Tuesday, October 6, 2009

Tugasan GDN

GURU DAN DASAR NEGARA
( PENYUBURAN DIRI )
2009


BUKU TUGASAN
PENILAIAN SEPANJANG KURSUS

Bilangan 1/2009
[SEPTEMBER 2009]

Arahan Kepada Calon:

1. Buku Tugasan ini terdiri daripada 2 Bahagian:

Bahagian A dan Bahagian B: Calon dikehendaki melaksanakan tugasan di dalam kumpulan yang terdiri daripada 4 orang.


2. Buku Tugasan ini akan diberikan pada minggu pertama Kursus Guru Dan Dasar Negara dan skrip jawapan akan dipungut pada atau sebelum 26 Oktober 2009.

Buku Tugasan ini mengandungi 10 muka surat bercetak


BAHAGIAN A

Arahan Kepada Calon:

1. Anda dikehendaki menjawab mana-mana satu tugasan dalam Bahagian A.

2. Jawapan anda hendaklah dalam bentuk esei yang panjangnya lebih kurang 500 patah perkataan bagi setiap tugasan.


TUGASAN 1
KOMPONEN I: PERINTAH-PERINTAH AM


Soalan 1a


Puan A, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah telah berkhidmat selama empat tahun. Beliau lewat menerima tawaran pelantikan pertama berbanding dengan rakan-rakannya dan gagal Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) menyebabkan pengesahan jawatannya tertangguh. Sebelum mengikuti latihan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI), beliau berkhidmat sebagai Pegawai Pembantu Tadbir N17.


Jelaskan implikasi terhadap pelantikan kali pertama, tempoh percubaan, pengesahan dalam jawatan dan kemasukan dalam jawatan berpencen berdasarkan Perintah Am Bab A dan P.U.(A) 176 bertarikh 1 Mei 2005.



atau



Soalan 1b


Encik B, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG44 yang berkhidmat di salah sebuah sekolah kluster akan menyertai Lawatan Penanda Aras ke Toronto, Kanada selama 14 hari anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.


Jelaskan jenis elaun yang layak dituntut seperti yang termaktub dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005 dan Perintah Am Bab B.


TUGASAN 2
KOMPONEN II: NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

Tugasan 2a


“Nilai ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Sepuluh nilai murni yang diperkenalkan dalam perkhidmatan awam bertujuan untuk membimbing anggota-anggota ke arah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang.”
(Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam INTAN,1991)

Bagaimanakah nilai-nilai murni tersebut mempengaruhi komitmen anda sebagai penjawat awam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dalam organisasi?



atau



Tugasan 2b


Tonggak 12 menggariskan amalan-amalan positif untuk dipatuhi oleh penjawat awam.

Sebagai pendidik, apakah amalan-amalan positif dalam ”Nikmat Mencipta” yang boleh anda praktikkan. Berikan contoh-contoh yang sesuai bagi setiap amalan yang dinyatakan.


TUGASAN 3
KOMPONEN III: ARAHAN PERKHIDMATAN DAN KESELAMATAN


Tugasan 3a


Keselamatan Dokumen bermaksud kawalan ke atas dokumen rahsia rasmi dan dokumen rasmi kerajaan daripada pendedahan atau penglihatan tanpa kebenaran. Dokumen rasmi mesti diberi pelindungan keselamatan dan ditandakan dengan sesuatu peringkat keselamatan.


(i) Jelaskan maksud Dokumen Terperingkat dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.


(ii) Bagaimanakah pengurusan dokumen terperingkat dilaksanakan untuk menjaga kerahsiaannya?



atau



Tugasan 3b


Berdasarkan Pekeliling Am Bil. 1/97 – Peraturan Memelihara Rekod-rekod Kerajaan; adalah menjadi satu kewajipan seorang penjawat awam, berpengetahuan dalam mengurus dan memelihara rekod kerajaan.


(i) Jelaskan maksud rekod kerajaan dan kepentingannya.


(ii) Anda telah diberikan tanggungjawab untuk mengurus dan memelihara rekod di jabatan anda. Huraikan tindakan yang akan anda ambil dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.


BAHAGIAN B

Arahan Kepada Calon:

1. Anda dikehendaki menjawab mana-mana satu tugasan dalam Bahagian B.

2. Jawapan anda hendaklah dalam bentuk esei yang panjangnya lebih kurang 500 patah perkataan bagi setiap tugasan.


TUGASAN 1
KOMPONEN I: PEKELILING KEMAJUAN PERKHIDMATAN AWAM

Soalan 1a


Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan bukan sahaja tertumpu kepada penambahbaikan sistem dan proses kerja tetapi juga merangkumi aspek bagi memenuhi kepuasan pelanggan. Justeru, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelanggan untuk membuat sebarang aduan ke atas perkhidmatan yang disediakan. Antaranya ialah talian khas atau hotline dan perkhidmatan helpdesk yang diuruskan oleh Pejabat Perkhidmatan Pelanggan


Berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2008, bincangkan fungsi, peranan dan tanggungjawab yang dikendalikan oleh Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di sesebuah organisasi kerajaan.



atau



Soalan 1b

Kelemahan dalam aspek penyelarasan di peringkat pentadbiran bagi pelaksanaan sesuatu projek kerajaan adalah masalah yang sering dihadapi oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam pembangunan projek berkenaan. Salah satu mekanisme yang berkesan dalam menyelesaikan masalah tersebut di semua peringkat pentadbiran adalah melalui mesyuarat pagi.

(i) Nyatakan keanggotaan Mesyuarat Pagi mengikut peringkat Kementerian, Negeri dan Daerah berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1 Tahun 1993.


(ii) Jelaskan bagaimana tujuan dan fungsi mesyuarat pagi dapat menyelesaikan kelemahan dalam pelaksanaan program dan projek pembangunan kerajaan.


TUGASAN 2
KOMPONEN II: DASAR-DASAR KERAJAAN


Tugasan 2a


Dalam kertas kerja bertajuk “Malaysia-Melangkah ke Hadapan”, satu pemikiran dan rangka kerja tentang matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 mengikut acuan Malaysia telah dibentangkan, yang kemudiannya dikenali sebagai “Wawasan 2020”.


(i) Huraikan cabaran-cabaran yang telah digariskan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020.


(ii) Sebagai guru, huraikan lima (5) program yang boleh anda laksanakan di peringkat sekolah untuk memupuk budaya penyayang di sekolah anda.



atau



Tugasan 2b


“…Adalah menjadi harapan kerajaan agar penswastaan dapat meningkatkan prestasi ekonomi dan perkhidmatan keseluruhannya yang seterusnya akan menghasilkan peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi negara yang lebih tinggi.”

(INTAN ,1994. Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia, hal. 61)



(i) Huraikan bentuk-bentuk penswastaan yang telah dilaksanakan bagi mencapai harapan tersebut. Jawapan anda perlu disertakan dengan contoh-contoh yang relevan.


(ii) Huraikan kejayaan pencapaian matlamat pelaksanaan Dasar Penswastaa berdasarkan bukti-bukti yang konkrit.

TUGASAN 3
KOMPONEN III: PENGURUSAN AM


Tugasan 3a

“Kepimpinan yang berkesan mempengaruhi produktiviti sesebuah organisasi.”

(Mahathir Mohamad, 1990 )


Sebagai pemimpin apakah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan keberkesanan kepimpinan organisasi sesuai dengan saranan di atas.



atau



Tugasan 3b

Dorongan merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi kecekapan dan mutu perkhidmatan awam.

Huraikan tiga (3) faktor galakan (motivator factor) dan tiga (3) faktor penyelenggaraan (hygiene factor) yang dapat menjelaskan pernyataan di atas dengan menggunakan contoh-contoh berkaitan.

TUGASAN 4
KOMPONEN IV: PENGURUSAN KEWANGAN

Tugasan 4a


En. X pengarah di sebuah jabatan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau juga Pegawai Pengawal Kewangan dan bertanggungjawab sebagai Ketua Perakaunan di jabatannya yang menguruskan terimaan dan bayaran yang dilakukan.


(i) Jelaskan tanggungjawab dan bidang kuasa En. X sebagai Pegawai Pengawal di jabatannya,


(ii) Apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh En.X bagi menjamin keberkesanan urusan pembayaran di jabatannya.


atau


Tugasan 4b

En. Julhee dan En. Ganteng, ahli Lembaga Pemeriksa di Pejabat Pelajaran Negeri Sarawak. Mereka mendapati banyak barang yang perlu dibuat pelupusan kerana tidak dapat diguna pakai dan tidak ekonomis. Senarai barangan terdiri daripada perabot pejabat yang masih mempunyai nilai anggaran keseluruhan RM10,000 dan 10 buah mesin pemotong rumput yang telah rosak dan tidak bernilai lagi.


(i) Nyatakan tiga (3) pihak yang berkuasa untuk meluluskan pelupusan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 tahun 2007, Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.


(iii) Jelaskan tugas-tugas yang perlu dijalankan oleh En. Julhee dan En. Ganteng selaku ahli Lembaga Pemeriksa dan kaedah pelaksanaan pelupusan yang boleh diambil mengikut pekeliling berkenaan.


© Hak Cipta Terpelihara 2008
Unit Latihan dan Pembangunan Staf
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

No comments:

Post a Comment