Sunday, October 4, 2009

Dasar-dasar Kerajaan

DASAR-DASAR KERAJAAN


WAWASAN 2020

· Merupakan idea Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan mula-mula diumumkan pada 28 Februari 1991 dalam persidangan pertama Majlis Perniagaan Malaysia.
· Merangkumi tempuh masa 30 tahun. Matlamat terakhir menjadikan Malaysia negara yang benar-benar maju dalam tiga dekad.
· Menitik beratkan ‘pembangunan menyeluruh’ dan bukan sahaja pembangunan ekonomi. Malaysia harus menjadi negara maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
· 9 cabaran asasi yang strategik :
1. Membentuk negara Malaysia yang bersatu padu serta satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
2. Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan gagah menghadapai pelbagai masalah.
3. Membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul, berasaskan muafakat dan musyawarah, dan dapat dicontohi oleh banyak negara membangun.
4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya dengan para warganegaranya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan didorong oleh standard etika yang paling tinggi.
5. Mewujudkan sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal dan toleran, dengan setiap rakyat Malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing, dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, yakni masyarakat yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
7. Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah masyarakat yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri.
8. Membentuk sebuah masyarakat yang adil ekonominya, yakni masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.
9. Membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamik dan mempunyai daya ketahanan.

Cabaran yang paling utama ialah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Dr Mahathir telah menghuraikan matlamat pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya iaitu pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.
Dua strategi utama dalam pencapai matlamat tersebut ialah:
Pembasmian kemiskinan mutlak tanpa mengira bangsa mahupun lokasi wilayah.
Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi asas yang tertentu.
Bagi membolehkan semua rakyat Malaysia melepaskan diri daripada perangkap kemiskinan, negara kita mesti menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang secukupnya seperti perumahan, perubatan dan bekalan air dan elektrik.
Harus berusaha memastikan terdapatnya imbangan kaum yang wajar dalam bidang-bidang ikhtisas dan semua jenis pekerjaan yang utama. Dalam konteks ini, pembangunan sumber tenaga manusia kebangsaan adalah amat penting.
Keperluan membentuk sebuah komuniti perdagangan dan industri bumiputra yang mantap lagi tangkas dan mampu bersaing dengan kaum-kaum lain.
Kita akan bergantung kepada sektor swasta sebagai jentera pertumbuhan ekonomi yang utama.
Kerajaan akan mengawasi dan menyediakan rangka dasar perundangan dan peraturan bagi membolehkan pembangunan ekonomi dan sosial yang pesat.
Proses deregulasi akan diteruskan. Peraturan-peraturan kerajaan yang terlalu mengongkong akan dihapuskan.
Dasar Penswastaan akan terus menjadi satu tunggak utama strategi pembangunan dan kecekapan negara kita.
Syarikat-syarikat swasta harus melatih tenaga kerja sendiri serta memberikan perhatian kepada kebajikan mereka.


DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI NEGARA


LATAR BELAKANG

Ø Dasar Sains & Teknologi diumumkan pada April 1986 dan diperakui oleh PIP sebagai tindakan pembangunanan teknologi dan pembangunan perindustriaan.

Ø Dasar ini bertujuan membaiki masalah perindustrian seperti:

(a) Sektor pembuatan yang sempit dan bergantung kepada barangan elektrik dan tekstil sahaja.

(b) Permintaan terhadap barangan perantaraan tempatan msih kurang memuaskan kerana hasil industri masih kurang bermutu dan harga tawaran tinggi

(c) Tumpuan industri lebih kepada kerja pemasangan dan proses pengeluaran mudah

(d) Kos pengeluaran meningkat disebabkan kenaikan kos bahan mentah, pemprosesan dan tenaga kerja.

OBJEKTIF

Ø Menggalakkan penggunaan S & T dalam pembangunan ekonomi, membaiki kehidupan dan kesejahteraan rakyat dan negara

Ø Membolehkan bidang saintifik dan teknologi membantu aktiviti ekonomi dan infrastruktur dalam bidang-bidang berkaitan demi membangunkan negara

Ø Mengatasi masalah-masalah dalam perindustrian, peningkatan tahap kepakaran pengurusan, pengetahuan dan kemahiran S & T

Ø Sektor pertanian harus dibangunkan dengan dasar S & T agar dapat menyokong sektor perindustrian.


STRATEGI DAN PELAKSANAAN

Pembangunan S & T dipaktikkan untuk setanding dengan negara maju

Pembangunan S & T ke arah pembentukkan keupayaan teknologi tempatan

Pengusaha-pengusaha tempatan dapat menerima pemindahan teknologi asing dengan berkesan.


Faktor-Faktor

Ø Pembangunan keselamatan dan kesejahteraan sosial rakyat

Ø Dasar S & T diintegrasi dengan Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pertanian dll.

Ø Perkhidmatan S & T ditingkatkan demi kejayaan rancangan pembangunan negara

Ø Usaha membangunkan kemahiran S & T agar tidak bergantung kepada negara maju

Ø Pusat pengumpulan maklumat S & T ditubuhkan bagi menyalaras perlaksanaan dasar ini

Ø Penyelidikan dan pembangunan diberi tumpuan memajukan bidang pertanian, pembangunan infrastruktur, pelaburan asing, tenaga manusia dan sebagainya.



PENCAPAIAN

Ø Penubuhan Majlis Penyelarasan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN) diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara.

Ø Peruntukan RM 600 jura (RM6) bagi perlaksanaan dan penyelenggaraan projek

Ø MPKSN memperkenalkan satu skim khas, Program Penekanan Penyelidikan di Bidang Keutamaan bagi institusi-institusi menjalankan penyelidikan.

Ø Majlis Penyelarasan dan Pemindahan Teknologi Perindustrian dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan dianggotai oleh pengusaha-pengusaha tempatan – menggubal pelan tindakan pembangunan Teknologi Perindustriaan.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Latarbelakang

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Rasional

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentuka Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.



Objektif

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan

(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;

(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan- pertubuhan kebudayaan. Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa. Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

Penutup

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kcbangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.


Sumber : Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan





DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Latarbelakang
Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.

Rasional
Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan suppress semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah MMelayu yang terjajah tetap apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.

Objektif

Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:

"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi. Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru- baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.

Strategi Pelaksanaan

Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamatDasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:

(a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama;
(b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah;
(c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
(d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
(e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
(f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
(g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;
(h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;
(i) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;
(j) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;
(k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
(l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan
(m) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin,seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.


Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/ Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini.

Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.

Penutup

Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif.


Sumber : Kementerian Pendidikan
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

Dasar Pembangunan Nasional dibentuk dan diperkemas untuk membasmi kemiskinan di kalangan golongan rakyat termiskin yang memperoleh pendapatan kurang daripada garis Kemiskinan.

wPembangunan negara – memperkukuh kestabilan sosial, ekonomi, dan politik

wMencapai taraf sebuah negara yg. maju dari segi keadilan sosial, nilai etika dan moral, kualiti hidup, kecekapan mentadbir dan kecemerlangan ekonomi


wPembukaan tanah-tanah dan bantuan kpd. petani-petani kecil FELDA
wLatihan kpd. belia-belia luar bandar
w Penswastaan utk. Meningkatkan penyertaan Bumiputera
wInsfrastruktur
wASN, PNB – memperkukuh tabungan Bumiputera

wPembasmian kemiskinan
wMenyusun semula masyarakat
wKeseimbangan di kalangan kaum dlm.pelbagai aspek
wMempertingkat daya saing antara sektor- mengoptimum pengeluaran


wMenghapus jurang ekonomi
wMenekankan nilai sosial dan kerohanian
wMempertingkat peluang dan kemudahan pendidikan dan infrastruktur

wMewujudkan sumber manusia yg. berdisiplin dan produktif
wMenerapkan penggunaan sains dan teknologi
wMenerapkan amalan cinta akan alam sekitar



DASAR PERTANIAN NEGARA

1. Perkembangan dalam bidang pertanian agak perlahan dan terdapat dua faktor yang menghalang perkembangannya iaitu:
(a) Kaedah pengeluaran yang kurang cekap masih diamalkan oleh ramai pekebun kecil, nelayan dan juga penternak.
(b) Pertumbuhan ekonomi negara terlalu tertumpu kepada tanaman getah dan kelapa sawit serta koko.
2. Dasar Pertanian Negara telah dilancarkan pada 12 Januari 1984 untuk pembangunan sektor pertanian dalam jangka masa panjang melalui penggunaan sumber-sumber negara dengan cekap.
3. Bagi mencapai matlamat Dasar Pertanian Negara, kerajaan berusaha memoden dan memperkenalkan kegiatan pertanian berasaskan perdagangan di kalangan pekebun kecil.
4. Penglibatan sektor swasta secara lebih meluas dalam sektor pertanian adalah digalakkan.
5. Antara strategi dan langkah-langkah untuk menjayakan Dasar Pertanian Negara ialah :
(a) Pembukaan tanah baru melalui agensi sektor awam seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bagi program tanaman eksport.
(b) Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti FLECRA, MARDI, RISDA, PORIM, RRI juga berperanan meningkatkan program Dasar Pertanian Negara.
(c) Tanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan juga koko telah dimajukan selain mengekalkan tanaman getah dan kelapa sawit.
(d) Meningkatkan pengeluaran beras negara dengan mengadakan projek-projek pengairan.
(e) Kerajaan juga memajukan sektor perikanan dan penternakan seperti Projek Ternak Ikan di Puchong, Selangor.



DASAR PENSWASTAAN

1. Dasar Penswastaan telah dilancarkan oleh kerajaan bagi mengurang dan mengawal pertumbuhan serta saiz sektor awam dan mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan.
2. Dengan adanya pengswastaan, mutu perkhidmatan dijangka dapat dipertingkatkan kerana sektor swasta lebih mementingkan keuntungan dan tidak dikongkong pleh peraturan sektor awam.
3. Pengswastaan juga dapat mempercepatkan pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan daripada pihak swasta.
4. Pengswastaan dilakukan dengan beberapa cara:
(a) Secara sebahagian iaitu pembahagian hak milik kerajaan dalam perkhidmatan dipindahkan kepada sektor swasta. Contoh: Syarikat Airod Sdn. Bhd.
(b) Secara terpilih iaitu sebahagian sahaja daripada perkhidmatan kerajaan yang diswastakan. Contoh: Dermaga Kontena Pelabuhan Kelang.
(c) Bercorak perniagaan iaitu hak milik dipegang oleh kerajaan sedangkan prinsip perniagaan sahaja yang menggunakan swasta. Contoh: Tenaga Nasional.
(d) Secara kontrak iaitu pihak swasta menyediakan perkhidmatan tertentu untuk kerajaan. Contohnya: Pengswastaan pembakaran sampah oleh Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur.
(e) Secara pajakan iaitu kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan disewa oleh pihak swasta. Contoh: Pengawalan tempat letak kereta.


DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA

1. Dasar Persyarikatan Malaysia merupakan konsep yang mencontohi Jepun iaitu menganggap Malaysia sebagai sebuah syarikat yang dimiliki bersama-sama oleh kerajaan dan swasta.
2. Ia dilancarkan pada bulan Februari 1983.
3. Tujuan pelaksanaan Dasar persyarikatan ini ialah:
(a) Mewujudkan kerjasama erat dan berkesan antara sektor awam dan swasta dalam membangunkan negara.
(b) Menghapuskan salah faham antara sektor awam dan swasta dan akan bersama-sama berkongsi dan bertukar alamat.


Dasar Hala Cara Baru dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar

1. Dasar Hala Cara Baru dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar diperkenalkan bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar serta melibatkan mereka dalam bidang pelaburan.
2. Beberapa langkah dan strategi telah dibuat bagi menjayakan dasar ini iaitu:
(a) Perkampungan yang lebih besar diwujudkan supaya kemudahan awam dapat disalurkan ke kawasan tersebut.
(b) Mengembangkan sektor industri barangan perusahaan kampung dan penduduk kampung akan digalakkan dan diberi bantuan untuk meluaskan dan memodenkan perusahaan tradisi mereka.
(c) Pelaksanaan projek di kawasan luar bandar akan dijalankan oleh agensi yang sedia ada dengan menggunakan peruntukan masing-masing.


Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara

1. Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara pula merupakan satu usaha untuk mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan dalam suasana yang mencabar.
2. Dasar ini juga dilaksanakan untuk memastikan sumber negara digunakan sepenuhnya dan juga untuk mengukuhkan asas perusahaan agar dapat bersaing dalam pasaran antarabangsa.

3. Terdapat tiga kaedah yahng digunakan untuk menjalankan dasar tersebut iaitu:
(a) Membaiki sistem dan organisasi.
(b) Menggunakan teknologi yang terkini.
(c) Menerapkan etika keraja yang baik.


DASAR KEPENDUDUKAN

1. Dasar Kependudukan pula telah diperkenalkan pada tahu 1984.
2. Matlamat Dasar Kependudukan ialah untuk menjadikan penduduk Malaysia berjumlah 70 juta orang dalam tempoh 120 tahun akan datang.
3. Objektif utama dasar ini ialah:
(a) Menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara.
(b) Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi barangan keluaran tambahan.
4. Terdapat beberapa lagi dasar yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk kemajuan dan pembangunan negara seperti Dasar Peningkatan Produktiviti dalam perkhidmatan awam, antaranya:
(a) Bersih, Cekap dan Amanah
(b) Dasar Pandang ke Timur
(c) Kepimpinan Melalui Teladan
(d) Etika Perkhidmatan Awam
RRJP1

DASAR PEMBANGUNAN BARU
1. Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) meliputi tempoh 1971-90 kini telah tamat. Di bawah rangka ini, Kerajaan telah melaksanakan empat rancangan pembangunanbermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971-75) hinggaRancangan Malaysia Kelima (1986-90). Rancangan rancanganpembangunan ini telah dilaksanakan di bawah rangka DasarEkonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Kerajaan padatahun 1970, berikutan daripada peristiwa rusuhan kaum padatahun 1969. Dasar ini adalah bertujuan untuk menggalakkanpert umbuhan dengan pengagihan yang saksama ke arah mencapaimatlamat perpaduan di kalangan kaum di negara ini.
2. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang meliputi tempoh 1991-2000 telah digubal berasaskan kepada dasar yang dikenali sebagai Dasar Pembangunan Baru (DPB). DPB akan memperkukuhkan lagi pencapaian di sepanjang RRJP1 untuk mempercepatkan proses membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dalam usaha memperbaiki lagi ketidak-seimbangan sosial dan ekonomi. Ia merupakan satu rangkadasar yang lebih luas bagi mencapai matlamat sosio-ekonomi untuk tempoh sepuluh tahun akan datang dalam konteks perkembangan ekonomi yang pesat. Semasa menggubal DPB, Kerajaan telah menimbangkan pandangan dan cadangan berbagai pihak termasukLaporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara mengenai dasar negara selepas 1990.
3. Perpaduan negara kekal menjadi matlamat terakhir pembangunan sosio-ekonomi memandangkan sebuah masyarakat yang bersatu padu adalah merupakan asas penting mewujudkan kestabilan sosial dan politik serta pembangunan yang berterusan. Dasar-dasar dan strategi-strategi pembangunandi bawah DPB mengambilkira perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan rakyat Malaysia dari segi kaum, bahasa, budaya dan agama serta Wilayah supaya sebuah masyarakat yang harmoni, bertimbang rasa dan dinamik dapat diwujudkan secara progresif. Selain daripada pertimbangan-pertimbangan yangberasaskan sosio-politik dan kebudayaan, kestabilan social dan politik yang berterusan serta kecekapan pengurusan ekonomi merupakan faktor-faktor yang amat penting ke arah mencapai matlamat DPB.
4. DPB menetapkan langkah permulaan ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020, bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dari semua segi. Negara perlulah maju sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan perhubungan masyarakat, ekonomi,keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu hidup, nilai- nilai sosial dan kerohanian, keyakinan dan kebanggaan terhadap negara. Adalah menjadi wawasan Kerajaan bahawa menjelang tahun 2020 Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bersatupadu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan, menghayati nilai-nilai moral dan etika yangteguh, hidup dalam sebuah masyarakat yang demokratik, lib-eral dan bertimbang rasa, penyayang, saksama dan adil dari segi ekonomi, progresif dan makmur, dan memiliki sebuah ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, teguh, berdaya tahan dan adil dari segi sosial.

5. Di samping mengekalkan strategi asas DEB, dimensi- dimensi baru DPB adalah: (a) mengalihkan arah tumpuan strategi pembasmian kemiskinan ke arah membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif; (b) menumpukan kepada perwujudan gunatenaga dan pembangunan pesat sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang aktif sebagai strategi yang lebih berkesan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera yang lebih bermakna dalam sektor- sektor moden; (c) meningkatkan lagi penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat melalui perwujudan peluang-peluang yang lebih luas untuk sektor tersebut berkembang; dan (d) menumpukan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas penting bagi mencapai matlamat pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama.
6. Usaha untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi di bawah DPB akan ditumpukan kepada meningkatkan keupayaan menghasilkan pendapatan dan kekayaan serta menyediakan kemahiran kepada Bumiputera untuk mengekal dan mengurus kekayaan mereka dengan berkesan. Strategi ini merupakan satuperalihan penting berbanding dengan penekanan pada masa lepas yang mengaitkan hakmilik modal saham dengan kekayaan. Selaras dengan penekanan baru ini dan dengan tujuan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor-sektor perdagangan dan perindustrian, perhatian yang lebih akan diberi terhadap usaha memperkukuhkan keupayaan Bumiputera dalam mengurus, mengendali dan memiliki perniagaan dengan berkesan dan bukan hanya untuk mencapai matlamat kuantitatif tertentu dalam pemilikan modal saham dan hakmilik. Oleh itu, walaupun usaha akan terus dibuat di bawah DPB untuk meningkatkan hakmilik Bumiputera, tidak ada jangka masa tertentu yang ditetapkan bagi mencapai matlamat sekurang- kurangnya 30 peratus dalam penyusunan semula modal saham. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 2000 satu kajian semula akan dibuat mengenai pencapaian matlamat ini. 1.07 RRJP2 digubal untuk satu jangka masa yang lebih singkat iaitu sepuluh tahun, separuh daripada tempoh rangka rancangan pertama. Tempoh yang lebih singkat ini akan mengurangkan risiko menyediakan matlamat-matlamat yang tidak mungkin dapat dicapai, dan ketidaktentuan membuat ramalan- ramalan pembangunan di mana matlamat-matlamat tersebut diasaskan.


RRJP 2 (1990 – 2000)

PENDAHULUAN
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama kini telah tamat. Di bawahnya, Kerajaan telah melaksanakan empat rancangan pembangunan bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971-75) hingga Rancangan Malaysia Kelima (1986-90).Rancangan-rancangan pembangunan ini telah dilaksanakan di bawah rangka Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1970, berikutan daripada peristiwa rusuhan kaum pada tahun 1969. Dasar ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama ke arah mencapai matlamat perpaduan di kalangan kaum di negara ini.
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yangmeliputi tempoh 1991-2000 telah digubal berasaskan kepada dasar yang dikenali sebagai Dasar Pembangunan Baru (DPB). DPB akan memperkukuhkan lagi pencapaian di sepanjang RRJP1 untuk mempercepatkan proses membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dalam usaha memperbaiki lagi ketidak-seimbangan sosial dan ekonomi

Perpaduan negara kekal menjadi matlamat terakhir pembangunan sosio-ekonomi memandangkan sebuah masyarakat yang bersatu padu adalah merupakan asas penting mewujudkan kestabilan sosial dan politik serta pembangunan yang berterusan. Dasar-dasar dan strategi-strategi pembangunan di bawah DPB mengambilkira perbezaan-perbezaan yang wujud dikalangan rakyat Malaysia dari segi kaum, bahasa dan budaya.

DPB menetapkan langkah permulaan ke arah membolehkanMalaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju menjelangtahun 2020, bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga darisemua segi. Negara perlulah maju sepenuhnya dari segiperpaduan negara dan perhubungan masyarakat, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu hidup, nilai- nilai sosial dan kerohanian, keyakinan dan kebanggaan terhadap negara.


Dimensi-dimensi baru DPB adalah:

mengalihkan strategi pembasmian kemiskinan ke arah membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin. Menumpukan kepada perwujudangunatenaga dan pembangunan pesat sebuah MasyarakatPerdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang aktifsebagai strategi yang lebih berkesan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera yang lebih bermakna. Meningkatkan lagi penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat. menumpukan kepada pembangunansumber manusia bagi mencapai matlamat pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama.


Usaha untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dibawah DPB akan ditumpukan kepada meningkatkan keupayaanmenghasilkan pendapatan dan kekayaan serta menyediakankemahiran kepada Bumiputera untuk mengekal dan menguruskekayaan mereka dengan berkesan.

RRJP2 digubal untuk satu jangka masa yang lebih singkat iaitu sepuluh tahun, separuhdaripada tempoh rangka rancangan pertama. Tempoh yang lebih singkat ini akan mengurangkan risiko menyediakan matlamat-matlamat yang tidak mungkin dapat dicapai, dan ketidaktentuan membuat ramalan- ramalan pembangunan di mana matlamat-matlamat tersebut diasaskan.

1 comment: