasi sekarang dan akan datang.

    Aspek Pendidikan dlm DPN

    · Pendidikan dan latihan –berterusan
    · Peluang saksama mendapat pend. & latihan
    · Kemudahan dilipatganda
    · Pend.rendah & menengah keutamaan( asas)
    · Pend. Asas melibatkan pengiraan , berkomunikasi dan cenderung kpd S & T
    · Pend. Teknik & Vokasional di perkemas
    · Persediaan tenaga manusia dgn ciri:,Penyelidikan dan post.grad. + sektor industri
    Pengajaran & penyelidikan serta logistik di IPT dipertingkatkan melalui ciri:
  • Tempoh pend. Formal dari 9 ke 11 tahun.
    · Tambah infrastuktur, guru terlatih

    · Tambah keupayaan IPT/ sokongan swasta

    · Galakkan PJJ/ universiti terbuka

    · Sistem latihan vokasional susun semula

    Dimensi-dimensi baru DPN

    · Fokus kpd strategi pembasmian kemiskinan kalangan RT
    Selari pengurangan kemiskinan relatif

    · Wujud guna tenaga & pembangunan Masy. perdagangan & perindustrian Bumiputra, MPPB

    · Tingkatkan penglibatan swasta dlm susun semula masy.

    Pembangunan sumber manusia –asas penting



    Strategi DPM:


    Basmi kemiskinan
    Penyusunan semula masy.
    Penyusunan semula gunatenaga
    Pemilikan modal saham
    Penglibatan sektor swasta
    Pembangunan wilayah
    Pembangunan sektoral
    Pembangunan sumber manusia

Wawasan 2020

Wawasan Wawasan 2020 merupakan idea Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad dan mula-mula diumumkan pada 28 Februari 1991 dalam persidangan pertama Majlis Perniagaan Malaysia. Wawasan 2020 merangkumi tempoh masa 30 tahun. Matlamat terakhir Wawasan 2020 ialah untuk menjadikan Malaysia negara yang benar-benar maju dalam tiga dekad. Wawasan 2020 menitikbratkan 'pembangunan menyeluruh' dan bukan sahaja pembangunan ekonomi. Malaysia harus menjadi negara maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menurut Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad, kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, dari segi ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan mutu kehidupan, nilainilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga kenyakinan terhadap bangsa sendiri.
Idea Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad mempunyai matlamat jangka masa panjang iaitu selama 30 tahun. Menjelang tahun 2020, Malaysia diharapkan dapat menjadi sebuah negara perindustrian. Pada tahun tersebut, Malaysia dijangka dapat menempatkan diri di kalangan negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Perancis. Sekiranya impian Dr. Mahathir ini menjadi kenyataan, maka Malaysia sudah pasti akan berubah daripada sebuah negara yang ekonominya berasaskan pertanian kepada sebuah negara industri. Ini juga bermakna Malaysia akan memasuki era baru dengan kemajuan teknologi yang canggih dan moden.
Wawasan 2020 sebenarnya bukan suatu visi dan impian seorang pemimpin. Wawasan ini menjadi harapan bagi semua rakyat Malaysia untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. Wawasan ini bukan sahaja merangkumi aspek ekonomi, tetapi meliputi keseluruhan bidang kehidupan termasuk aspek budaya, sosial dan politik. Namun begitu untuk menjadikan wawasan ini sebagai satu kenyataan bukanlah semudah yang disangkakan. Kerjasama diperlukan daripada seluruh rakyat Malaysia dalam pelaksanaannya. Untuk menjayakan wawasan 2020, tedapat sembilan cbaraan yang perlu dihadapi sebelum hasilnya dapat dinikmati dalam tempoh 30 tahun yang akan datang.
Cabaran yang pertama adalah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama. Bagi mengatasi cabaran ini, seluruh rakyat Malaysia harus bersatu padu. Setiap kaum perlu berganding bahu dengan melupakan persengketaan sesama mereka. Identifikasi kaum patut dihapuskan supaya seluruh rakyat dapat bersatu sebagai bangsa Malaysia. Unsur-unsur perkauman, chauvinism dan polarisasi kaum harus dibendung sebelum ia meracuni fikiran rakyat sekiranya kita hendak melihat penyatuan negara Malaysia berlaku sepenuhnya.
Melahirkan penyatuan di kalangan rakyat belum tentu dapat menjayakan Wawasan 2020. Ini kerana Malaysia memerlukan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Setiap rakyat perlu ditanamkan dalam jiwa mereka semangat keyakinan untuk menghadapi setiap cabaran yang bakal mendatang. Rakyat harus berbangga dengan pencapaian negara dan apa yang jadi milik mereka. Kebebasan amat penting untuk mencapai kemajuan dan sifat ini harus ada pada setiap rakyat supaya matlamat yang dirancang tercapai tanpa apa-apa halangan dan kongkongan.
Seterusnya, Malaysia seboleh-bolehnya dapat mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan sebuah masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada semua negara membangun. Ini bermakna masyarakat Malaysia perlu menjadi contoh dan teladan untuk masyarakat dunia yang lain kerana ia dapat menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia adalah progresif, dinamik dan demokratik. Sudah terlalu lama kita menjadikan masyarakat di negara-negara maju sebagai contoh dan panduan dalam meniti jambatan kejayaan. Kini telah sampai masanya untuk kita menjadi pemimpin bagi penduduk dunia.
Dalam membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, dua unsur tidak harus diabaikan iaitu moral dan etika. Penting diwujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Pencapaian Wawasan 2020 sangat bergantung kepada sebuah masyarakat yang mengamalkan kedua-dua nilai ini. Keruntuhan nilai ini di negara-negara kesannya telah menyebabkan kehidupan masyarakat di negara-negara maju semakin tidak bahagia. Oleh itu, kedua-dua nilai tersebut amat diperlukan sekali dan diberikan perhatian utama sebelum langkah-langkah seterusnya diambil untuk menjayakan Wawasan 2020.
Cabaran yang kelima adalah mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama msing-masing, dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. Dalam mana-mana negara, semangat cintakan negara sangat penting dalam proses pembangunan. Begitu juga dengan semangat bertolak ansur. Tanpa tolak ansur adalah sukar untuk kaum-kaum di Malaysia bersatu dan bekerjasama. Setiap kaum perlu memahami kebudayaan kaum yang lain. Apabila persefahaman dapat diwujudkan, maka perasaan bertolak ansur akan lahir dalam perhubungan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Tolak ansur tidak membawa apa-apa makna sekiranya setiap rakyat tidak mempunyai kebebasan beragama. Dari itu, kepercayaan setiap kaum wajar dihormati dan dilindungi. Dasar yang liberal daripada kerajaan terhadap kebebasan beragama sudah tentu dapt melahirkan perhubungan yang lebih intim dalam masyarakat Malaysia yang unik dan pelbagai budaya.
Malaysia juga perlu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Sesuai dengan kepesatan dan pencapaian sains teknologi, Malaysia sepatutnya mempunyai sebilangan saintis yang komited terhadap kerjayanya. Dalam konteks ini, Malaysia bukan sahaja memerlukan pekerja-pekerja yang tahu menggunakan teknologi, malah tahu mencipta teknologi baru untuk keperluan industri. Sampai bila kita perlu bergantung kepada teknologi negara maju? Sudah tiba masanya Malaysia melahirkan segolongan saintis, jurutera, juruteknik, teknokrat dan ahli industri. Insentif yang diberikan kepada golongan ini sudah pasti akan meningkatkan motivasi mereka mencipta dan mereka teknologi yang lebih maju lagi.
Sesuatu yang tidak patut dilupakan adalah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan yang tidak hanya berkisar kepada negara atau orang perseorangaan tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh. sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan dalam sesebuah negara akan menyebabkan ikatan kekeluargaan menjadi semakin longgar. Pengalaman di negara maju memberikan kita banyak bukti keruntuhan dalam sistem kekeluargaan. Untuk mengelakkan masyarakat Malaysia mengalamai nasib yang sama, cabaran ini perlu diberi perhatian oleh setiap lapisan anggota masyarakat. Oleh itu, kebajikan setiap ahli masyarakat harus diberikan tumpuan kalau hendak melihat kewujudan sebuah masyarakat yang penyayang.
Kemajuan ekonomi yang dicapai sebaik-baiknya dapat memastikan masyarakat mendapat pengagihan yang adil. Pengumpulan kekayaan negara di tangan segelintir individu diharapkaan tidak lagi berlaku demi kestabilan negara, stiap rakyat patut diberi peluang dan hk yang sama rata untuk menikmati kejayaan negara. Sering kedengaaran kritikan-kritikan dilemparkan kepada kerajaan terhadap ketidaksamarataan dalam pengagihan kekayaan negara. Isu ini dieksploitasi dan digunakan bagi membangkitkan kemarahan kaum di Malaysia. Oleh itu, aspek ini penting dititikberatkan dalam Wawasan 2020.
Cabaran terakhir adalah mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Setiap rakyat perlu bekerja lebih kuat lagi. Semua masalah harus dihadapi dengan semangat yang kental dan hati yang tabah. Sikap dinamik dan berani bersaing dengan bangsa yang lebih maju perlu disemai dalam jiwa setiap rakyat Malysia. Kita tidak mahu rakyat Malaysia mempunyai jiwa penakut dan lemah kerana matlamat Wawasan 2020 tidak akan tercapai sekiranya masyarakat masih mewarisi perasaan negatif ini.
Dengan demikian, sembilan cabaran ini wajib di atasi dahulu dan dijadikan sebahagian daripada kehidupaan sebelum Wawasan 2020 menjadi realiti. Tidak mustahil kita dapat mencapai taraf sebuah negara maju, tetapi yang menjadi persoalan ialah bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan suasana yang serba maju pada tahun 2020 nanti. Wawasan 2020 akan tinggal menjadi angan-angan jikalau rakyat dan kerajaaan tidak berkerjasama. Idea Wawasan 2020 berkemungkinan menjadi 'was-was 2020' sekiranya masyarakat tidak berganjak daripada keadaan mereka sekarang ini. Rakyat harus berani menerima perubahan dan bersedia berubah untuk memasuki abad yang ke-21.

Pelan Integriti Nasional

1. PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)

1.1 Konsep utama PIN adalah sebagai merealisasikan cabaran keempat, hasrat Wawasan 2020 iaitu “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”.

1.2 Terdapat lima sasaran yang diletakkan dalam perlaksanaan PIN iaitu :

i. mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan;

ii. meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, mengatasi karenah birokrasi dan penyelewengan;

iii. meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;

iv. memantapkan institusi keluarga; dan

v. meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.


2. GERAK KERJA PELAKSANAAN

2.1 Tindakan Susulan Kepada Pelaksanaan Pelan Tindakan.

i. Mewujudkan manual prosedur integriti;

ii. Mewujudkan Pasukan Petugas Khas bagi melaksanakan program-program yang telah dipersetujui; dan

iii. Membuat laporan dan menilai semula keberkesanan dan kemajuan pelaksanaan program.

2.2 Pembentukan Pasukan Petugas Khas (PPK):

i. Pasukan Petugas Khas (PPK) yang dibentuk bagi tujuan pelaksanaan dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kumpulan program mengikut ‘core business’ jabatan. Setiap kumpulan diketuai oleh ‘lead agency’ sebagai Ketua Pasuka Petugas Khas (PPK) dan anggotanya dilantik oleh Ketua PPK yang terdiri dari mana-mana Jabatan/Agensi di bawah JPM. Senarai kumpulan program, Ketua Pasukan Petugas Khas (PPK) dan anggotanya yang dipersetujui mesyuarat adalah seperti di Lampiran A. Walau bagaimanapun, Ketua PPK boleh menambah keanggotaan kumpulan masing-masing mengikut keperluan dan kesesuaian.

ii. Ketua Pasukan Petugas Khas yang dilantik bertanggungjawab mengenalpasti, merangka, membuat penilaian dan melaporkan kemajuan pelaksanaan program/aktiviti kepada urus setia sebelum dibentangkan secara berkala di dalam mesyuarat JKP JPM.

iii. Manual Prosedur Integriti dirangka oleh BPR dengan dibantu oleh Urus Setia.



2.3 Pelantikan Ketua Pasukan Petugas Khas

i. Surat pelantikan akan diedarkan oleh Urus Setia JKP JPM kepada semua Ketua Pasukan Petugas Khas dan Ketua Jabatan masing-masing sebagai makluman. Di dalam surat tersebuat akan dinyatakan tindakan-tindakan yang perlu dibuat oleh Ketua PPK dan anggota masing-masing serta garis panduan dalam melaksanakan program-program yang telah dipersetujui.





ii. Tarikh akhir (deadline) untuk Ketua PPK mengemukakan laporan kemajuan pelaksanaan program masing-masing adalah tidak lewat dari akhir minggu kedua Julai 2004 (17 Julai 2004) bagi membolehkan urus setia meneliti dan memantau kemajuan pelaksanaan program tersebut.


2.4 Memanfaatkan Rakan Pembimbing JPM Dalam Program Pengukuhan Integriti

i. Makluman akan diedarkan kepada semua jabatan di JPM bahawa Kumpulan Rakan Pembimbing di JPM. Makluman yang diedarkan itu hendaklah menjelaskan fungsi Rakan Pembimbing, kes-kes yang boleh dirujuk kepada Bahagian Kaunseling JPA.


2.5 Laman Web Integriti

i. Laman web integriti khas tidak perlu diwujudkan dan memadai hanya dengan mengadakan satu ruangan di laman web setiap Jabatan/Agensi bawah JPM mengenai maklumat dan program-program integriti.


2.6 Pengurusan Aduan Pelanggan

i. Biro Pengaduan Awam (BPA) akan mengedarkan arahan kepada semua Jabatan/Agensi di JPM supaya mengemukakan terus laporan aduan mengenai Jabatan masing-masing kepada BPA.







2.7 Laporan Suku Tahun JPM

i. Laporan suku tahun JKP JPM bagi terma sistem dan prosedur kerja menggunakan format borang laporan mengurangkan karenah birokrasi yang dikeluarkan oleh Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara. Manakala tujuh terma lain akan tetap menggunakan format seperti Arahan No. 1, YAB Perdana Menteri tahun 1998.

Nilai Dan Etika Penjawat Awam

NILAI DAN ETIKA PENJAWAT AWAM

PERSOALAN

Apakah sistem sebuah kerajaan yang moden berasaskan kemajuan sains dan teknologi terkini menjamin kewujudan sebuah pentadbiran kerajaan yang cekap dan efektif?

DEFINISI NILAI DAN ETIKA

NILAI
n Kepercayaan yang boleh mendorong seseorang atau organisasi untuk bertindak mengikut nilai-nilai utama sesebuah masyarakat iaitu ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan kecekapan.

ETIKA
n Bermaksud tanggungjawab dan akibat dari tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
ü Seseorang penjawat awam sepatutnya memahami tanggungjawab terhadap peranan dan tingkahlakunya sebagai kakitangan kerajaan.

LAIN-LAIN DEFINISI ETIKA
n Prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh organisasi yang bertujuan mengawal tingkahlaku ahli organisasi tersebut.
n Ilmu yang berkaitan dasar-dasar akhlak atau sains moral.
n Sistem dasar-dasar akhlak, hukuman-hukuman, tingkahlaku atau kelakuan yang membabitkan ahli organisasi.
n Disiplin dan peraturan yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk bagi sesebuah organisasi.

CIRI PENJAWAT AWAM BERKUALITI

Memiliki 2 Aspek Keunggulan
n Keunggulan peribadi
ü Sikap, pemikiran, tingkahlaku berasaskan nilai-nilai amanah, jujur, tekun, dedikasi dsb.

n Keunggulan tahap profesionalisme yang tinggi
ü Cekap, mahir, berilmu, intelektual, produktif, inovatif dsb.

ETIKA KERJA
Etika ini jika dikaitkan dengan Etika Kerja bermaksud tingkahlaku yang dijadikan pegangan/ pedoman bagi ahli organisasi semasa menjalankan tugas.

ETIKA KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Ø Etika Kerja adalah prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh organisasi bertujuan mengawal tingkahlaku ahli dalam organisasinya. Merupakan satu kawalan bagi menentukan perlakuan selaras dengan sistem nilai organisasi tersebut.

KONSEP ETIKA KERJA
n Kewajipan agama/moral
n Kepentingan organisasi/bukan peribadi
n Bangga dengan kerjaya
n Kesetiaan pada kerja dan rasa kekitaan
n Prestasi kerja yang cemerlang
n Kepuasan bekerja

KEWAJIPAN AGAMA DAN MORAL
v Prinsip Rukun Negara yang pertama
Ø Kepercayaan Kepada Tuhan

Kakitangan Awam perlu berpegang teguh kepada ajaran agama – aspek penting dalam menjalankan perkhidmatan

Kelicinan jentera kerajaan bergantung kepada penjawat awam yang mempunyai pegangan nilai yang tetap dan kukuh

KEPENTINGAN ORGANISASI dan BUKAN PERIBADI

Berkhidmat dengan jujur yang terangkum di dalam sikap dan tindakan selaras dengan cita-cita rakyat dan negara. Penggerak masyarakat ke arah kemajuan dan bukan mengambil kesempatan dengan kuasa yang ada sebagai penjawat awam untuk kepentingan diri dan keluarga.

BANGGA DENGAN KERJAYA
Bangga dengan kerjaya sebagai kakitangan akan menyebabkan seseorang itu memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawabnya. Kebanggaan ini akan menjadi pendorong ke arah mempertingkatkan mutu kerja tanpa menunggu arahan pihak atasan.

KESETIAN KEPADA KERJA DAN RASA KEKITAAN
Kesetiaan kepada kerja akan menyebabkan seseorang penjawat itu berusaha meningkatkan mutu kerjanya. Mempercayai bahawa mempunyai rasa tanggungjawab kepada organisasi yang diwakili menyebabkan penjawat awam berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan mutu kerjanya dan produktivitinya.

PRESTASI KERJA YANG CEMERLANG
Berkeyakinan bahawa prestasi kerja yang cemerlang bukan sahaja memberi kebaikan kepada diri sendiri tetapi yang lebih penting kepada kepuasan pelanggan dan memberi sumbangan kepada negara.

KEPUASAN BEKERJA
Kepuasan bekerja bermaksud seseorang itu berpuas hati dengan apa yang dapat disumbangkan untuk organisasinya. Ini akan menjadi motivasi kepadanya untuk meningkatkan usaha yang bersungguh-sungguh untuk kebaikan organisasi.

ETIKA BAGI PENJAWAT AWAM
Etika Kerja amat penting bagi penjawat awam kerana setiap kakitangan perkhidmatan awam perlu memiliki tingkahlaku yang baik sebagaimana dikehendaki oleh anggota masyarakatnya seperti bersikap positif, berdisplin, bertanggungjawab dsbnya.

MENGAPA LAHIR ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
Atas kesedaran bahawa profesionalisme perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan kakitangannya hendaklah bekerja dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab untuk melaksanakan pembangunan pesat ke arah negara maju

MENGAPA ETIKA PERKHIDMATAN AWAM DIPERKENALKAN

Faktor Luaran;
n kemelesetan ekonomi dunia
n ancaman keselamatan serantau
n gejala-gejala sosial yang tidak sihat

Faktor Dalaman;
n permintaan rakyat yang mahukan perkhidmatan yang sistematik, cekap dan berkesan.
n Banyaknya aduan tentang ketidakcekapan jentera pentadbiran dan kakitangan kerajaan.

MENGAPA KERAJAAN MEMPERKENALKAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

Bagi memenuhi hasrat kerajaan untuk memberi perkhidmatan awam terbaik kepada rakyat yang merupakan pelanggan utama kerajaan.

PELANCARAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

n Dilancarkan pada Januari 1979
n Berkuatkuasa melalui Surat Pekeliling Am 5/79 yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara.
n Teras-teras perkihdmatan awam ini terkandung dalam Panduan Perkhidmatan Cemerlang.

TUJUAN PANDUAN PERKHIDMATAN CEMERLANG
n Meninggikan mutu perkhidmatan awam dari semasa ke semasa
n Mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas
n Memupuk tangggungjawab bersama
n Mewujudkan suasana sihat dan cekap
n Mengeratkan hubungan antara semua kakitangan kerajaan
n Membentuk sikap dan kewibawaan kakitangan kerajaan sesuai dengan prinsip Rukun Negara

ETIKA KERJA DALAM ISLAM
n Bersifat menyeluruh/sejagat
n Bekerja kerana Allah – ibadah
n Bekerja untuk kesejahteraan dunia dan akhirat
n Patuh kepada perintah Allah

PRINSIP UTAMA ETIKA KERJA ISLAM
n Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah
n Bekerja dengan ikhlas/amanah
n Bekerja dengan tekun/cekap
n Bekerja dengan semangat bergotong-royong, mesyuarah dan berfikiran sihat.
n Bekerja dengan matlamat kesejahteraan dan kebahagiaan manusia sejagat

PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM
n Bagi menjayakan pentadbiran kerajaan nilai-nilai Islam boleh diamalkan oleh semua rakyat tanpa mengira agama.

TERAS PERKHIDMATAN
Buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang telah menyediakan panduan, ingatan dan galakan bagi mencapai tingkat perkhidmatan cemerlang.

Tujuh perkara telah dijadikan Teras Perkhidmatan Awam

TUJUH TERAS PERKHIDMATAN AWAM

Teras Perkhidmatan 1 – Berazam Meninggikan Mutu Perkhidmatan
Teras Perkhidmatan 2 – Bekerja dengan penuh Tanggungjawab
Teras Perkhidmatan 3 – Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri
Teras Perkhidmatan 4 – Berkhidmat Dengan Penuh Muhibah dan Kemesraan
Teras Perkhidmatan 5 – Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat dan Pembangunan Negara
Teras Perkhidmatan 6 – Bekerjasama Dalam Membanteras Kelemahan dan Musuh- musuh Negara
Teras Perkhidmatan 7 – Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama




USAHA DAN KESAN PEWUJUDAN PERKHIDMATAN CEMERLANG

Ø Teras Perkhidmatan Awam
Ø Etika Perkhidmatan Awam
Ø Konsep Perkhidmatan Cemerlang
Ø Dasar Pandang Ke Timur
Ø Bersih, Cekap dan Amanah
Ø Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran
Ø Kepimpinan Melalui Teladan
Ø Gerakan Budaya Kerja Cemerlang
Ø Pengurusan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam
Ø Anugerah Kualiti Perdana Menteri
Ø Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

SISTEM NILAI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
n Matlamat pembentukan sikap dan amalan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam bertujuan
¯ meninggikan prestasi/kualiti
¯ meninggikan hasil pengeluaran

n Nilai/sikap berkait rapat dengan manusia yang menjadi aset sesuatu organisasi itu

n Pengenalan program yang berkaitan dengan nilai dan sikap memberi kesan dalam kemajuan perkhidmatan awam

Penghayatan Etika
Penghayatan Etika perlu:

n Untuk penerapan nilai-nilai terpuji seperti akhlak, komunikasi, perwatakan dan pergaulan.

n Untuk integriti dan kualiti (nilai bersama) dalam perkhidmatan awam.

SISTEM NILAI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Sistem nilai penting untuk menunjukan:
¨perlakuan dan tindakan
¨asas kepada pembentukan sikap, tanggapan, motivasi dan personaliti
¨pengaruh yang kuat kepada kemajuan bangsa dan negara

TUJUAN NILAI MURNI DIPERKENALKAN
n Menanamkan semangat cintakan nilai-nilai suci
n Menghormati kebaikan dan benci keburukan
n Membentuk sikap berguna kepada negara
n Menghapuskan sikap negatif semasa menjalankan tugas

NILAI-NILAI MURNI YANG PERLU DIHAYATI
n Adil dalam perlantikan
n Amanah dalam menjalankan tugas
n Bertanggungjawab
n Ikhlas
n Dedikasi
n Tekun
n Berdisiplin
n Bekerjasama
n Berbudi mulia
n Bersyukur

NILAI-NILAI UTAMA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

n Taat Setia
n Amanah, Bersih, Jujur
n Bertanggungjawab
n Berkecuali
n Adil dan saksama
n Prestasi yang cemerlang
n Ketepatan masa
n Perkhidmatan ramah dan mesra
n Berjimat cermat

NILAI KUALITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

ü Integriti
ü Profesionalisme
ü Kejujuran intelektual
ü Neutraliti
ü Kepimpinan
ü Bekerjasama
ü Kreativiti dan inovasi
ü Berorientasikan pelanggan
ü Pengurusan diri
ü Pemajuan diri