Sunday, October 4, 2009

Sistem Pentadbiran

KERAJAAN DEMOKRASI

PEMBENTUKAN KERAJAAN DEMOKRASI BERPARLIMEN
¨ Kerajaan Demokrasi Berparlimen ialah ‘Pemerintahan yang dilaksanakan oleh rakyat melalui wakil mereka, iaitu wakil rakyat yang dipilih melalui pilihraya’.
¨ Pada tahun 1951, Sistem Ahli diperkenalkan sebagai langkah untuk melatih penduduk Tanah Melayu dalam urusan pentadbiran.
¨ Beberapa ahli tidak rasmi dilantik dan bertanggungjawab mengendalikan jabatan-jabatan kerajaan. Tugas mereka bertaraf menteri.
¨ Pemimpin daripada pelbagai kaum dipilih sebagai ketua jabatan untuk menggalakkan perpaduan kaum serta membentuk corak politik masa depan di Tanah Melayu.
¨ Tokoh-tokoh yang terlibat dalam Sistem Ahli 1951 ialah:

Dato’ Onn bin Jaafar
Dr. Ismail Abdul Rahman
Dr. Lee Tiang Kee
Dato’ E.E.C. Thuraisingham
Kolonel H.S. Lee
V.M.N. Menon
Mustapha Albakri Hassan

Dato’ Nik Ahmad Kamil
Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri
Jabatan Hasil Bumi (Sumber Alam)
Jabatan Kesihatan
Jabatan Pelajaran
Jabatan Pengangkutan
Jabatan Pos dan Telekom
Jabatan Perhubungan Industri & Masyarakat
Jabatan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancang Bandar

¨ Selepas Dato’ Onn meninggalkan UMNO, Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden pada tahun 1951.
¨ Kerajaan British memperkenalkan pilihanraya tempatan Pulau Pinang (1951) untuk membentuk Kerajaan Demokrasi Berparlimen.
¨ Pilihan raya tempatan yang pertama diadakan di Pulau Pinang bagi memilih ahli Majlis Perbandaran George Town pada bulan Disember 1951.
¨ Parti-parti yang bertanding ialah Parti Radikal, Parti Buruh, dan UMNO.
¨ Daripada 9 kerusi yang dipertandingkan, enam kerusi dimenangi oleh Parti Radikal.
¨ Pada tahun 1952, Pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pula diadakan.
¨ Dalam pilih raya itu, UMNO Selangor telah membuat pakatan politik dengan MCA Selangor untuk menguasai pilihan raya itu.
¨ Pakatan tersebut telah menyebabkan Parti Kemerdekaan Tanah Melayu mengalami kekalahan teruk.
¨ Keputusan pilihan raya 1952:
(a) Parti Perikatan (UMNO dan MCA) -- 9 kerusi
(b) Parti kemerdekaan Tanah Melayu -- 2 kerusi
(c) Calon Bebas -- 1 kerusi
¨ Menjelang pilihan raya 1955, Malayan Indian Congress (MIC) turut serta dalam Perikatan UMNO dan MCA.
¨ Dalam Pilihan Raya Umum 1955, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC membentuk manifesto untuk kepentingan semua kaum.
¨ Daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan UMNO menyerahkan 15 kerusi kawasan majoriti Melayu kepada MCA dan MIC diberi dua kerusi kawasan majoriti Melayu.
¨ Sikap tolak ansur ahli-ahli UMNO ini telah menjamin kemenangan Parti Perikatan.
¨ Keputusan Pilihan Raya 1955 --
(a) Parti Perikatan -- menang 51 daripada 52 kerusi
(b) Parti Islam Se-Malaya (PAS) menang satu kerusi
(c) Parti-parti lain yang bertanding tetapi tidak memenangi satu kerusi pun ialah:
(i) Parti Negara
(ii) Parti Kongres Rakyat
(iii) Parti Buruh
¨ Selepas kemenangan itu, Parti Perikatan telah membentuk kerajaan dan Jemaah Menteri dan Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu.
¨ Tunku Abdul Rahman telah pergi ke London untuk berunding mengenai kemerdekaan Tanah Melayu.
¨ British bersetuju mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 serta menggubal perlembagaan baru bagi Tanah Melayu yang merdeka.

PAKATAN MURNI

¨ Parti Perikatan telah mengemukakan satu manifesto untuk mencapai kemerdekaan yang mana ia memberi kepentingan kepada semua kaum.
¨ Manifesto ini juga menjadi panduan Parti Perikatan dalam merangka memorandum untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
¨ Suruhanjaya yang dibentuk untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Lord Reid.
¨ Suruhanjaya tersebut menerima pandangan daripada semua pihak mengenai corak perlembagaan yang akan dibentuk.
¨ Memorandum Parti Perikatan mendapat perhatian kerana dianggap sebagai ‘Pakatan Murni’ yang mengutamakan prinsip bertolak ansur serta menghormati hak orang lain.
¨ Perkara-perkara yang disentuh dalam memorandum tersebut ialah:
(a) Kedudukan Raja-raja Melayu
(b) Agama Islam
(c) Bahasa Melayu
(d) Kedudukan istimewa orang-orang Melayu
(e) Kerakyatan.
¨ Kerakyatan yang menjadi isu kontroversi pada ketika itu menyebabkan orang bukan Melayu mahukan hak kerakyatan adalah secara jus soli.
¨ Pemimpin Melayu bertolak ansur atas perkara itu dan orang bukan Melayu pula bersetuju menerima empat perkara penting.
¨ Keempat-empat perkara tersebut adalah merupakan unsur-unsur tradisi yang sedia ada di negara ini.
(a) Institusi Kesultanan Melayu telah wujud zaman berzaman. Ia merupakan warisan sistem politik yang menjadi kemegahan dan naungan orang Melayu.
(b) Agama Islam telah menjadi agama rasmi di Tanah Melayu sejak sebelum kedatangan penjajah lagi, malah pihak British yang menjadi penjajah tidak campur tangan dalam hal ehwal agama Islam dan terus diterajui oleh raja.
(c) Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantaraan di nusantara sejak berabad-abad lamanya dan ia merupakan bukti orang Melayu mempunyai alam dan budaya yang akan menjadi petunjuk kepada perkembangan tamadun.
(d) Kedudukan istimewa orang-orang Melayu telah termaktub dalam Perjanjian Persekutuan 1948 bagi menjaga hak orang Melayu supaya setaraf dengan kaum lain.
¨ Memorandum Pakatan Murni berjaya membentuk Kerajaan Demokrasi dan Raja Berpelembagaan di Tanah Melayu dan pakatan ini telah disokong oleh ramai pemimpin kerana :
(a) Mahu mencapai perpaduan kaum.
(b) Membentuk kerajaan adil dan muafakat.
(c) Membolehkan kekayaan negara diberi secara saksama.

Amalan Kerajaan Demokrasi

¨ Amalan demokrasi bukanlah satu perkara baru bagi masyarakat tempatan kerana melalui sistem Adat Perpatih telah memperlihatkan wujudnya unsur demokrasi dalam institusi masyarakat Melayu.
¨ Demokrasi adalah gabungan dua kata daripada bahasa Yunani, iaitu demos dan kratik yang bermaksud ‘ Pemerintahan dari rakyat untuk rakyat ‘.
¨ Demokrasi bukan sahaja diamalkan dalam pemerintahan negara tetapi juga dalam institusi sosial seperti masyarakat dan organisasi lain.
¨ Hari ini, negara kita mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen, iaitu satu sistem kerajaan yang dipilih secara bebas oleh rakyat dan bertanggungjawab kepada rakyat.
¨ Salah satu aspek demokrasi ialah ‘kebebasan bersuara’ tetapi ia tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana boleh mengakibatkan huru-hara seperti Peristiwa 13 Mei 1969.
¨ Tarikh yang tepat mengenai kewujudan demokrasi di negara ini sukar ditentukan kerana terdapat pelbagai aspek yang perlu diteliti.
(a) Jika kewujudan Majlis Mesyuarat dijadikan ukuran, pada zaman pemerintahan raja berkuasa mutlak telah wujud Majlis Mesyuarat Pembesar Negeri yang boleh disamakan dengan Dewan Perundangan Negeri sekrang ini.
(b) Jika konsep peranan wakil rakyat dijadikan ukuran menentukan pelaksanaan demokrasi, amalan ini telah wujud sejak zaman Pemerintahan British.
(c) Jika peranan Dewan Undangan Negeri dikiran sebagai permulaan amalan demokrasi, Sarawak adalah perintisnya berikutan penubuhan Council Negeri pada tahun 1867 yang mana ahlinya dilantikmoleh James Brooke.
(d) Johor adalah negeri pertama di Tanah Melayu yang menubuhkan Dewan Undangan Negeri pada tahun 1873.
(e) Johor juga memperkenalkan secara bertulois idea Pemerintahan Raja Berpelembagaan pada tahun 1895. Perlembagaan Johor memaktubkan penubuhan Majlis Kerajaan Negeri sebagai badan perundangan yang diketuai oleh Menteri Besar.
(f) Semasa pemerintahan British di Johor pada tahun 1914, Badan Perundangan dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Negeri.

HAK ASASI

(a) Pelanggaran hak asasi dalam Perlembagaan boleh dibawa ke mahkamah
(b) Sebahagian hak adalah mutlak dan sebahagian lagi dengan syarat-syarat atau terhad oleh peruntukan bahagian II.
(c) Parlimen dalam keadaan tertentu boleh meluluskan undang-undang yang bertentang dengan hak asasi yang Yang Di-Pertuan Agong dalam keadaan tertentu boleh mengistiharkan darurat.




1. Kebebasan asasi seseorang individu adalah diperuntukkan dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan
2. Kebebasan asasi boleh digolongkan ke dalam dua kategori yang berlainan iaitu:
(a) Kebebasan mutlak
(b) Kebebasan Terhad (bersyarat)
3. Hak-hak asasi yang diperuntukkan dalam Perlembagaan hanya boleh diubah dengan majoriti dua pertiga daripada jumlah kesemua ahli Dewan Perundangan
4. Berikut adalah kebebasan-kebebasan utama yang diperuntukkan dalam Perlembagaan

(i) Kebebasan Diri

Tiada seorangpun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Seseorang yang ditanggap perlu diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebab dia ditangkap. Dia juga harus dibenarkan berunding atau dibela oleh peguam pilihannya sendiri. Akhir sekali seseorang yang ditangkap dan tidak dilepaskan hendaklah di bawa ke hadapan seorang majistret dalam masa 24 jam (tidak termasuk masa perjalanan yang perlu). Fasal ini tidak dipakai untuk sesiapa yang ditangkap atau ditahan di bawah undang-undang yang berkaitan dengan kediaman terhad. Akta Keselamatan dalam Negeri 1960 boleh menahan seseorang yang mengancam negara tanpa perbicaraan.

(ii) Pengabdian dan Kerja Paksa

Tiada seseorangpun yang boleh ditahan sebagai abdu. Segala jenbis kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh, dengan undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan untuk maksud-maksud negara. Kerja-kerja yang berkaiatan dengan menjalankan hukum penjara tidaklah dianggap sebagai kerja paksa

(iii) Perlindungan Daripada Undang-undang Jenayah yang Berkuat
kuasa Kebelakangan dan Perbicaraan Berulang

Tiada siapapun yang boleh dihukum kerana sesuatu kesalahan atau kekhilafan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa kesalahan atau kekhilafan itu dilakukan. Perlembagaan juga melarang pembicaraan berulang. Ini bermakna bahawa jika seseorang itu telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan, ia tidak boleh didakwa atas kesalahan yang sama.

(iv) Kesamarataan

Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama. Melainkan dibenarkan dengan jelas oleh Perlembagaan, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir, dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah satu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan dengan memperolehi, memegang atau melepaskan harta atau berkenaan dengan menubuhkan atau menjalankan apa-apa perniagaan, profesion atau pekerjaan. Pengecualian yang terdapat ialah Perkara 153 yang membuat peruntukan layanan istimewa bagi orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain di Sabah dan sarawak dalam beberapa lapangan seperti pemegangan awam, pemberian biasiswa-biasiswa dalam pengeluaran permit dan lesen.

(v) Pembuangan Negeri atau Kebebasan Bergerak

Tiada seorang warga negarapun yang boleh dibuang negeri atau dilarang mesuk ke dalam Persekutuan. Setiap warganegara berhak bergerak dengan bebasnya dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan. Namun demikian, hak ini adalah tertakluk kepada undang-undang berkaitan dengan keselamatan negara, ketenteraman awam, kesihatan awam atau hukuman bagi pesalah-pesalah.

(vi) Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuh Persatuan

Setiap warganegara berhak bebas bercakap, berhiompun secara aman dan menubuhkan persatuan. Namun demikian, parlimen boleh mengenakan sekatan tertentu bagi kepentingan keselamatan, ketenter4aman awam atau moral. Misalnya, adalah menjadi sati kesalahan untuk menyoal perkara-perkara sensetif seperti hak-hak istimewa orang Melayu dan penggunaan Bahasa Melaayu sebagai bahasa rasmi.

(vii) Kebebasan Agama

Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya. Tetapi ada terdapat undang-unfang negeri yang menyekat penyebaran agama atau kepercayaan di kalangan orang Islam. Islam merupakan agama Persekutuan.

(viii) Pemilikan harta

Tiada seorangpun yang boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. Sekiranya terdapat pengamilan atau penggunaan harta dengan paksa, maka pampasan yang mencukupi hendaklah diberikan.

SISTEM PENTADBIRAN

ASAS PEMERINTAHAN

Berlandaskan konsep
Ø Demokrasi berparlimen
Ø Raja berpelembagaan
Ø Rukun negara
Ø Sistem pemerintahan persekutuan
Ø Doktrin pengasingan kuasa
Ø Pilihanraya

DEMOKRASI BERPARLIMEN
Rakyat melaksanakan pemerintahan negara melalui anggota perwakilan yang mereka pilih untuk menganggotai parlimen


RAJA BERPELEMBAGAN
Institusi kerajaan diperuntukkan dalam perlenbagan sebagai satu kuasa yang terlibat dalam aspek pemerintahan. Raja-raja dari daripada 9 negeri dipilih lima tahun sekali untuk menjadi Ketua Negara bergelar Yang di-Pertuan Agong


RUKUN NEGARA
Ideologi negara yang bertujuan meningkatkan semangat dan fahaman nasionalisme dan mengekalkan identiti rakyat
Prinsip-prinsipnya;
Ø Kepercayan Kepada Tuhan
Ø Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Ø Keluhuran Perlembagaan
Ø Kedaulatan Undang-Undang
Ø Kesopanan dan Kesusilaan


SISTEM PEMERINTAHAN PERSEKUTUAN

(a) Peringkat Pusat
(b) Peringkat Negeri

Ø Kerajaan Pusat memerintah seluruh negara, dan pemerintahan negeri dijalankan oleh kerajaan negeri masing-masing.
Ø Penyelarasan pentadbiran negeri disekutukan oleh Kerajaan Pusat
Ø Pemusatan oleh kerajaan pusat (Persekutuan) hanya dalam beberapa perkara penradbiran dan perundangan yang difikirkan perlu sahaja.


DOKTRIN PENGASINGAN KUASA

Ø Pentadbiran, Perundangan dan Kehakiman dilaksanakan oleh badan-badan yang berasingan.
Ø Pengasingan ini membolehkan setiap badan bertindak dan mengawal badan yang lain.
Ø Tiada seorang (orang yang sama) boleh menganggota lebih dari satu badan
Ø Badan pentadbiran (eksekutif) terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri-menteri kabinet dan pegawai-pegawai Pentadbir disetiap kementeriaan.
Ø Badan Perundangan (Legislatif) terdiri daripada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Yang Di-Pertuan Agong.
Ø Ahli-ahli Dewan Negara sebahagian dipilih oleh Dewan Undangan setiap negeri dan selebihnya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Ø Ahli-ahli Dewan Rakyat terdiri daripada wakil-wakil rakyat yang memenangi pilihanraya kerusi Parlimen.
Ø Badan kehakiman terdiri daripada mahkamah-mahkamah, Ketua hakim Negara, hakim-hakim dan Peguam Negara.
Ø Walaupun pada sepatutnya ketiga-tiga badan ini berasingan, doktrin yang sebenar tidak wujud kerana:
· Yang di-Pertuan Agong memegang kuasa tertinggi Pentadbiran Persekutuan, Ketua badan Kehakiman dan sebagai komponen Parlimen.
· Kabinet yang merupakan pusat kuasa pentadbiran (eksekutif) terdiri daripada menteri-menteri yang juga ahli parlimen. Oleh itu mereka juga adalah anggota badan perundangan.
· Walaupun badan kehakiman bebas menggunakan kuasanya, tetap kerap diganggu oleh akta Akta Parlimen yang memberi beberapa kuasa kepada Peguam Negara.

SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN NEGARA

SISTEM

· Terdapat 3 badan Utama
(a) Eksekutif (Pemerintahan)
(b) Legislatif (Perundangan)
(c) Kehakiman

· Struktur pemerintahan pula terbahagi kepada 2 peringkat:
(a) Persekutuan
(b) Negeri

BADAN EKSEKUTIF

· Sama ada di peringkat negeri atau Persekutuan mempunyai kuasa pemerintah. Tidak melibatkan diri dalam hal kehakiman dan perundangan.
· Diketuai Perdana Menteri – kuasa yang nyata sebagai Ketua Kerajaan dan Ketua Parti.
· Jentera paling utama untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan negara.
· Badan Eksekutif di peringkat persekutuan dikenali sebagai Jemaah Menteri (kabinet) dan pada peringkat negeri dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)

SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN PERSEKUTUAN




Yang Di-Pertuan Agong




Bahagian Perundangan

Bahagian Eksekutif

Bahagian Pengadilan




Ketua Hakim Negara
Mahkamah-mahkamah
Bahagian
mengurus

Perdana Menteri
dan
kabinet
Bahagian melaksanakan arahan

1. Kementerian
kementerian
2. Polis Diraja
3. Angkatan
Bersenjata
Parlimen

1. Dewan Negara
2. Dewan Rakyat











1. Yang Di-Pertuan Agong

· Dipilih daripada raja-raja Melayu Mesyuarat raja-raja. Sistem giliran (5 tahun sekali)
· Kedudukan sebagai ketua Negara, Ketua Eksekutif dan Raja Berpelembagaan.
· Kuasa budi bicara melantik PM, bersetuju atau tidak untuk buburkan parlimen, boleh memanggil persidangan majlis raja-raja untuk bincangkan kedudukan atau keistimewaan mereka.
· Kuasa bukan budi bicara – ketua agama bagi Wilayah Persekutuan dan negeri yang tidak mempunyai raja serta negeri sendiri, ketua angkatan tentera, melantik hakim, peguam negara, Yang di-Pertua Negeri dan ahli suruhanjaya.
· Perkara yang tidak boleh dilakukan Yang di-Pertuan Agong ikut Per: 34 Perlembagaan.
ü Jadi raja di negeri sendiri kecuali Ketua Agama Islam
ü Memegang jawatan yang mempunyai sebarang saraan
ü Tidak boleh aktif dalam apa-apa perusahaan
ü Tidak boleh meninggalkan persekutuan lebih daripada 15 hari kecuali atas urusan rasmi negara.


2. Majlis Raja-raja
· Dianggotai Sultan/Raja dan Yang di-Pertuan Negeri
· Setiausahanya-Penyimpan Mohor Besar
· Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalannya
· Setuju atau tolak adat istiadat agama Islam bagi Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah.

3. Kabinet
· Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menasihati mereka dalam tugas-tugasnya.
· Bertanggungjawab bersama Parlimen.
· Penting sebagai pembawa usul atau rang undang-undang kerajaan.
· Membentuk dasar-dasar utama negara
· Mumutuskan pendirian kerajaan
· Membantu penyelarasan pentadbiran kerajaan pusat
· Melaksanakan kuasa eksekutif Yang di-Pertuang Agong
· Ahli-ahli kabinet membentuk badan pemerintah
· Diketuai Perdana Menteri dan menentukan portfolio kementerian serta menteri yang mengetuainya.

SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN

Sultan atau Yang di-Pertua
· Kedudukan – Ketua Agama Negeri, puncak kuasa eksekutif
· Kuasa budi bicara – melantik Menteri Besar dan Ketua Menteri, tolak atau setuju pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), panggil persidangan Majlis Raja-raja, melantik waris
· Kuasa atas nasihat – ketua agama Islam, lantik ahli EXCO, beri anugerah pingat, melantik majistrit dan perkenankan rang undang-undang

Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO)
· Serupa dengan Jemaah Menteri peringkat persekutuan.
· Di Semenanjung – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Sabah Kabinet dan di Sarawak.
· Diketuai oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri
· Ada 3 pegawai – Setia Usaha kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang.
· Membentuk dasar utama kerajaan negeri
· Membincang dan memutuskan pendirian kerajaan dalam isu-isu semasa
· Membantu menyelaras pelaksanaan dasar kerajaan
· Bertindak sebagai penasihat kepada raja atau Yang di Pertua Negeri

BADAN-BADAN PERUNDANGAN

1. Berfungsi mengubal, meminda dan meluluskan undang-undang
2. Badan Perundangan Peringkat Persekutuan – Parlimen, Pegawai Kerajaan Tinggi Negeri ialah DUN
3. Kabinet diizinkan menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang atas nama Parlimen.

Dewan Negara
· Mempunyai 69 ahli
· Ahli digelar Sanator
· Memegang jawatan selama 3 tahun
· Keanggotaan – 30 tahun ke atas
· Pengerusi – Yang di Pertua
· Peranan – membahaskan rang undang-undang


Dewan Rakyat
· 195 ahli yang rakyat melalui pilihanraya
· Keanggotaan – 21 tahun ke atas
· Ahli memegang jawatan selama 5 tahun
· Diketuai oleh Yang di-Pertuan
· Tugas utama – menggubal undang-uandang

Badan Kehakiman
· Peranan-bertindak sebagai institusi yang menjaga keluhuran pelembagaan dan pelihara keseimbangan kuasa antara badan eksekutif dan badan perundangan.
· Kuasa kehakiman – tafsir undang-undang dan perlembagaan, menentukan undang-undang dan tindakan kerajaan sah atau tidak, membicara dan menghukum, pelihara dan lindungi hak warga negara dan kuasa untuk mengistihar sesuatu undang-undang bertulis Persekutuan atau Negeri.

KUASA PEMERINTAHAN NEGERI

· Negeri-negeri di Malaysia mempunyai kuasa memerintah dan membuat undang-undang tanpa sebarang halangan dari kerajaan Persekutuan. Undang-undang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri meliputi hal ehwal agama Islam & adat istiadat Melayu, tanah pertanian dan hutan, kerajaan tempatan, perkhidmatan, kewangan negeri dan kerja raya.
· Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Negeri disalurkan melalui:
o Majlis Raja-raja
o Majlis Kewangan Kebangsaan
o Majlis Tanah Kebangsaan
o Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan
o Dewan Negara


JABATAN PENTADBIRAN NEGERI

1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
· Diketuai setiausaha Kerajaan Negeri. Merupakan pegawai uatam negeri
· Ketua perkhidmatan awam negeri dan penasihat pentadbir utama Menteri Besar dan Ketua Menteri.
· Peranan: menggubal dan laksana dasar kerajaan negeri serta mengarah dan menyelaras semua jabatan dalam kerajaan negeri termasuk Pejabat Daerah.

2. Pejabat Kewangan Negeri
· Diketuai oleh Pegawai Kewangan Negeri
· Bertangungjawab mentadbir urusan kewangan negeri dan segi dasar kewangan, perolehan pendapatan, anggaran belanjawan dan urusan kewangan antara Persekutuan dan negeri untuk pembangunan rakyat.

3. Penasihat Undang-undang Negeri.
· Bertanggungjawab menasihi Menteri Besar atau Ketua Menteri dan MMK tentang perundangan. Diketua Penasihat Undang-undang Negeri.

4. Unit Perancangan Ekonomi Negeri.
· Fungsi – merancang, menyelaras dan menilai pembangunan ekonomi negeri.
· Sediakan dokumen perancangan pembangunan dan anggaran kewangan Unit Ekonomi Negeri kepada Unit Ekonomi Pusat untuk disusun sebagai Rancangan Pembangunan Kebangsaan.


PENTADBIRAN DAERAH, MUKIM DAN KAMPUNG

· Pentadbiran Daerah
o Pentadbiran daerah mentadbirkan wilayah yang jauh dari pusat Bandar
o Sistem pentadbiran bercorak divolusi – kuasa membuat keputusan dalam daerah diserahkan kepada badan yang mentadbira daerah itu seperti pihak berkuasa tempatan (local authority)
o Kuasa membuat keputusan berkaitan pentadbiran diberikan kepada suatu organisasi dengan keizinan pentadbiran pusat seperti pentadbiran daerah atau jajahan.
o Dikenali juga sebagai sebagai pentadbiran Jajahan (Kelantan). Tugas – menguruskan soal tanah & pembangunan daerah. Diketuai Pegawai Daerah, dibantu 2 Penolong Pegawai Daerah yang mengelola dan membantu mentadbir program pembangunan daerah dan hal ehwal tanah.
o Sebagai perantaraan antara kerajaan negeri dengan penduduk dalam daerah jagaannya.
o Integrasikan tugas-tugas agensi dalam daerah berkenaan. Penyelarasan tugas dilakukan melalui jawatankuasa penyelarasan Rancangan Pembangunan Kawasan Dewan Undangan Negeri (TAPRUN) melalui mesyuarat yang diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali.
o Memimpin dan memajukan Majlis Mesyuarat Tempatan dan mempengerusikan Lembaga Bandaran (daerah kecil) dan sering bertindak sebagai Pengerusi Lembaga Perlesenan.

· Pentadbiran Mukim
o Ketua Mukim dipanggil Penghulu atau Penggawa (Kelantan)
o Kakitangan perkhidmatan awam yang dilantik kerajaan negeri melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
o Menerima gaji bulanan dan mempunyai surat tauliah lantikan yang ditanda tangani Menteri Besar atau Ketua Menteri.
o Tugas – menjadi pengantara kerajaan dan penduduk mukim bagi menyampaikan dasar kerajaan dan masalah penduduk di mukimnya terutama tentang masalah tanah.
o Ahli JAPRUN dan pensihat kepada jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

· Pentadbiran Kampung
o Diuruskan Ketua Kampung @ Penghulu (Kelantan) @ Tok Sidang (Melaka)
o Perlantikan dibuat oleh Kerajaan Negeri melalui Pegawai daerah. Ketua Kampung hanya diberi alaun dan bukan kaki tangan perkhidmatan awam negeri.
o Di Semenanjung malaysia. Ketua kampung dilantik dari kalangan mereka yang menganggotai parti politik dari kumpulan yang memerintah.
o Jawatan Ketua Kampung kini merupakan satu institusi kepimpinan tradisional yang ditaja oleh kerajaan. Biasanya ketua kampung ialah pengerusi atau ketua politik di peringkat cawangan.
o Tanggung jawab ketua kampung ialah menjaga keamanan kampung, menyelesaikan masalah peringkat kampung dan menjadi perhubungan antara orang kampung dengan Pegawai Daerah dan pembantu kepada Penghulu @ Penggawa.
o Pentadbiran di sarawak agak berbeza. Peringkat pentadbiran di sarawak di bahagikan kepada bahagian, daerah, daerah kecil dan kampung.
o Pentadbiran bahagian di sarawak dijalankan oleh Residen yang dibantu oleh Temenggung iaitu ketua suka masyarakat. Pentadbiran daerah dijalankan Pegawai daerah dan dibantu oleh Pemanca iaitu ketua masyarakat Pegawai Perkhidmatan Tadbir Negeri menguruskan pentadbiran daerah kecil. Penghulu bertanggung jawab atas pentadbiran kampung.
o Pentadbiran di Sabah di bahagikan kepada 3 peringkat iaitu daerah, muki9m dan kampung. Pentadbiran daerah diketuai pegawai daerah, dibantu oleh ketua daerah iaitu ketua suku kaum. Pentadbiran mukim pula diketuai Ketua Anak Negeri dan peringkat kampung dilakukan oleh Ketua kampung.

· Kerajaan Tempatan (KT)
o Penubuhan Kerajaan Tempatan memberikan autonomi kepada penduduk tempatan Mentadbir wilayah mereka. Keahlian badan ini ialah penduduk tempatan yang berfungsi membuat keputusan dengtan cepat.
o Perbezaan antara jenis Kerajaan Tempatan ialah dari segi autonominya. Lembaga luar bandar mempunyai kuasa paling sedikit kerana ia bergantung kepada peruntukan kewangan kerajaan. Selain itu, badan ini juga mempunyai kaki tangan yang bertugas secara sukarela dengan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah.
o Majlis Bandar raya lebih berkuasa dan mempunyai organisasi yang lebih teratur. Ia diketuai Datuk Bandar. Ahli-ahli Majlis Bandar Raya dilantik sama ada oleh kerajaan atau pilihanraya perbandaran.
o Akta Kerajaan Tempatan 1976 digubal untuk susun semula badan ini supaya dapat berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Melalui akta ini, hanya dua jenis pihak berkuasa tempatan diwujudkan, iaitu majlis Perbandaran bagi kawasan bandar dan majlis daerah bagi kawasan luar bandar. Akta ini turut menetapkan ahli majlis, perlantikan dan tempoh keanggotaan tokoh penting dalam majlis serta kaki tangan sokongannya.
o Ekoran penyusunan semula ini, kecekapan pihak berkuasa tempatan semakin meningkat dan mampu memberikan khidmat kepada orang ramai dari segi perkhidmatan sosial dan kemudahan prasarana.

BEBERAPA JABATAN UTAMA KERAJAAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

q Agensi Pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri
q Peranan:
o Merumus, merancang dan melaksanakan dasar-dasar Kerajaan yang berkaitan dengan perkhidmatan awam
o Memastikan perkhidmatan-perkhidmatan awam dianggotai oleh pegawai-pegawai yang cekap, dedikasi dan terlatih.

q Bahagaian-bahagian
o Bahagian Perjawatan
o Bahagian Latihan dan Kemajuan Negara
o Bahagian Gaji dan Elaun
o Bahagian Pencen
o Bahagian Perundingan
o Bahagian Pentadbiran
o Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

q Tanggungjawab
o Memeriksa permohonan, cadangan belanjawan tahunan agensi-agensi kerajaan untuk wujudkan jawatan-jawatan baru atau menaikkan gred jawatan sedia kala.
o Mengkaji dan menggubal dasar-dasar perkhidmatan seperti perlantikan, pemagkuan, kenaikan pangkat, tatatertib, penempatan, pertukaran, penamatan kerja dan sebagainya.
o Memberi biasiswa dan hadial latihan dalam bidang tertentu kepada pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat untuk meningkatkan mutu kerja.
o Menjadi urus setia kepada jawatankuasa kabinet mengenai gaji pekerja-pekerja dalam sector awam.
o Mengadakan perancangan tenaga manusia dalam pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh kerajaan.


SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

q Terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri
q Objektif:
o Menggalakkan hubungan muhibbah antara kaum
o Memupuk perpaduan/integrasi nasional
o Membentuk sebuah masyarakat berperibadi dan beridentitikan Malaysia
o Menanam semangat kewarganegaraan yang setia kepada raja dan negara.

q Strategi

Pendekatan Penggalakkan
o Rakyat berbilang kaum digalakkan dan berinteraksi melalui kegiatan perpaduan dsbgnya.
Pendekatan Pencegahan
o Mengesan suasana hubungan antara kaum / agama dan menyelaras tindakan sewajarnya untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada melakukan sesuatu yang boleh mengganggu ketenteraman masyarakat dan semangat muhibbah. Ini dapat dilakukan melalui saluran seperti Pegawai Daerah dan Pegawai Penerangan, disamping pembentukan satu Sistem Pengesanan Perhubungan Sosial.

q Usaha Menyatukan Masyarakat Majmuk di Malaysia.
o Menyelaraskan system pendidikan di semua sekolah di bawah Dasar Pendidikan Kebangsaan.
o Bahasa Malaysia yang menjadi bahasa rasmi dan bahasa pengantar, turut berperanan sebagai bahasa perpaduan.
o Bantuan kerajaan seperti buku teks, di bawah skim pinjaman buku teks diberikan kepada semua murid tanpa mengira kaum.
o Penyatuan melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan
o Seluruh masyarakat menyertai perayaan hari-hari besar bagi setiap kaum seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.
o Hari kebangsaan disambut bersama dengan meriah oleh semua anggota masyarakat bagi memupuk semangat muhibbah dan perpaduan di kalangan kaum.
o Parti-parti politik antara kaum dalam kerajaan disatukan di bawah lambing Barisan Nasional.
o Sesiapa yang dianggap pengancam perpaduan ditahan di bawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
o Bahan-bahan cetak yang mengandungi unsure-unsur tidak sihat adalah dilarang.

AGENSI-AGENSI PUSAT DI BAWAH JABATAN PERDANA MENTERI.

UNIT PENYELIDIKAN SOSIOEKONOMI (SERU)

q Ditubuhkan pada tahun 1980
q Bahagian-bahagian
o Bahagian Pembangunan Pertanian
o Bahagian Pembangunan Lura Bandar
o Bahagian Sosial
o Bahagian Perindustriaan
o Bahagian Dasar Ekonomi Baru (DEB)
o Bahagian Perbandaran
o Bahagian Khidmat Sokongan

q Objektif
o Mengesan keperluan dan menjalankan penyelidikan impak sosioekonomi terhadap usaha-usaha pembangunan negara.
o Memastikan sesuatu perancangan dilaksanakan dengan berkesan / cekap
o Mengesan, menyelaras dan mengawal usaha-usaha penyelidikan sosioekonomi yang dijalankan oleh agensi-agensi lain bagi memastikan hasilnya dapat menyumbang kepada proses pembangunan masyarakat dan negara.
o Berkerjasama dengan agama-agama lain dalam menjalankan penyelidikan sosioekonomi.
o Mengadakan forum, seminar, persidangan dan sebagainya yang berkaitan dengan isu pembangunan sosioekonomi.

q Kajian-kajian
o Kajian keberkesanan program dan projek pembangunan pertanian
o Projek Keberkesanan input-input dan bantuan kerajaan ke atas golongan miskin
o Kajian Keberkesanan projek amalan makanan pemakanan

UNIT PERANCANGAN EKONOMI (EPU)

q Bertanggungjawab untuk merancang pembangunan ekonomi negara
q Menjadi urus setia kepada
o Majlis Perancangan Negara
o Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara
o Jawatankuasa Pelaburan Asing
o Panel Ekonomi
o Unit Khas Penswastaan

q Peranan:
o Merangka matlamat kerajaan dalam perancangan pembangunan tahunan & rancangan 5 tahun kerajaan.
o Menyediakan belanjawan pembangunan tahunan untuk dihantar kepada jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara.
o Menyelaraskan projek pembangunan
o Menilai hasil daripada pelaksanaan rancangan lima tahun dan mencadang pindaan jika perlu.
o Menasihati kerajaan di dalam apapun masalah umum ekonomi negara.
o Membuat penyelidikan sosioekonomi jika dirasakan perlu.
o Merancang & menyelaraskan bantuan teknik & bantuan modal untuk melaksanakan rancangan pembangunan lima tahun.

Bahagian-bahagian
q Bahagian Perancangan Mikro
o Seksyen ekonomi Mikro menilai dan membentuk dasar dan objektif pembangunan negara.

q Bahagian Perancangan Sektor


UNIT PERMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN (MAMPU)

UNIT PENYELARASAN PERLAKSANAAN (ICU)

q Ditubuhkan pada tahun 1971
q Objektif:
o Menentukan perlaksanaan dan pencapaian matlamat Dasar-dasar Kerajaan seperti:
§ Dasar Ekonomi Baru (DEB)
§ Dasar Pandang Ke Timur
§ Dasar Penswastaan
§ Dasar Persyarikatan Malaysia
§ Projek-projek pembangunan
§ Program Khas Kerajaan (Persekutuan dan Negeri)
o Memastikan setiap projek dijalankan dengan cekap dan berkesan
o Memastikan integrasi yang berkesan antara Dasar-dasar Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

q Fungsi
o Menjadi urus setia kepada Majlis Tindakan Negara dan beberapa Jawatankuasa kabinet serta majlis-majlis dan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan.
o Menyelia beberapa agensi kerajaan termasuk beberapa badan tidak berkanun kerajaan.
o Menjalankan program menyusun semula masyarakat melalui penglibatan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustriaan.
o Menjalankan program infrastruktur untuk membaiki dan menambah kepada yang telah sedia ada
o Mengadakan projek pembangunan seperti projek perumahan, kesihatan dan kebajikan masyarakat.

q Bahagian-bahagaian
o Bahagian Basmi Kemiskinan
o Bahagian Penyusunan Semula Masyarakat
o Bahagian maklumat Pengurusan
o Bahagian Kemajuan Pengurusan
o Bahagian Kemajuan Petroleum
o Bahagian Infrastruktur dan Kemudahan Awam
o Bahagian Perhubungan
o Bahagian Pusat Khidmat Kontraktor
o Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

No comments:

Post a Comment