Tuesday, September 29, 2009

Peristiwa 13 Mei

Peristiwa 13 Mei 1969

Pengenalan

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan
kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei
sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana
sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebabsebab
atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di
Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa
13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai
punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah
banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif
terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan
ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan
ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar
ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha
bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum
di Malaysia.

Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969

1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh
tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun
yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah
ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.
2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan
satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum
sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina
tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan
lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi
dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar
bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai
buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi
orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan
kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan
ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang
berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang
3. Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat
aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat
aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan
kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.
Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri
asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa
dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan
keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati
oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
4. Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut
serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan
Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan
menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah
meletak calonnya seramai sembilan orang .
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap
mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk
menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan
orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu,
soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa
menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah
dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan
Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat
dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia
hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang
Melayu atau bumiputera dihapuskan .
5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut
sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak
kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan .
Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas
Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei
adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah
berbanding dengan kaum Cina .
6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada
peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa
rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula
tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada
status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa
rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan
pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara
kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan
dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah
dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin
Ismail.

Kesimpulan

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum
yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh
semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang
mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi
nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah
tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan
menjadi bayangan sahaja.

No comments:

Post a Comment