Tuesday, September 29, 2009

Nilai Dan Etika Penjawat Awam

NILAI DAN ETIKA PENJAWAT AWAM

PERSOALAN

Apakah sistem sebuah kerajaan yang moden berasaskan kemajuan sains dan teknologi terkini menjamin kewujudan sebuah pentadbiran kerajaan yang cekap dan efektif?

DEFINISI NILAI DAN ETIKA

NILAI
n Kepercayaan yang boleh mendorong seseorang atau organisasi untuk bertindak mengikut nilai-nilai utama sesebuah masyarakat iaitu ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan kecekapan.

ETIKA
n Bermaksud tanggungjawab dan akibat dari tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
ü Seseorang penjawat awam sepatutnya memahami tanggungjawab terhadap peranan dan tingkahlakunya sebagai kakitangan kerajaan.

LAIN-LAIN DEFINISI ETIKA
n Prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh organisasi yang bertujuan mengawal tingkahlaku ahli organisasi tersebut.
n Ilmu yang berkaitan dasar-dasar akhlak atau sains moral.
n Sistem dasar-dasar akhlak, hukuman-hukuman, tingkahlaku atau kelakuan yang membabitkan ahli organisasi.
n Disiplin dan peraturan yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk bagi sesebuah organisasi.

CIRI PENJAWAT AWAM BERKUALITI

Memiliki 2 Aspek Keunggulan
n Keunggulan peribadi
ü Sikap, pemikiran, tingkahlaku berasaskan nilai-nilai amanah, jujur, tekun, dedikasi dsb.

n Keunggulan tahap profesionalisme yang tinggi
ü Cekap, mahir, berilmu, intelektual, produktif, inovatif dsb.

ETIKA KERJA
Etika ini jika dikaitkan dengan Etika Kerja bermaksud tingkahlaku yang dijadikan pegangan/ pedoman bagi ahli organisasi semasa menjalankan tugas.

ETIKA KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Ø Etika Kerja adalah prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh organisasi bertujuan mengawal tingkahlaku ahli dalam organisasinya. Merupakan satu kawalan bagi menentukan perlakuan selaras dengan sistem nilai organisasi tersebut.

KONSEP ETIKA KERJA
n Kewajipan agama/moral
n Kepentingan organisasi/bukan peribadi
n Bangga dengan kerjaya
n Kesetiaan pada kerja dan rasa kekitaan
n Prestasi kerja yang cemerlang
n Kepuasan bekerja

KEWAJIPAN AGAMA DAN MORAL
v Prinsip Rukun Negara yang pertama
Ø Kepercayaan Kepada Tuhan

Kakitangan Awam perlu berpegang teguh kepada ajaran agama – aspek penting dalam menjalankan perkhidmatan

Kelicinan jentera kerajaan bergantung kepada penjawat awam yang mempunyai pegangan nilai yang tetap dan kukuh

KEPENTINGAN ORGANISASI dan BUKAN PERIBADI

Berkhidmat dengan jujur yang terangkum di dalam sikap dan tindakan selaras dengan cita-cita rakyat dan negara. Penggerak masyarakat ke arah kemajuan dan bukan mengambil kesempatan dengan kuasa yang ada sebagai penjawat awam untuk kepentingan diri dan keluarga.

BANGGA DENGAN KERJAYA
Bangga dengan kerjaya sebagai kakitangan akan menyebabkan seseorang itu memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawabnya. Kebanggaan ini akan menjadi pendorong ke arah mempertingkatkan mutu kerja tanpa menunggu arahan pihak atasan.

KESETIAN KEPADA KERJA DAN RASA KEKITAAN
Kesetiaan kepada kerja akan menyebabkan seseorang penjawat itu berusaha meningkatkan mutu kerjanya. Mempercayai bahawa mempunyai rasa tanggungjawab kepada organisasi yang diwakili menyebabkan penjawat awam berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan mutu kerjanya dan produktivitinya.

PRESTASI KERJA YANG CEMERLANG
Berkeyakinan bahawa prestasi kerja yang cemerlang bukan sahaja memberi kebaikan kepada diri sendiri tetapi yang lebih penting kepada kepuasan pelanggan dan memberi sumbangan kepada negara.

KEPUASAN BEKERJA
Kepuasan bekerja bermaksud seseorang itu berpuas hati dengan apa yang dapat disumbangkan untuk organisasinya. Ini akan menjadi motivasi kepadanya untuk meningkatkan usaha yang bersungguh-sungguh untuk kebaikan organisasi.

ETIKA BAGI PENJAWAT AWAM
Etika Kerja amat penting bagi penjawat awam kerana setiap kakitangan perkhidmatan awam perlu memiliki tingkahlaku yang baik sebagaimana dikehendaki oleh anggota masyarakatnya seperti bersikap positif, berdisplin, bertanggungjawab dsbnya.

MENGAPA LAHIR ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
Atas kesedaran bahawa profesionalisme perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan kakitangannya hendaklah bekerja dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab untuk melaksanakan pembangunan pesat ke arah negara maju

MENGAPA ETIKA PERKHIDMATAN AWAM DIPERKENALKAN

Faktor Luaran;
n kemelesetan ekonomi dunia
n ancaman keselamatan serantau
n gejala-gejala sosial yang tidak sihat

Faktor Dalaman;
n permintaan rakyat yang mahukan perkhidmatan yang sistematik, cekap dan berkesan.
n Banyaknya aduan tentang ketidakcekapan jentera pentadbiran dan kakitangan kerajaan.

MENGAPA KERAJAAN MEMPERKENALKAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

Bagi memenuhi hasrat kerajaan untuk memberi perkhidmatan awam terbaik kepada rakyat yang merupakan pelanggan utama kerajaan.

PELANCARAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

n Dilancarkan pada Januari 1979
n Berkuatkuasa melalui Surat Pekeliling Am 5/79 yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara.
n Teras-teras perkihdmatan awam ini terkandung dalam Panduan Perkhidmatan Cemerlang.

TUJUAN PANDUAN PERKHIDMATAN CEMERLANG
n Meninggikan mutu perkhidmatan awam dari semasa ke semasa
n Mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas
n Memupuk tangggungjawab bersama
n Mewujudkan suasana sihat dan cekap
n Mengeratkan hubungan antara semua kakitangan kerajaan
n Membentuk sikap dan kewibawaan kakitangan kerajaan sesuai dengan prinsip Rukun Negara

ETIKA KERJA DALAM ISLAM
n Bersifat menyeluruh/sejagat
n Bekerja kerana Allah – ibadah
n Bekerja untuk kesejahteraan dunia dan akhirat
n Patuh kepada perintah Allah

PRINSIP UTAMA ETIKA KERJA ISLAM
n Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah
n Bekerja dengan ikhlas/amanah
n Bekerja dengan tekun/cekap
n Bekerja dengan semangat bergotong-royong, mesyuarah dan berfikiran sihat.
n Bekerja dengan matlamat kesejahteraan dan kebahagiaan manusia sejagat

PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM
n Bagi menjayakan pentadbiran kerajaan nilai-nilai Islam boleh diamalkan oleh semua rakyat tanpa mengira agama.

TERAS PERKHIDMATAN
Buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang telah menyediakan panduan, ingatan dan galakan bagi mencapai tingkat perkhidmatan cemerlang.

Tujuh perkara telah dijadikan Teras Perkhidmatan Awam

TUJUH TERAS PERKHIDMATAN AWAM

Teras Perkhidmatan 1 – Berazam Meninggikan Mutu Perkhidmatan
Teras Perkhidmatan 2 – Bekerja dengan penuh Tanggungjawab
Teras Perkhidmatan 3 – Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri
Teras Perkhidmatan 4 – Berkhidmat Dengan Penuh Muhibah dan Kemesraan
Teras Perkhidmatan 5 – Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat dan Pembangunan Negara
Teras Perkhidmatan 6 – Bekerjasama Dalam Membanteras Kelemahan dan Musuh- musuh Negara
Teras Perkhidmatan 7 – Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama




USAHA DAN KESAN PEWUJUDAN PERKHIDMATAN CEMERLANG

Ø Teras Perkhidmatan Awam
Ø Etika Perkhidmatan Awam
Ø Konsep Perkhidmatan Cemerlang
Ø Dasar Pandang Ke Timur
Ø Bersih, Cekap dan Amanah
Ø Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran
Ø Kepimpinan Melalui Teladan
Ø Gerakan Budaya Kerja Cemerlang
Ø Pengurusan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam
Ø Anugerah Kualiti Perdana Menteri
Ø Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

SISTEM NILAI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
n Matlamat pembentukan sikap dan amalan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam bertujuan
¯ meninggikan prestasi/kualiti
¯ meninggikan hasil pengeluaran

n Nilai/sikap berkait rapat dengan manusia yang menjadi aset sesuatu organisasi itu

n Pengenalan program yang berkaitan dengan nilai dan sikap memberi kesan dalam kemajuan perkhidmatan awam

Penghayatan Etika
Penghayatan Etika perlu:

n Untuk penerapan nilai-nilai terpuji seperti akhlak, komunikasi, perwatakan dan pergaulan.

n Untuk integriti dan kualiti (nilai bersama) dalam perkhidmatan awam.

SISTEM NILAI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Sistem nilai penting untuk menunjukan:
¨perlakuan dan tindakan
¨asas kepada pembentukan sikap, tanggapan, motivasi dan personaliti
¨pengaruh yang kuat kepada kemajuan bangsa dan negara

TUJUAN NILAI MURNI DIPERKENALKAN
n Menanamkan semangat cintakan nilai-nilai suci
n Menghormati kebaikan dan benci keburukan
n Membentuk sikap berguna kepada negara
n Menghapuskan sikap negatif semasa menjalankan tugas

NILAI-NILAI MURNI YANG PERLU DIHAYATI
n Adil dalam perlantikan
n Amanah dalam menjalankan tugas
n Bertanggungjawab
n Ikhlas
n Dedikasi
n Tekun
n Berdisiplin
n Bekerjasama
n Berbudi mulia
n Bersyukur

NILAI-NILAI UTAMA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

n Taat Setia
n Amanah, Bersih, Jujur
n Bertanggungjawab
n Berkecuali
n Adil dan saksama
n Prestasi yang cemerlang
n Ketepatan masa
n Perkhidmatan ramah dan mesra
n Berjimat cermat

NILAI KUALITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

ü Integriti
ü Profesionalisme
ü Kejujuran intelektual
ü Neutraliti
ü Kepimpinan
ü Bekerjasama
ü Kreativiti dan inovasi
ü Berorientasikan pelanggan
ü Pengurusan diri
ü Pemajuan diri

No comments:

Post a Comment