Keselamatan Dokumen
1. Maklumat terperingkat ‘Sulit’, ‘Rahsia’ dan ‘Rahsia Besar’.
a) Langkah-langkah keselamatan berkesan
i. tiada sesiapa yang tidak dibenarkan dapat masuk ke kawasan atau tempat di mana ianya diadakan
ii. tiada sesiapa yang tidak dibenar ekses kepada perkara terperingkat mendapatnya
iii. tiada sesuatu perkara terperingkat dibawa keluar dari tempat atau kawasannya dengan cara-cara yang tidak dibenarkan
iv. tapisan keselamatan dan pemeriksaan fizikal hendaklah dikenakan ke atas semua orang yang menghadirinya termasuk kakitangan teknik,pencuci dan penyelenggara yang mungkin dapat masuk ke kawasan keselamatan tersebut
v. seorang pegawai penyelaras dilantik bagi mengendalikan peraturan-peraturan keselamatan.
b) Asas-asas tahap keselamatan dokumen
· peringkat keselamatan maklumat yang terlibat
· taraf kewarganegaraan orang yang menghadirinya
· tempat ianya di adakan
c) cara memusnahkan dokumen terperingkat
· dokumen terperingkat termasuk buangan terperingkat yang hendak dimusnahkan hendaklah terlebih dahulu dikoyak kecil-kecil atau diricih dengan menggunakan mesin pericih.
· Dokumen yang diricih dibakar,peraturan-peraturan yang selamat di bawah penyeliaan penjawat awam yang dibenar mengendalikan dokumen itu. Abunya hendaklah dihancurkan sehingga tidak dikenali lagi.
· Buangan terperingkat hendaklah diberi perlindungan keselamaatan yang sepatutnya sehingga ianya dimusnahkan
d) peraturan-peraturan yang perlu diambil jika dokumen terperingkat didapati hilang
· hendaklah mencarinya dengan segera Laporan juga hendaklah dibuat kepada Pegawai Keselamatan Jabatan dan Ketua Jabatan
· mereka seterusnya akan menyiasat dan mengemukakan laporan yang mengandungi pandangan dan taksiran bahaya terhadap keselamatan kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan dalam tempoh 24 jam.
· Sekiranya kehilangan disahkan, pemula dokumen tersebut hedaklah dimaklumkan agar taksiran risiko terhadap keselamatan dapat dibuat dan tindakan menyelamat serta pembetulan keadaan dapat diambil.
Sunday, October 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment