Sunday, October 4, 2009

PERINTAH-PERINTAH AM

Semua Perintah Am dikeluarkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong menurut Fasal 1 (2)Perkara 132 dalam Perlembagaan Malaysia.

BAB
PERKARA
Tarikh Berkuatkuasa
A
Lantikan dan Kenaikan Pangkat
1 Mei 1973
B
Elaun-elaun Dalam Perkhidmatan
1 Januari 1974
C
Cuti
1 Januari 1974
D
Tatakelakuan dan Tatatertib
15 Disember 1993
E
Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan
1 Februari 1974
F
Perubatan
1 Mac 1974
G
Waktu Bekerja dan Lebih Masa
1 Februari 1974

A. Peristilahan

1. Jabatan: Termasuk Kementerian atau Jabatan seseorang Menteri.
Contoh: a) Kementerian Pendidikan Malaysia
b) Jabatan Perdana Menteri
c) Bahagian Pendidikan Guru
d) Lembaga Peperiksaan
e) Jabatan Pendidikan Kedah
f) Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan
g) Institut Perguruan Darulaman
h) Kolej Sultan Abdul Hamid

2. Ketua Jabatan – a) Ketua Setiausaha kepada Kementerian
b) Ketua Jabatan
c) Ketua sesuatu Perkhidmatan

Contoh: i) Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia
ii) Pengarah Pendidikan Guru
iii) Pengarah Pendidikan Kedah
iv) Pengetua Institut Perguruan Darulaman
v) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Baru
Darulaman.

3. Kenaikan Pangkat: kenaikan pangkat dari satu tingkatan ke satu tingkatan yang lebih tinggi dalam satu skim yang sama.

4. Lantikan:-
a) Lantikan pertama ke perkhidmatan kerajaan
b) Lantikan pegawai sedang berkhidmat ke dalam skim perkhidmatan yang lain

5. Pegawai Persekutuan: Pegawai yang dilantik dalam mana-mana perkhidmatan Persekutuan.

6. Pegawai dalam Perjawatan Persekutuan: Pegaai yang berkhidmat dengan kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan mana-mana Kerajaan Negeri.

7. Pegawai sedang berkhidmat:-
a) pegawai tetap
b) pegawai dalam percubaan
c) pegawai sementara
d) pegawai dalam tukar sementara / pinjaman
e) pegawai kontrak

8. Perkhidmatan guna sama:-
a) Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik
b) Perkhidmatan Pentadbiran Melayu (MSC)
c) Perkhidmatan Kerja (Eksekutif)
d) Perkhidmatan Urusan Cina
e) Perkhidmatan Kerani Am
f) Perkhidmatan Jurutrengkas
g) Perkhidmatan Pengira Elektronik
h) Perkhidmatan Pasukan Akauntan
i) Perkhidmatan Kerja Kira
j) Perkhidmatan Operator Mesin Kira

9. Suruhanjaya
a) Tetap
i) Suruhanjaya Pilihanraya
ii) Suruhanjaya Perkhidmatan
· Perkhidmatan Awam (Persekutuan, Negeri, Caw. Persekutuan di Negeri-Negeri)
· Perkhidmatan Pendidikan
· Kehakiman dan Undang-Undang
· Perkhidmatan Polis
· Majlis Angkatan Tentera
· Perkhidmatan Keretapi (dimansuhkan setelah diswastakan)
b) Tidak tetap ( Suruhanjaya Khas )


Lantikan dan Kenaikan Pangkat

1. Syarat-Syarat Am Lantikan Dan Perkhidmatan
a. Jawatan tetap/sementara/kontrak, mesti warganegara, kecuali tiada calon-calon warganegara untuk jawatan-jawatan tertentu, tempatan / seberang laut. Bukan warganegara untuk jawatan sementara/kontrak sahaja.

b. Pegawai yang berhenti daripada perkhidmatan kerajaan tidak boleh diambil semula kecuali dengan kebenaran khas Suruhanjaya.

c. Pegawai kena buang kerja atas sebab tatatertib / kerja tak memuaskan, tidak boleh dilantik semula kecuali dalam keadaan khas / luarbiasa yang dipertimbangkan oleh Suruhanjaya.

d. Pegawai yang diberhenti sebab tak lulus periksa atau dasar pengurangan kakitangan boleh diambil semula.

e. Pegawai kerajaan dalam satu-satu skim perkhidmatan boleh dilantik ke satu skim perkhidmatan yang lain.

f. Umur calon untuk lantikan pertama mesti tak kurang daripada 18 tahun.

g. Pegawai bersara awal atas sebab kesihatan boleh dilantik semula jika Panel Peribatan mengesahkan ia sihat.

Harijadi (untuk kira tarikh pencen)
a. Ikut Kalendar Gregori (Kalendar Tahun Masihi)
b. Jika bulan sahaja diketahui, anggap hari terakhir bulan itu.
c. Jika tahun sahaja diketahiu, anggap 31 Disember tahun itu.
d. Jika lahir 29 Februari, ulangtahun harijadi ialah 1 Mac bagi tahun yang bukan tahun lompat.

2. Pengisian Jawatan Kosong
a. Diiklankan oleh Suruhanjaya dalam suratkhabar.
b. Untuk pegawai sedang berkhidmat, iklan melalui serat pekeliling kepada jabatan, jika perlu, iklankan juga dalam suratkhabar.
c. Untuk jawatan rendah, iklan melalui papan iklan Jabatan dan salinan kepada Pejabat-pejabat Buruh, Bahagian Angkatan Bina Negara dan Belia Pelopor Negara dan Bahagian Veteran Kementerian Pertahanan.


i. Format / Kandungan Iklan
a. Nama Jawatan
b. Kementerian / Jabatan / Badan Berkanun / Kuasa Tempatan
c. Kumpulan Perkhidmatan
d. Klasifikasi Perkhidmatan
e. Jadual Gaji
f. Syarat Lantikan
g. Taraf Jawatan
h. Syarat-Syarat Skim Pekhidmatan
(Contoh iklan: Sila lihat lampiran A)

ii. Kembali Ke Jawatan Asal
Pegawai yang telah disahkan dalam jawatan, kemudian dilantik ke jawatan baru, tetapi tidak dapat disahkan dalam jawatan baru (bukan kes disiplin) boleh kembali ke jawatan asal dengan menerima gaji lama.

iii. Pegawai Kontrak Ingin Sambung Kontrak
Beri notis enam bulan sebelum tamat kontrak kepada Ketua Pejabat. Bagaimanapun penerimaannya bergantung kepada keperluan Jabtan berkenaan.

iv. Kewajipan Pegawai
a. Menjalankan tugas-tugas jawatannya dan tugas-tugas lain yang diarahkan.
b. Berkhidmat di mana-mana jua yang diarahkan.
c. Boleh dipinjamkan oleh kerajaan untuk berkhidmat dengan mana-mana Kerajaan, Badan Berkanun atau swasta.
d. Mesti patuhi semua Surat-Surat Pekeliling Kerajaan.

v. Surat Tawaran (mengandungi):
a. Nama Jawatan
b. Gaji masuk dan skim gaji
c. Tempoh percubaan
d. Kewajipan bertugas di mana-mana
e. Taraf jawatan
f. Syarat mematuhi perintah/peraturan
(Pegawai dikehendaki pengesahan kesihatan oleh Doktor Kerajaan, tiada rekod jenayah)

vi. Tarikh Lantikan
a. Lantikan pertama : Tarikh lapor diri
b. Tukar ke jawatan lain : Tarikh lapor diri ke jawatan baru
c. Dilantik ke jawatan yang
lebih tinggi melalui temuduga : Hari pertama temuduga
d. Pegawai sementara ke
jawatan tetap : Hari pertama temuduga

vii. Penetapan Gaji Masuk
a. Lantikan pertama:
Gaji permulaan dalam skim itu (P1T1), kecuali denga kelayakan akademik yang berbeza, misalnya dalam Perkhidmatan Pendidikan – Lihat contoh lampiran B

b. Sementara atau Kontrak:
Ikut budi bicara Suruhanjaya


c. Yang disahkan dalam jawatan tetap, dilantik ke jawatan baru:
Masuk ke mata tertinggi yang berhampiran

d. Kenaikan pangkat:
Jika gaji lama rendah, diberi gaji permulaan skim. Jika sama atau lebih tinggi, masuk ke mata tertinggi yang berhampiran.
(Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Melantik boleh memasukkan penjawat ke mata gaji tertentu mengikut kelayakan-kelayakan khas)

viii. Pergerakan Gaji Tahunan
a. Tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan 9/91
b. Bermula selepas 1 Januari 1993
c. Dikenali sebagai Sistem Gaji Matriks (Matrix Salary System)
d. Pergerakan gaji berdasarkan Penilaian Gaji Tahunan
e. Ada 4 cara seperti contoh di bawah

Kelayakan Menerima Pergerakan Gaji Tahunan:
a. Berkhidmat genap 3 tahun-disahkan dalam perkhidmatan, ATAU
b. Disahkan dalam perkhidmatan setelah dilanjutkan tempoh percubaan dengan berdenda.
c. Jika cuti separuh gaji atau tanpa gaji, jangan lebih daripada 180 hari dalam setahun
(Kelayakan di atas termasuk juga anggota pertukaran sementara atau pinjaman)

Tarikh Pergerakan Gaji
i. 1 Januari
ii. 1 April
iii. 1 Julai
iv. 1 Oktober


Tempoh Percubaan:
SSB : 3 tahun
SSM : 1 – 3 tahun


Syarat Disahkan dalam Jawatan
i. Memenuhi tempoh percubaan
ii. Hadir penuh kursus Induksi
iii. Lulus peperiksaan yang disyaratkan
iv. Diakui oleh Ktua Jabtan

Pegawai yang dilanjutkan tempoh percubaan:
a. Jika sebab tidak lulus periksa – disahkan pada tarikh hari pertama peperiksaan yang dilulusinya.

b. Jika sebab tidak diakui Ketua Jabatan – disahkan pada tarikh ia diperakui.

Tarikh Kekananan:
a. Berdasarkan tarikh lantikan dan susunan pilihan temuduga.
b. Yang kembali ke jawatan asal, ikut kekananan jawatan lama.

Kriteria Kenaikan Pangkat:
a. Kebolehan
b. Kecekapan
d. Keutuhan
e. Kelulusan
f. Pengalaman
(Bergantung kepada kekosongan)

Tarikh Kenaikan Pangkat:
a. Kenaikan ke jawatan yang lebih tinggi (tarikh kosong atau tarikh pegawai itu layak (mana yang terkemudian) )
b. Naik pangkat mengganti pegawai yang bersara (tarikh pegawai yang akan bersara itu mula bercuti)
d. Naik pangkat memegang jawatan yang baru wujud (tarikh jawatan baru itu diwujudkan)

Penamatan Kerja dan Sebab-sebabnya:
a. Kuasa menamatkan kerja tidak kurang daripada kuasa yang melantik.
b. Yang hendak dibuang kerja boleh membela diri dalam tempoh 14 hari.
c. Menyembunyikan maklumat tentang kesihatan.
d. Membuat sumpah palsu tentang rekod jenayah.
e. Tidak berjaya disahkan dalam jawatan.

Sebab-sebab Tidak Disahkan Dalam Jawatan:
a. Tidak lulus peperiksaan yang disyaratkan
b. Tidak disokong oleh Ketua Jabatan
c. Dasar mengurangkan kakitangan
d. Sebab-sebab tatatertib atau kerja yang tidak memuaskan
e. Tidak menikuti kursus induksi

Penamatan Kerja Pegawai Tak Berpencen:
a. Boleh ditamatkan bila-bila masa
b. Yang berkhidmat 1 tahun lebih-diberi 3 bulan notis atau 1 bulan gaji
c. Yang berkhidmat kurang dari 1 tahun-1 bulan notis atau 1 bulan gaji

Notis Letak Jawatan atau Berhenti Kerja:
a. Yang telah sah jawatan: beri 3 bulan notis atau 1 bulan gaji
b. Percubaan atau sementara: beri 1 bulan notis atau 1 bulan gaji
c. Peawai kontrak: ikut syarat-syarat kontrak
d. Kes tertentu: JPA akan timbang pemendekan notis
e. Sebelum beri notis: hutang-hutang kerajaan mesti selesai
f. Peawai yang mendapat jawatan lain tidak perlu meletak jawatan

Umur Bersara

Bersara Pilihan
Lelaki 40 tahun
Perempuan 40
Bersara Wajib
Lelaki 55 / 56 tahun
Perempuan 55/ 56

Pemberian Taraf Berpencen
a. Telah disahkan dalam perkhidmatan
b. Genap tempoh berkhidmat tidak kurang dari 3 tahun

Faedah-Faedah Persaraan
a. Akta Pencen 1980 masih dipakai dalam SSB
b. Formula: 1/600 x bilangan bulan berkhidmat x gaji akhir (maksimum 300 bulan)
c. Ganjaran: 1/20 x bilangan bulan berkhidmat x gaji akhir (tiada had maksimum)

Kes Perempuan Berkahwin Yang Dibersarakan
a. Perempuan yang berkahwin yang disahkan jawatan dan bertaraf pencen boleh dibersarakan bila-bila masa jika statusnya sebagai perempuan yang berkahwin boleh mengganggu kecekapannya.

b. Kelayakan untuk mendapatkan ganjaran jika ia dibersarakan. Berkhidmat tidak lebih dari 5 tahun secara berterusan.

c. Jika belum masuk taraf pencen boleh dapat bonus jika dibersarakan, dengan syarat telah berkhidmat tidak kurang daripada 5 tahun secara berterusan.

e. Formula bonus:
i. Gaji bersih – ¾ x 1 bulan gaji bagi setiap tahun yang ia berkhidmat (maksimum 9 bulan gaji)
ii. Gaji pokok – 1 bulan gaji bagi setiap tahun yang ia berkhidmat (had maksimum 1 tahun gaji pokok)

GURU SANDARAN

1. Takrif

Guru Sandaran:
Seseorang yang diambil bertugas sebagai guru di bawah Kementerian Pendidikan untuk sesuatu tempoh untuk mengisi kekosongan hakiki yang belum dilantik oleh SPP sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan ia diberi elaun bulanan sahaja.


a. Guru Sandaran Terlatih
Memiliki kelayakan akademik yang diiktiraf, termasuk kelayakan Bahasa Melayu dan kelayakan frofesional. Perlantikan diuruskan oleh Bahagia Perjawatan (Bahagian Pembangunan dan Sumber Organisasi), Kementerian Pendidikan Malaysia.

b. Guru Sandaran Tidak Terlatih
Hanya memiliki kelayakan akademik dan Bahasa Melayu sahaja. Perlantikannya diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

2. Taraf Atau Status
a. Sama ada yang terlatih atau tidak adalah bertaraf bukan kakitangan kerajaan.
b. Tetapi tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selaku majikan mereka.

3. Elaun Dan Kemudahan
a. Elaun bulanan
b. Elaun tugas rasmi diluar pejabat (tuntutan seperti pegawai lain)
c. Cuti sakit dan kemudahan pejabat


4. Yang Tidak Layak
a. Rawatan perubatan di luar negara
b. Cuti bersalin
c. Pinjaman kerajaan (perumahan/kenderaan)
d. Kemudahan-kemudahan lain/elaun yang tidak dipanjangkan
kepada mereka

5. Proses Lantikan Guru Sandaran Terlatih (Lepasan Maktab)
a. Penempatan di sekolah-sekolah (setelah tamat latihan, termasuk Kursus Induksi)
b. Mengetahui keputusan peperiksaan maktab
c. Iklan jawatan disiarkan dalam akhber
d. Membuat permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
e. Dipanggil temuduga oleh SPP
f. SPP emberi surat tawaran jawatan
g. Mengisi borang lampiran C (menerima tawaran)-hantar ke SPP
h. SPP membuat perlantikan rasmi
i. Menjalani tempoh percubaan
j. Disahkan dalam jawatan/perkhidmatan (jika memenuhoi semua syarat)
k. Dimasukkan ke dalam jawatan berpencen (setelah genap 3 tahun berkhidmat)


BAB B: ELAUN-ELAUN DALAM PERKHIDMATAN

Peristilahan

Ibu Pejabat: Linkungan kawasan yang dikira dari pejabat atau tempat melaporkan diri untuk bertugas yang jaraknya:
a. 25 kilometer melalui jalanraya
b. 16 kilometer melalui jalan merah (boleh berkereta tanpa tar)
c. 8 kilometer ikut sungai atau jalan yang hanya boleh berbasikal

Keluarga Pegawai: Isteri/suami dan anak-anak yang belum berumur 21 tahun, kecuali yang cacat termasuk anak-anak angkat yang berdaftar dan orang gaji.

Pegawai: Pegawai dalam perkhidmatan Awam Persekutuan atau negeri termasuk pegawai sementara atau sangkut.

Perbendaharaan: Menteri Kewangan dan pegawai-pegawai di bawahnya, serta pegawai lain dibenarkan menggunakan kuasanya di bawah Akta Acara Kewangan 1957 mengikut Seksyen 6 & 7 Akta Perwakilan Kuasa 1956.


Nota
a. Jika menggunakan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan, Penganjur atau Pengangkutan menjalankan tugas rasmi, tidak layak menuntut elaun perjalanan ini.

b. Pegawai yang sepatutnya layak tuntut kelas D atau E, tetapi tugasnya memerlukan penggunaan kereta, ATAU, Lembaga Perubatan sahkan ia tidak boleh menungang motosikal, maka ia dibolehkan membuat tuntutan kelas C.

c. Kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kecederaan, kerosakan, kehilangan, susut nilai harga kenderaan pegawai akibat kegunaannya semasa menjalankan tugas rasmi.

d. Kebenaran mengunakan kenderaan sendiri (yang boleh dituntut) untuk perjalanan yang kurang daripada 240 km sahaja. Melebihi jarak itu unakan kapal terbang, keretapi (kenderaan awam), KECUALI:
i. Tugas rasminya itu di beberapa tempat sepanjang perjalanan
ii. Perlu membawa peralatan atau perkakasan untuk kegunaan
tugas rasmi
iii. Membawa peawai lain yang menjalankan tugas rasmi di kawasan yang sama

1. Bayaran letak kereta dan tol
Di bawah SSM boleh tuntut, tetapi mesti ada resit

2. Elaun Harian:
Bertugas rasmi di luar ibu pejabat bagi tempoh yang melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam kadarnya ialah separuh dari elaun makan, sekiranya makan tidak disediakan.

3. Elaun Makan & Hotel/Lojing:
Bertugas rasmi di luar ibupejabat bai tempoh 24 jam ke atas, sekiranya makan dan penginapan tidak disediakan.

4. Elaun Basikal:
a. RM 35.00 jika menggunakan basikalnya untuk tugas rasmi melebihi 10 hari bagi bulan tersebut.

b. 10 sen 1 km untuk tugas rasmi 10 hari ke bawah

5. Elaun Keraian:
Untuk pegawai tinggi yang dipertimbangkan oleh Perbendaharaan sahaja.

6. Elaun Pakaian Panas:
Bertugas rasmi di negara beriklim sederhana, RM600 sekali dalam tempoh 3 tahun, dituntut sebulan sebelum pergi, atau selepas kembali.

7. Bayaran Perubatan:
Sakit ketika di luar negeri, boleh tuntut jika:
a. guna perkhidmatan kesihatan di negeri itu.
b. bayaran rawatan biasa.
c. jika masuk wad elaun makanan tidak boleh tuntut.
d. bayaran hospital ditanggung oleh kerajaan.
e. jika negara itu wajibkan insurans perubatan, kerajaan
menanggung premiumnya.

8. Elaun Bertukar / Berpindah Rumah:
a. bertukar/berpindah rumah dalam negeri di luar stesen.
b. bertukar tempat kerja dalam negeri, dalam atau luar stesen atas
arahan atau dipohon.
c. berpindah dari rumah sendiri atau rumah sewa ke kuarters
(rumah kerajaan) dalam stesen atas arahan.
d. berpindah dari rumah kerajaan atau rumah sewa ke rumah yang
dibeli dengan Pinjaman Kerajaan (sekali seumur hidup).


Tuntutan yang boleh dibuat:
i. elaun perjalanan kenderaan/tambang pengangkutan awam.
ii. elaun makan atau harian, (diri, keluarga dan orang gaji).
iii. elaun makan atau lojing (jika layak ikut syarat).
iv. bayaran angkut barang-barang dan packing (beresit)

9. Elaun Semasa Berkursus:
i. Dalam negeri, di luar kawasan ibu pejabat, tidak lebih daripada 3 bulan:
a. Elaun makan/hotel/lojing. (jika kemudahan ini disediakan,
tidak layak tuntut).
Jika sebahagian makanan sahaja yang disediakan, boleh tuntut:
- sarapan pagi = 20% daripada elaun makan.
- makan tengah hari = 40% daripada elaun makan.
- makan malam = 40% daripada elaun makan.

Elaun makan/hotel/lojing/harian sehari sebelum dan sehari selepas kursus.
Elaun perjalanan kenderaan/tambang pengangkutan awam.

10. Dalam Negeri, Dalam Kawasan Ibu Pejabat:
a. RM5.00 sehari untuk hari-hari berkursus, jika makanan tidak
disediakan, DAN; Kursus diadakan bukan di tempat bertugas biasa.
b. Elaun perjalanan kenderaan/tambang pengangkutan awam.

11. Dalam Negeri, Di Luar Kawasan Ibu Pejabat, Lebih Daripada 3
Bulan (bukan kursus Diploma/Ijazah):
a. Elaun sara hidup RM10.00 sehari sepanjang tempoh kursus jika
makan dan penginapan tidak disediakan.
b. Jika kursus mengkehendakinya membuat kajian luar, boleh
buat tuntutan seperti 13.1 di atas, tetapi tidak boleh buat
tuntutan elaun sara hidup.
c. Elaun perjalanan kenderaan/tambang pengangkutan awam.
d. Elaun makan/hotel/lojing/harian sehari sebelum dan sehari
selepas berkursus.

12. Kersus Pendek Di Luar Negeri:
a. Elaun makan/hotel/lojing, jika makan dan penginapan tidak
disediakan.
b. Elaun pakaian panas RM 600 (ikut syarat).
c. Elaun makan/hotel/lojing sehari sebelum dan sehari selepas
berkursus.


Kriteria Pemberian Elaun Di Bawah SSB:

1
Kepakaran
6
Risiko kerja
2
Kemahiran
7
Kesusahan
3
Kepentingan sesuatu perkhidmatan
8
Galakan
4
Tanggungjawab tambahan
9
Keanehan tugas/perkhidmatan
5
Kos sara hidup



Prinsip Pemberian Elaun:

1. Imbuhan Tetap (Imbuhan Tetap Khidmat Awam/ITKA)
2. Bayaran Insentif : Kumpulan Pengurusan/Profesional = 5% daripada
gaji pokok.
: Kumpulan Sokongan = 10% daripada gaji pokok.
3. Elaun rumah (kecuali yang tinggal di kuarters/rumah kerajaan)
4. elaun-elaun bayaran balik perbelanjaan dan tanggungjawab tambahan.


BAB C: CUTI

Peristilahan

1. Cuti : tempoh pegawai dibenar meninggalkan tugas tanpa dikira sebagai putus perkhidmatan atau berhenti kerja.

2. Cuti Rehat : cuti bergaji penuh – diberi kerana perkhidmatan yang melayakkannya dalam sesuatu tahun.

3. Cuti Sakit : cuti bergaji penuh atas sebab-sebab kesihatan/perubatan dengan Sijil Sakit (Medical Certificate/MC) daripada doctor/Pegawai Perubatan yang diakui.

4. Ketua Jabatan : (rujuk “peristilahan “ No 2 BAB “A”).

5. Kuasa Tertentu : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri (mana yang berkenaan).

6. Pegawai Bersama negeri : pegawai yang kena berkhidmat dengan Kerajaan Negeri dan Jabatan-Jabatan Persekutuan dalam negeri berkenaan.

7. Pegawai Dalam Perjawatan Persekutuan : (rujuk No 6 BAB “A”)

8. Pegawai Persekutuan : (rujuk No 5 BAB “A”)

9. Perkhidmatan yang melayakkan : perkhidmatan yang diambil kira bagi menentukan mendapat cuti.

10. Sanak-saudara : adik, abang, kakak, ibu, bapa, ibu mertua, bapa mertua, anak dan isteri atau suami pegawai.


Cuti Kerana Perkhidmatan Yang Melayakkan

a. Jenis-Jenis Cuti:
i. Cuti rehat (tiada untuk guru)
ii. Cuti separuh gaji
iii. Cuti tanpa gaji

b. Kuasa yang meluluskan:
i. Ketua Jabatan
ii. Kuasa tertentu


Kadar Cuti Rehat Setahun:


Gred/Kategori
Kurang daripada 10 tahun berkhidmat
10 tahun berkhidmat atau lebih
Pengurusan Tertinggi
30 hari
35 hari
31 – 54
30 hari
35 hari
21 – 30
25 hari
30 hari
1 – 20
20 hari
25 hari

Perkiraan Kelayakan Cuti Rehat

Jumlah kelayakan mengikut Gred X bulan perkhidmatan
12

Membawa Kehadapan Cuti Rehat
· Tiada had ditentukan tetapi tidak melebihi kelayakan kepada 2 tahun
· Permohonan perlu duiluluskan JPN/sokongan Ketua jabatan

Gantian Cuti Rehat
· Mulai 1 Ogos 2003 pegawai yang berkelayakan Cuti Rehat boleh mengumpul cuti tersebut sehingga 120 hari
· Cuti rehat boleh dikumpul tidak melebihi ½ dari kelayakan cuti dalam tahun semasa / maksimum 15 hari. Kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri diperlukan.
· Dibayar semasa bersara berdasarkan gaji terakhir diterima termasuk elaun
· Elaun tetap


Cuti Separuh Gaji
· Kuasa tertentu boleh luluskan cuti atas sebab-sebab tertentu.
· Ketua Jabatan boleh luluskan cuti atas sebab kesihatan sanak-saudara pegawai (tidak melebihi 14 hari setahun.
· Untuk Guru:
i. Atas sebsb kesihatan guru itu sendiri (dengan perakuan Lembaga Perubatan).
ii. Atas sebab kesihatan sanak-saudara (Ketua Jabatan boleh luluskan jika tidak melebihi 14 hari).
iii. Lawatan sambil belajar ke seberang laut (diluluskan oleh KSU Kementerian Pendidikan)
iv. Kadar cuti tidak melebihi 30 hari setahun (maksimum tak melebihi 180 hari)

Cuti Tanpa Gaji
· Boleh dipohon jika ada tidak kurang daripada 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan.
· Ketua Jabatan boleh luluskan atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.
· 30 hari bagi setiap tahun perkhidmatan, maksimum 360 hari.
· Tujuan cuti: urusan peribadi di Malaysia atau luar negara.
· Cuti yang diambil dicatatkan dalam Penyata Perkhidmatan pegawai berkenaan.
· Cuti yang ikut suami kursus/belajar di luar negeri, Kuasa Tertentu luluskan.
· Baki cuti yang tidak diambil boleh dipohon jika belum maksima.
· Cuti ini juga boleh diambil jika Lembaga Perubatan sahkan pegawai tidak cukup sihat untuk menjalankan tugas.

Cuti Atas Sebab Perubatan
a. Cuti sakit
b. Cuti sakit lanjutan
c. Cuti pemulihan
d. Cuti kerantina
e. Cuti bersalin
f. Cuti kecederaan
g. Cuti tibi, kusta dan barah

Cuti Sakit
· Diluluskan oleh Ketua Jabatan jika tidak lebih 90 hari berturut-turut.
· Jika lebih 90 hari, kelulusan oleh Kuasa Tertentu.
· Jika belum sihat juga, Ketua Jabatan boleh berikan baki cuti rehat.
· Cuti sakit mesti dihabiskan di rumah/hospital.
· Mesti ada Sijil sakit daripada doctor/Pegawai Perubatan.
· Sakit masa cuti separuh gaji/tanpa gaji, tak layak lagi cuti sakit.
· Cuti sakit sampai 45 hari keatas setahun dalam masa 3 tahun berturut, Ketua Jabatan boleh minta Lembaga Perubatan periksa.

Cuti Sakit Lanjutan
· Memerlukan perakuan Lembaga Perubatan.
· Tempoh cuti tidak melebihi 90 hari.
· Jika masih belum sihat juga dalam 90 hari:
i. Boleh beri cuti rehat (jika cuti rehat masih ada)
ii. Cuti separuh gaji (jika masih layak)
iii. Cuti tanpa gaji (jika masih layak)
· Jika semua cuti sudah habis, dan masih belum sihat, Lembaga Perubatan boleh syorkan persaraannya.
· Cuti sakit lanjutan dikira dalam satu-satu tahun, boleh diulang tahun kedua.

Cuti Pemulihan
· Apabila Lembaga Perubatan mendapati pegawai perlu berehat sebab kurang sihat.
· Tempohnya bergantung kepada Perakuan Lembaga Perubatan.
· Kuasa Tertentu boleh luluskan cuti separuh gaji/tanpa gaji.

Cuti Kerantina
· Pegawai ditahan di stesen kerantina ketika balik ke negara.
· Yang disyaki terjangkit, diberikan cuti sakit biasa (MC)
· Pegawai yang ditahan dirumah ketika berlaku sesuatu wabak.

Cuti Bersalin
· 60 hari bergaji penuh mulai hari bersalin.
· Lebih daripada 60 hari boleh ambil cuti sakit (dengan MC)
· 5 kali sepanjang perkhidmatan
· Bersalin yang ke 6, boleh ambil cuti rehat/tanpa gaji tidak melebihi 60 hari.
· Guru bersalin ke 6 ketika cuti penggal, dapat gaji penuh dan separuh gaji selama 14 hari ketika dalam sesi.

Cuti Jaga Anak
· 90 hari setelah berakhir tempoh bersalin.
· Cuti ini tanpa gaji.
· Untuk 5 kali bersalin sahaja.
· Jika tak ambil, cuti ini luput dalam tahun berkenaan.
· Suami dapat cuti tanpa rekod 7 hari serentak isteri bersalin.

Cuti Kecederaan
· Tercedera semasa bertugas.
· Diluluskan oleh Kuasa Tertentu.
· Cuti ini bergaji penuh.
· Boleh ambil cuti sakit/cuti sakit tambahan jika masih ada.

Cuti Tibi, Kusta dan Barah
· Mesti dirawat di hospital terus-menerus semasa sakit.
· Cuti bergaji penuh tidak lebih 24 bulan untuk barah dan kusta.
· Untuk Tibi cuti bergaji penuh setakat 12 bulan sahaja.
· Jumlah cuti untuk tiga penyakit ini tidak termasuk cuti sakit lain.
· Penyakit lain yang setaraf dengan tiga penyakit ini layak dapat cuti yang serupa jika Lembaga Perubatan akui.
· Jika cuti ini tidak cukup, pohon cuti rehat selagi layak, seterusnya pohon cuti separuh gaji (maksimum 12 bulan).
· Apabila semua cuti habis, Kuasa Tertentu timbangkan persaraan.
· Cuti tibi/kusta tidak dapat lagi jika sakit semula selepas sembuh.

Cuti Kerja Haji
· Untuk pegawai Islam sahaja.
· Diluluskan oleh Ketua Jabatan.
· Jawatan sementara, mesti berkhidmat tidak kurang dari 6 bulan berterusan.
· 40 hari bergaji penuh.
· Lebih daripada 40 hari, pohon cuti rehat/tanpa gaji selagi layak.

Cuti Kerana Berkursus
· Mesti dapat kebenaran Kerajaan samada bergaji penuh/ separuh gaji/ tanpa gaji.
· Kursus: Profesional/ Diploma/ Ijazah Pertama/ Lepas Ijazah/ Ijazah Lanjutan.
· Tempoh: Ikut keperluan kursus, termasuk:
i. Cuti akademi dalam kursus.
ii. Masa perjalanan pergi dan balik.
iii. Tempoh menunggu di luar negeri.
· Kelayakan lain: Boleh pohon cuti rehat 7 hari selepas tamat kursus untuk kursus 12 bulan ke atas, dan jika cuti rehatnya masih ada.

Cuti Tidak Berekod
· Cuti gantian – sama banyak dengan waktu bertugas
· Cuti latihan Pasukan sukarela (30 hari + 2 untuk perjalanan)
· Cuti menghadiri latihan atau khemah kerja pertubuhan/persatuan (14 hari + 2 hari perjalanan)
· Cuti menghadiri latihan syarikat kerja sama (2 bulan)
· Cuti menghadiri peperiksaan (hari peperiksaan sahaja)
· Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas
· Cuti mengambil bahagian dalam sukan (30 hari)
· Cuti isteri bersalin ( 7 hari Pek. Perkh Bil 9 tahun 2002) kuatkuasa 1.1.2003
· Cuti urusan kematian ahli keluarga (3 hari, Pek.Perkh Bil 10 tahun 2002) kuatkuasa mulai 1.1.2003

Cuti Sambilan
Kelayakan untuk cuti sambilan
· Diberi kepada P.P.Pendidikan yang bertugas sebagai guru serta mengajar di sekolah/maktab/Institusi pendidikan tidak termasuk Pengetua atau Guru Besar dan pegawai yang berkhidmat di Kementeriaan, jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan daerah.
· Diberi tidak melebihi 7 hari dalam satu tahun berdasarkan keperluan.

Tujuan cuti sambilan
· Menziarahi ahli keluarga atau ahli keluarga rapat yang sakit atau meninggal dunia
· Menyertai upacara perayaan agama yang dianuti oleh seseorang PPP
· Kecemasan dan kemalangan (banjir, kebakaran dan lain-lain)
· Tambahan kepada Cuti Haji (40 hari) yang tidak mencukupi
· Kursus suaikenal – luar kampus
· Majlis konvokasyen ahli keluarga
· Temuduga Perlantikan – SPP, Kem. Pendidikan, JPA, JPN
· Perkahwinan pegawai atau anak mereka
· Menghantar ahli keluarga yang rapat menunaikan fardu haji
· Menghantar anak ke IPT/Sekolah Berasrama Penuh
· Tamat berkursus melebihi 12 bulan jika masih ada baki sebelum pergi berkursus
ΓΌ Kemudahan ini juga untuk Guru Sandaran Terlatih dan guru Kontrak


Tidak Hadir Atas Sebab Kecemasan
· Ketua jabatan diberi kuasa membenarkan pegawai di bawah kawalan masing-masing tidak hadir ke pejabat menjalankan tugas akibat sesuatu kejadian kecemasan
· Kes-kes bencana dan kemalangan peribadi tidak termasuk dalam istilah bencana – perlu mohon cuti





BAB D: PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993

Kelakuan

Perkara 4.(1)
Seseorang pegawai hendaklah setiap masa dan setiap ketika memberikan taat setia yang tak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan.

Perkara 4.(2)
Seseorang pegawai tidak boleh:
a. membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya;
b. berkelakuan yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya;
c. berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa dia:
i. membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau
ii. menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;
d. berkelakuan cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;
e. kurang cekap atau kurang berusaha;
f. tidak jujur atau tidak amanah;
g. tidak bertanggungjawab;
h. membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk sokong atau majukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, samada tuntutan itu tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain;
i. ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah; dan
j. cuai dalam menjalankan tugasnya.

Perkara 5: Pekerjaan Luar
Kecuali setakat yang dia dikehendaki dalam perjalanan tugasnya atau diberikuasa dengan nyata oleh Ketua Jabatannya untuk berbuat demikian, seseorang pegawai tidak boleh
a. mengambil bahagian secara langsung atau tak langsung dalam pengurusan atau perjalanan apa-apa perusahaan komersil, pertanian atau perindustrian;
b. mengusahakan bagi mendapatkan upah apa-apa kerja bagi mana-mana institusi, syarikat, firma atau individu;
c. sebagai seorang pakar, memberi apa-apa laporan atau keterangan pakar, samada dengan percuma atau mendapat upah; atau
d. bertugas sebagai seorang wasi, pentadbir atau penerima.

Perkara 5.2
Seseorang pegawai boleh memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan untuk usahakan perkhidmatan tertentu bagi faedah dirinya atau saudara-maranya yang terdekat atau mana-mana badan yang tak mencari keuntungan yang dia ialah seorang pemegang jawatan dalam badan tersebut.

Perkara 5.3
Dalam pertimbangan samada kebenaran patut diberi atau tidak, Ketua Jabatan perlu pastikan pekerjaan luar itu:
a. tidak dilakukan semasa waktu pejabat dan semasa pegawai itu dikehendaki menjalankan tugas rasminya;
b. tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan untuk menjejaskan kegunaan pegawai itu sebagai penjawat awam; dan
c. tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan untuk bercanggah dengan kepentingan jabatan atau menjadi tak konsisten dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang penjawat awam.

Perkara 5 (4)
Kecuali setakat yang ditetapkan selainnya, segala jumlah wang yang diterima pegawai sebagai saraan kerana memberi mana-mana perkhidmatan yang disebutkan, hendaklah dibayar ke dalam Perbendaharaan Persekutuan sementara menunggu keputusan Perbendaharaan tentang amaun, jika ada, yang boleh disimpan oleh pegawai itu sendiri dan oleh anggota kakitangannya.

6. Pakaian
i. Seseorang pegawai semasa bertugas mesti berpakaian dengan sepatutnya ikut apa-apa cara yang ditentukan Kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.
ii. Pegawai yang hadiri upacara rasmi perlu berpakaian seperti yang ditentukan bagi upacara itu dan jika pakaian untuk upacara itu tidak ditentukan, dia perlu berpakaian dengan sepatutnya bagi upacara tersebut.

7. Dadah
i. Tidak boleh guna atau ambil (kecuali bagi maksud perubatan seperti ditetapkan doctor di bawah Akta Perubatan 1971 atau salah guna atau menagih dadah berbahaya.
ii. Perkhidmatan seseorang pegawai boleh ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan 49.
iii. Bagi maksud peraturan ini, “dadah berbahaya” ertinya apa-apa dadah atau bahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.

8. Hadiah
i. Tidak boleh terima atau beri, atau tidak boleh benarkan isteri atau suaminya atau orang lain terima atau beri bagi pihaknya, secara langsung atau tak langsung, apa-apa hadiah (samada dalam bentuk zahir atau selainnya) daripada atau kepada mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan orang jika:
a. hadiah itu ada kaitan, dengan apa-apa car, pelaksanaan tugas awam pegawai itu; dan
b. bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan.
ii. Ketua Jabatan boleh benarkan pegawai terima surat pujian daripada mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan orang sempena persaraan atau pertukarannya dengan syarat surat pujian itu tidak terkandung dalam bekas yang bernilai.
iii. Ketua Jabatan boleh benarkan pungutan sumbangan secara spontan untuk buat sesuatu penyampaian kepada seseorang pegawai dalam jabatan sempena persaraan, pertukaran atau perkahwinan pegawai atau anak pegawai atau upacara lain yang sesuai,
iv. Jika:
a. pegawai rasa ragu-ragu tentang samada bentuk, amaun atau nilai hadiah yang diterimanya sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan; atau
b. keadaan sebabkan sukar bagi seseorang pegawai untuk tolak sesuatu hadiah atau cenderamata yang bernilai, yang penerimaannya dilarang peraturan ini, hadiah itu boleh diterima secara rasmi tetapi pegawai itu, dengan segera kemukakan laporan bertulis kepada Ketua Jabatan yang mengandungi perihalan lengkap dan anggaran nilai hadiah dan dalam keadaan yang hadiah itu diterima.
v. Apabila diterima laporan, Ketua Jabatan hendaklah putuskan samada untuk:
a. benarkan pegawai itu simpan hadiah itu; atau
b. arahkan hadiah itu dikembalikan kepada pemberinya
melalui Ketua Jabatan.

9. Keraian
i. Boleh beri atau terima apa-apa jenis keraian kepada atau daripada mana-mana orang jika keraian itu:
a. tidak dengan apa-apa cara mempengaruhi pelaksanaan tugas rasminya sebagai seorang pegawai awam bagi kepentingan orang itu; dan
b. pemberian atau penerimaannya tidak dalam apa-apa cara tak konsisten dengan tingkah kelakuan yang ditetapkan.

10. Pemunyaan Harta
i. Semasa perlantikan ke dalam perkhidmatan awam atau bila-bila masa selepas itu mengisytiharkan secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib melalui Ketua Jabatan harta-harta yang dipunyainya, atau isteri atau suami atau anak yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau isteri atau suami atau anaknya. Seseorang pegawai yang tiada harta perlu isytiharkan juga secara bertulis.
ii. Jika, selepas isytihar, pegawai atau isteri atau suami atau anak peroleh harta lain, secara langsung atau tudak, atau lupuskan apa-apa harta yang diperoleh, hendaklah dengan segera isytihar perolehan atau pelupusan harta.
iii. Jika seseorang pegawai atau isteri atau suami atau anaknya bercadang memperolehi apa-apa harta, dan perolehan yang dicadangkan itu tak konsisten dengan tatakelakuan yang ditetapkan, perolehan itu tidaklah boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Tatatertib.
iv. Samada hendak berikan kebenaran atau tidak, Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan perlu ambil kira perkara berikut:
a. saiz, amaun atau nilai harta itu berbanding dengan emolumen pegawai itu dan apa-apa pendapatan persendirian yang sah;
b. pemerolehan atau pegangan harta itu akan atau mungkin bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam, atau menjadi tak konsisten dengan kedudukan pegawai itu, atau dengan apa-apa cara menjadi tak konsisten dengan tingkah kelakuan yang ditetapkan.
c. pendapat Ketua Jabatan tentang pemerolehan atau pemunyaan harta itu.
d. Faaktor-faktor lain yang dianggap perlu Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan bagi menjaga keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam.

v. Jika Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan puas hati dengan pengisytiharan harta yang dibuat pegawai, ia hendaklah rekodkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai.

11.Menyenggara kehidupan yang melebihi emolumen atau pendapatan persendirian lain yang sah.
i. Jika Ketua Jabatan berpendapat seseorang pegawai ternyata:
a. menyenggara suatu taraf kehidupan yang melebihi emolumennya dan pendapatan persendirian lain yang sah, jika ada: atau
b. mempunyai kawalan atau memiliki sumber-sumber kewangan, harta alih atau tak alih, yang nilainya tidak seimbang dengan, atau yang tidak semunasabahnya diperoleh pegawai itu dengan emolumennya dan apa-apa pendapatan persendiriannya yang sah,

Ketua Jabatan hendaklah, melalui notis bertulis, memanggil pegawai itu memberi penjelasan bertulis dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan notis itu bilamana dia boleh menyelenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian lain yang sah dan bilamana dia telah mendapat sumber-sumber kewangannya atau hartanya.

12.Meminjam Wang
i. Pegawai tidak boleh meminjam daripada mana-mana orang atau menjadi penjamin kepaada mana-mana peminjam, atau dengan apa-apa cara letakkan dirinya di bawah suatu obligasi kewangan kepada mana-mana orang:
a. yang secara langsung atau tak langsung tertakluk kepada kuasa rasminya;
b. yang dengannya pegawai itu ada atau mungkin ada urusan rasmi;
c. yang tinggal atau memiliki tanah atau menjalankan perniagaan di dalam kawasan tempatan yang dia mempunyai kuasa rasmi; atau
d. yang menjalankan perniagaan pemberian pinjaman wang.

ii. Seseorang pegawai boleh, biarpun, pinjam wang daripada atau menjadi penjamin kepada mana-mana orang yang pinjam wang dari bank, syarikat insurans, koperasi, atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau menanggung hutang dengan cara memperoleh barang-barang memalui perjanjian sewa beli dengan syarat bahawa:
a. bank, syarikat insurans, koop atau syarikat kewangan berlesen itu yang daripadanya pegawai itu meminjam tidaklah secara langsung tertakluk kepada kuasa rasminya;
b. peminjaman itu tidak akan membawa kepada skandal awam atau tidak akan ditafsirkan bahawa pegawai itu telah salah gunakan kedudukan awamnya untuk faedah persendiriannya; atau
c. agregat hutangnya tidak menyebabkan atau tidak mungkin menyebabkan pegawai itu berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.

iii. Seseorang pegawai boleh menanggung hutang berikut:
a. jumlah wang yang dipinjam atas cagaran tanah yang digadai atau digadaijanjikan, jika jumlah wang tersebut tidak melebihi nilai tanah tersebut;
b. overdraf atau kemudahan kredit lain yang diluluskan oleh mana-mana institusi kewangan berlesen;
c. jumlah wang yang dipinjam daripada syarikat insurans atas cagaran polisi insurans;
e. jumlah wang yang dipinjam daripada Kerajaan atau koperasi; atau
f. jumlah wang yang kena dibayar atas barang-barang yang diperoleh melalui perjanjian sewa beli.

13. Keterhutangan Kewangan Yang Serius
i. Seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa jua cara pun menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan yang serius. “Keterhutangan kewangan yang serius” ertinya keadaan keterhutangan seseorang pegawai yang mengambil kira amaun hutang yang ditanggungnya, telah sebenarnya menyebabkan kesusahan kewangan yang serius terhadap dirinya.

ii. Seseorang pegawai disifatkan sebagai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius:
a. jika agregat hutang dan liabilitinya yang tak bercagar pada bila-bila masa tertentu melebihi jumlah wang sebanyak 6 kali emolumen bulanannya;
b. jika pegawai itu seorang penghutang penghakiman dan hutang penghakiman itu belum lagi dijelaskan dalam tempoh satu bulan dari tarikh penghakiman itu; atau
c. jika pegawai itu seorang bankrap atau seorang pemakan gaji tak solven, mengikut mana-mana yang berkenaan, selagi apa-apa penghakiman terhadapnya yang memihak kepada Pegawai Pemegang Harta masih belum dijelas atau selagi tiada pembatalan penghukuman kebankrapannya.

iii. Keterhutangankewangan yang serius kerana apa jua pun sebab selain malang yang tidak dapat dielakkan yang tidak disebabkan dengan apa-apa cara oleh pegawai itu sendiri hendaklah dianggap memburukkan nama perkhidmatan awam dan hendaklah menyebabkan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

iv. Jika keterhutangan yang serius yang telah berlaku itu disebabkan oleh malang yang tidak dapat dielakkan, Kerajan boleh memberi kepada pegawai itu apa-apa bantuan yang didapati wajar.

v. Jika seseorang pegawai mendapati hutangnya menyebabkan atau mungkin menyebabkan keterhutangan kewangan yang serius kepadanya, dia hendaklah serta-merta melaporkan fakta ini kepada Ketua Jabatan.

vi. Seseorang pegawai yang tidak melaporkan atau melengahkan dalam melaporkan keterhutangan kewangannya yang serius atau yang melaporkannya tetapi tidak mendedahkan hutangnya dengan sepenuhnya atau memberi keterangan palsu atau yang mengelirukan mengenainya, melakukan suatu pelanggaran tatatertib yang serius, dan boleh menyebabkan dirinya dikenakan tindakan tatatertib.

14. Meminjamkan Wang
i. Seseorang pegawai tidak boleh meminjamkan wang dengan bunga samada dengan cagaran atau tanpa cagaran.

ii. Penyimpanan wang secara deposit tetap dalam mana-mana bank atau dalam suatu akaun dalam mana-mana bank atau syarikat kewangan berlesen atau sekuriti atau saham yang diterbitkan oleh Kerajaan atau badan berkanun tidaklah dianggap sebagai meminjamkan wang dengan bunga.
15. Penglibatan Dalam Pasaran Komoditi
Tiada pegawai boleh melibatkan dirinya dalam pasaran komoditi atau pasaran sekuriti hadapan sebagai pembeli atau penjual atau selainnya, samada dalam pasaran tempatan atau luar negeri.

16. Refel atau Loteri
Seseorang pegawai tidak boleh mengadakan, mengelolakan dan atau mengambil bahagian dalam mana-mana refel atau loteri akan harta persendiriannya.


17. Penerbitan Buku
Seseorang pegawai tidak boleh menerbit atau menulis apa-apa buku, majalah atau karya lain yang berasaskan maklumat rasmi terperingkat dan sebagainya.

18. Membuat Pernyataan Awam
i. Seseorang pegawai tidak boleh, samada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa lain;
a. membuat apa-apa pernyataan awam berhubungan dengan apa-apa dasar, program atau keputusan Kerajaan di atas apa-apa isu;
b. memberi apa-apa maklumat factual berhubungan dengan jabatannya; atau
c. memberi apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa insiden atau laporan berhubungan dengan jabatannya;
d. tidak boleh mengeliling apa-apa pernyataan, maklumat atau penjelasan, samada yang dibuatnya atau oleh mana-mana orang lain, kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu, samada secara am atau khusus, daripada Menteri yang bertanggungjawab bagi kementerian atau jabatan dia sedang berkhidmat.

19. Larangan Bertindak Sebagai Penyunting
Seseorang pegawai tidak boleh bertindak sebagai penyunting, atau ambil bahagian secara langsung atau tak langsung dalam pengurusan, atau dengan apa-apa cara membuat apa-apa sumbangan kewangan atau selainnya, kepada mana-mana penerbitan, termasuk mana-mana suratkhabar, majalah atau jurnal, kecuali yang berikut:
a. penerbitan jabatan atau kakitangan;
b. penerbitan professional; dan
c. penerbitan organisasi sukarela yang bukan bercorak politeik

20. Mengambil bahagian dalam politik
i. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambing sesuatu parti politik, dan khususnya dia tidak boleh:
a. membuat apa-apa pernyataan awam, samada secara lisan atau bertulis, yang memberikan suatu pandangan yang berat sebelah atas apa-apa perkara yang menjadi isu antara parti-parti politik;
b. menerbit atau mengeliling buku, makalah atau risalah yang mengemukakan pandangan yang berat sebelah atau pandangan orang lain atas apa-apa perkara yang berkaitan dengan mana-mana parti politik;
c. terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada suatu pilihanraya umum, kecil, atau apa-apa pilihanraya untuk apa- apa jawatan dalam mana-mana parti politik;
d. bertindak sebagai seorang ejen pilihanraya atau ejen tempat mengundi atau atas apa-apa sifat untuk atau bagi pihak seseorang calon dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau bagi mana-mana DUN;
e. masuk bertanding untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik; atau
f. memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik.

ii. Seseorang pegawai Kumpulan Sokongan yang bukan seseorang pegawai dalam perkhidmatan perlu boleh bertanding atau pegang jawatan atau dilantik apa-apa jawatan dalam sesuatu parti politik setelah terlebih dahulu dapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau KSU Kementerian yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

iii. Seseorang pegawai yang dibenarkan bercuti sehingga ke tarikh persaraannya bagi maksud menghabiskan semua cutinya yang terkumpul boleh mengambil bahagian dalam aktiviti politik dengan syarat bahawa:
a. dia terlebih dahulu mendapatkan kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau KSU Kementerian yang berkenaan.

iv. Permohonan mendapatkan kelulusan di bawah perenggan (3)(a) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh pegawai itu dibenarkan bercuti sebelum persaraan.

v. Tiada apa-apa jua dalam peraturan ini boleh menghalang seseorang pegawai daripada menjadi anggota biasa mana-mana parti politik.

vi. Seseorang pegawai yang telah diterima menjadi anggota biasa mana-mana parti politik mesti memberitahu fakta ini kepada Ketua Jabatannya.

21. Ketakhadiran
i. Ketakhadiran tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib.

ii. Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas, Ketua Jabatan dengan segera, laporkan fakta itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berserta dengan tarikh-tarikh dan hal ketakhadiran itu dan apa-apa maklumat selanjutnya yang mungkin dikehendaki tentang pegawai itu.

iii. Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh, setelah menimbangkan laporan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu mengikut peraturan 27 atau 28.


PROSEDUR TATATERTIB

29. Prosedur Dalam Kes Jika Pegawai Tidak Hadir Tanpa Cuti Dan
Tidak Boleh Dikesan
i. Tidak hadir tanpa cuti 7 hari berturut-turut dan tidak boleh dikesan, Ketua Jabatan boleh arahkan Surat dihantar kepada pegawai melalui Pos Berdaftar Akuan Terima ke alamat terakhirnya. Ketua Jabatan Mengarahkan pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas segera.

ii. Jika, selepas surat itu telah diserahkan:
a. pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas; atau
b. pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas atau tiada apa-apa jua khabar didengar daripadanya,

Ketua Jabatan hendaklah kemukakan laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenan dan Pihak Berkuasa tatatertib itu hendaklah memulakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan ini:
iii. Jika surat PBAT dikembalikan tak terserah, Ketua Jabatan itu mesti laporkan perkara itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa untuk membuang kerja atau turunkan pangkat dan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan perlu ambil langkah untuk memberitahu dalam Warta bahawa pegawai itu tidak hadir tanpa cuti dan tidak boleh dikesan.

iv. Jika surat PBAT itu diterima orang lain selain pegawai yang dimaksudkan, surat tersebut disifatkan tak terserah.

30. Akibat Tidak Hadir Tanpa Cuti Selepas Pemberitahuan Dalam Warta
i. Jika lapor diri untuk bertugas dalam tempoh 7 hari dari tarikh penyiaran, Ketua Jabatan laporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan dan Pihak Berkuasa Tatatertib tersebut memulakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan ini.

ii. Jika pegawai tidak lapor diri untuk bertugas dalam tempoh 7 hari dari tarikh penyiaran pemberitahuan dalam Warta, pegawai itu disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan mulai tarikh dia tidak hadir tanpa cuti.

31. Lucut Hak Emolumen Kerana Ketidakhadiran Tanpa Cuti
i. Pegawai didapati bersalah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah, segala emolumen bagi apa-apa tempoh yang dia tidak hadir dilucuthakkan walaupun Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan tidak mengarahkan perlucuthakkan itu.

ii. Diberi notis tentang perlucutan hak itu.

iii. Pelucutan hak emolumen bukanlah satu hukuman tatatertib dalam peraturan perkara 38.


Prosedur Jika Pegawai dipertuduh Dalam mahkamah jenayah atau dikenakan perintah tahanan, Buang negeri dan lain-lain.

1. Pegawai perlu maklumkan kepada Ketua Jabatan serta merta apabila prosiding jenayah dimulakan terhadapnya.
2. Pendaftar mahkamah atau Penolong Pendaftar mahkamah hantar suret kepada Ketua Jabatan memaklumkan tentang pertuduhan, tarikh ditangkap dan pegawai dijamin atau tidak.
3. Ketua Jabatan perlu dapatkan laporan daripada Pendaftar mahkamah dan dihantar kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dengan syornya samada pegawai itu patut ditahan daripada kerja.
4. Pihak Berkuasa Tatatertib dengan syor Ketua Jabatan boleh ambil tindakan tahan kerja pegawai tersebut.
5. Jika pegawai disabitkan kesalahan, Pihak Berkuasa Tatatertib berkuasa buang kerja atau turun pangkat. Jika pegawai merayu atau tidak, dia akan digantung kerja sementara tunggu keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib.
6. Jika pegawai berjaya dalam rayuan dan dibebaskan oleh mahkamah, dia boleh bekerja dan dibayar emolumen yang tidak dibayar semasa dia ditahan dan digantung kerja.

33. Tanggungjawab Ketua Jabatan Jika Terdapat Sabitan Jenayah
i. Jika disabit, Ketua Jabatan mohon daripada Pendaftar Mahkamah satu salinan keputusan-keputusan tersebut. Ketua Jabatan pula akan hantar salinan itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang ada kuasa untuk jatuhkan hukuman buang kerja berserta dengan rekod perkhidmatan pegawai itu dengan mengesyorkan samada, pegawai itu:
a. dibuang kerja atau turun pangkat
b. dikenakan apa-apa hukuman selain dibuang kerja atau turun pangkat
c. ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam
d. tidak dikenakan apa-apa hukuman


Hukuman

38. Hukuman Tatatertib
Setelah mengambilkira seriusnya kesalahan itu, Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan ke atas pegawai itu mana-mana satu daripada hukuman yang berikut atau apa-apa gabungan dua hukuman atau lebih:
a. amaran
b. denda
c. lucuthak emolumen
d. tangguh pergerakan gaji
e. turun gaji
f. turun pangkat; atau
g. buang kerja

39. Hukuman denda atau lucuthak emolumen dibuat mengikut
peruntukan-peruntukan berikut:
a. apa-apa denda yang dikenakan pada satu-satu masa tidak boleh melebihi amaun yang setara dengan 7 hari emolumen pegawai yang berkenaan itu; dan jika didenda lebih daripada sekali dalam mana-mana satu bulan kalendar, agregat denda yang dikenakan ke atasnya dalam bulan itu tidak boleh melebihi amaun yang setara dengan 45% daripada emolumen bulanannya;
b. hukuman lucuthak emolumen tidak tertakluk jika hukuman itu berkaitan kesalahan tidak hadir tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab munasabah, amaun emolumen yang hendak dilucuthakkan hendaklah, kecuali jika diputuskan selainnya oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan, dikira dengan mengambil kira tempoh sebenar pegawai itu tidak hadir;
c. segala denda atau perlucuthakkan emolumen hendaklah dipotong daripada emolumen bulanan pegawai itu dan hendaklah dibayar kepada Kerajaan.

40. Tangguh Pergerakan Gaji
i. Tempoh:
a. tiga bulan
b. enam bulan
c. sembilan bulan; atau
d. dua belas bulan, yang difikirkan Pihak Berkuasa Tatatertib sesuai dan patut

ii. Hukuman ini dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya bagi pegawai itu selepas tarikh pengenaan hukuman itu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

iii. pegawai tersebut tidak berhak mendapat apa-apa pergerakan gaji bagi tempoh dan sepanjang tempoh hukuman itu berkuatkuasa.

iv. Akibat hukuman tangguh pergerakan gaji:
a. tarikh pergerakan gaji diubah kepada tarikh pergerakan gaji paling hampir selepas habis tempoh hukuman; dan
b. tarikh pergerakan gajinya kekal pada tarikh yang diubah di bawah perenggan (a) sehingga pegawai itu mencapai tangga gaji maksimum.

41. Penurunan Gaji
i. Peruntukan-peruntukan hukuman:
a. diturunkan secara mendatar dalam peringkat yang sama;
b. penurunan tidak boleh melebihi 3 pergerakan gaji
c. tempoh hukuman tidak boleh kurang daripada 12 bulan tetapi tidak boleh lebih 36 bulan pada mana-mana satu masa.

ii. Tarikh pergerakan gaji diubah kepada tarikh pergerakan gaji yang berikutnya selepas habisnya tempoh hukuman itu.

iii. Tidak berhak mendapat apa-apa pergerakan gaji bagi tempoh dan sepanjang tempoh hukuman itu berkuatkuasa.

42. Penurunan Pangkat
a. menurunkan gred pegawai itu kepada gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama; dan
b. menentukan gaji pegawai itu pada suatu matagaji dalam jadual gaji gred yang dikurangkan itu, adalah gaji yang lebih rendah tetapi paling hampir dengan gaji akhir yang diterima pegawai itu sebelum hukuman dikenakan keatasnya.


Penahanan Kerja Dan Penggantungan Kerja

44. Penahanan Kerja
i. Pihak Berkuasa Tatatertib mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat menahan pegawai daripada menjalankan tugasnya jika:
a. prosiding jenayah telah dimulakan terhadap pegawai itu, dan penahanan kerja itu boleh dikuatkuasakan dari tarikh dia ditangkap atau dan tarikh saman diserahkan keatasnya; atau
b. prosiding tatatertib dengan tujuan untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat telah dimulakan atau akan dimulakan terhadap pegawai itu, dan penahanan kerja itu boleh dikuatkuasakan dari tarikh yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

ii. Dalam memutuskan pegawai patut ditahan kerja, factor-faktor berikut hendaklah diambilkira Pihak Berkuasa Tatatertib samada:
a. jenis kesalahan yang dengannya pegawai itu dipertuduhkan secara langsung berhubungan dengan tugas pegawai itu;
b. kehadiran pegawai itu di pejabat akan mengendalakan penyiasatan; atau
c. kehadiran pegawai itu di pejabat untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya yang biasa boleh memalukan, atau boleh menjejaskan imej jabatannya.

iii. Pegawai yang ditahan kerja hendaklah, melainkan jika dan sehingga dia digantung atau dibuang kerja, dibenarkan menerima tidak kurang daripada ½ emolumennya yang Pihak Berkuasa Tatatertib fikirkan patut.

iv. Pihak Berkuasa Tatatertib memanggil balik pegawai yang ditahan kerja untuk bertugas semula sedangkan prosiding jenayah atau tatatertib dengan tujuan untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat belum selesai, peruntukan berikut hendaklah mempunyai kuatkuasa:
a. perintah penahanan kerja itu terhenti dari tarikh pegawai itu menjalankan semula tugasnya;
b. pegawai itu hendaklah dibayar emolumennya yang penuh mulai tarikh dia menjalankan semula tugas; dan
c. bahagian emolumennya yang tidak dibayar semasa penahanan kerjanya tidak boleh dibayar sehingga prosiding jenayah atau tatatertib dengan tujuan untuk membuang kerja atau menurunkan pangkatnya telah diselesaikan dan suatu keputusan telah dibuat berkaitan dengan emolumen itu.

v. Jika pegawai dibebaskan daripada pertuduhan jenayah, atau telah dilepaskan tetapi pelepasan itu tidak terjumlah kepada suatu pembebasan atau telah dibebaskan daripada apa-apa pertuduhan tatatertib, mana-mana bahagian emolumennya yang tidak dibayar kepadanya semasa pegawai itu telah ditahan kerja hendaklah dibayar kepada pegawai berkenaan.

46. Penggantungan Kerja
i. Pihak Berkuasa Tatatertib mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat hendaklah menggantung pegawai daripada menjalankan tugasnya jika;
a. pegawai itu disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah; atau
b. suatu perintah tahanan atau sekatan yang dinyatakan telah dibuat atau dikenakan keatas pegawai itu.

ii. Tarikh penggantungan kerja bermula dari tarikh sabitan atau tarikh kuatkuasa perintah tahanan atau sekatan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

iii. Pegawai yang digantung menjalankan tugasnya:
a. tidak boleh menerima apa-apa bahagian emolumennya yang tidak dibayar semasa penahanan kerjanya.
b. tidak dibenarkan menerima apa-apa emolumen dari tarikh penggantungan kerjanya.

iv. Suatu keputusan untuk menggantung kerja pegawai itu hendaklah dimaklumkan kepadanya secara bertulis.



Penamatan Demi Kepentingan Awam

49. Penamatan demi kepentingan awam
i. Kerajaan boleh minta laporan Ketua Jabatan terhadap tatakelakuan pegawai jika kerajaan mendapati perkhidmatannya wajar ditamatkan.

ii. Jika Kerajaan puas hati terhadap laporan, Kerajaan boleh tamatkan perkhidmatan pegawai itu mulai dari tarikh yang ditentukan kerajaan.

iii. Sah di sisi undang-undang bagi untuk mengesyorkan kepada Kerajaan bahawa seseorang pegawai itu ditamatkan demi kepentingan awam walaupun prosiding tatatertib belum dijalankan; dan Kerajaan boleh dengan demikian menamatkan perkhidmatan pegawai tersebut.

iv. Apabila menamatkan perkhidmatan mana-mana pegawai demi kepentingan awam di bawah peraturan ini, pegawai itu boleh tidak diberikan apa-apa peluang untuk didengar dan pegawai yang perkhidmatannya telah ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan ini tidak boleh, bagi maksud Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan, dianggap telah dibuang kerja, tidak kira samada penamatan perkhidmatan pegawai itu melibatkan suatu elemen hukuman atau yang berkaitan dengan kelakuan berhubungan dengan jawatannya yang Kerajaan menganggap tak memuaskan atau patut disalahkan.



BAB E: Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan

Peristilahan:

Pegawai Perumahan:
Pegawai yang dilantik bagi menguntukkan rumah-rumah kediaman kerajaan, atau yang disewa oleh kerajaan, termasuk seorang Ketua Jabatan, bagi rumah-rumah Khas Jabatan.

Rumah biasa kerajaan:
Mana-mana rumah kerajaan selain daripada rumah Khas Jabatan dan rumah Khas Jawatan.

Rumah Khas Jabatan:
Rumah yang Jabatan bina khas untuk kediaman pegawainya yang perlu sentiasa berada dekat tempat kerja.

Rumah Khas Jawatan:
Rumah khas untuk kediaman pemegang jawatan tertentu yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Rumah-rumah kediaman yang disediakan oleh kerajaan:
a. Kerajaan tidak jamin dapat sedia rumah untuk semua pegawai.
b. Bagi rumah sedia ada, Ketua Jabatan boleh arah pegawai diami rumah itu ikut kepentingan perkhidmatan.
c. Rumah Khas Jabatan ialah untuk pegawai yang dikehendaki tinggal berhampiran dengan tempat kerja.
d. Rumah Khas Jawatan hanya untuk Pegawai Tingkatan Utama, KSU Negara dan jawatan tertentu sahaja.
e. Rumah biasa kerajaan untuk pegawai yang bertugas di kawasan yang terpencil jika tiada rumah sewa yang sesuai.
f. Rumah kerajaan yang kosong boleh disewa oleh pegawai yang bekerja di kawasan berkenaan.
g. Rumah kediaman di luar negeri untuk yang bekerja di Kedutaan atau Pejabat Kerajaan Malaysia di negara itu.
h. Pegawai boleh diarah berkongsi rumah kerajaan apabila timbul satu-satu keadaan yang diperlukan.
i. Kerajaan boleh arahkan pegawai kosongkan rumah untuk sesuatu tujuan dengan diberi notis 1 bulan.
j. Rumah yang diuntukkan kepada pegawai jika tidak didiami dalam tempoh 30 hari, boleh ditarik balik untuk diberi kepada pegawai lain.

Tanggungjawab penghuni rumah kerajaan:
a. Tidak boleh renovation, extension dan sebagainya.
b. Jangan rosakkan mana-mana bahagian dan perabotnya.
c. Tidak boleh disewa kepada orang lain.
d. Untuk kediaman pegawai, keluarga dan orang gajinya sahaja.
e. Dilarang bercucuk tanam/ berternak di kawasan rumah.
f. Jaga kebersihan rumah dan kawasannya.
g. Laporkan sebarang kerosakan kepada JKR. Jika tidak lapor, pegawai kena bayar kos pembaikan.
h. Jika rosak sebab penghuni sendiri, kena bayar juga.
i. Bil-bil air, elektrik dan telefon tanggungan sendiri.

Prosedsur masuk dan keluar rumah kerajaan:
a. Isi borang khas JKR untuk masuk dan tandatangan penerimaan barang/ perkakas/ peralatan/ perabot yang ada di dalamnya.
b. Isi borang dan lapor kepada Pegawai Perumahan dan Ketua Pejabat sebagai maklumat untuk pemotongan gaji (sewa rumah kerajaan).
c. Apabila hendak keluar, isi borang dan lapor kepada JKR dan Pegawai Perumahan tidak kurang daripada 14 hari sebelum keluar.

Sewa mes dan asrama:
Mes:
a. Pegawai Kanan (termasuk Inspektor Polis) = RM 7.50 sebulan
b. Pegawai Rendah = RM 5.00 sebulan

Asrama:
a. Pegawai Kanan (jururawat dan ke atas) = RM 7.50 sebulan
b. Pegawai Rendah = RM5.00 sebulan
(spt. penolong jururawat dsb)

Sewa rumah kerajaan:
a. Pegawai yang diami rumah kerajaan/ rumah yang disewa khas oleh kerajaan dalam/ luar negeri perlu bayar sewa, termasuk perabot (jika dilengkapkan).
b. Pegawai yang diuntukkan Rumah Khas Jawatan, bayar separuh sewa.
c. Yang tidak perlu bayar sewa rumah kerajaan:
i. Pegawai Tingkatan tertinggi “A” ke atas.
ii. Ahli bomba hingga Pegawai Bomba Tingkatan 1.
iii. Wader, Pegawai Penjara hingga Pegawai Besar.
iv. Pegawai yang dikehendaki diami Rumah Jabatan.
d. Sewa bermula pada hari masuk, dibayar dengan potongan gaji.
e. Pegawai yang diarah berkongsi rumah kerajaan, bayar sama banyak.

Sewa rumah kerajaan:
a. Pegawai diami rumah kerajaan kelas tinggi daripada yang ia layak (kerana ada kekosongan), bayar sewa ikut kelas layak.
b. Pegawai diami rumah kerajaan kelas lebih rendah daripada yang ia layak (kerana tiada rumah yang ia layak), bayar ikut kelas rumah yang didiaminya itu.
c. Pegawai yang diami rumah yang bukan kelas ia layak, akan diarah pindah apabila ada rumah yang ia layak, jika ingkar, kena bayar sewa 2 kali ganda.
d. Pegawai beli rumah dengan pinjaman perumahan kerajaan, tapi masih diami rumah kerajaan, kena bayar sewa 2 kali ganda.
e. Kecuali:
i. Mereka yang diami rumah kerajaan dengan percuma atau,
ii. Rumah yang dibeli dengan pinjaman kerajaan itu terletak jauh daripada tempat kerja.

Pengurusan bangunan-bangunan pejabat kerajaan:
a. Terletak di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri.
b. Jagaan/ seliaan di bawah Ketua Jabatan yang pejabatnya terletak di bangunan itu.
c. Urusan pembaikan, pindaan, ubahsuai, cat semula, gantian dan sebagainya oleh JKR setelah dipohon/ dilapor oleh Ketua Jabatan.
d. Tanggungjawab Ketua Jabatan terhadap bangunan pejabat kerajaan:
i. Menjaga kebersihan bangunan, peralatan dan kawasannya.
ii. Melaporkan sebarang kerosakan.
iii. Mencadangkan pengubahsuaian jika dipelukan.


BAB F: Perubatan

Peristilahan:

1. Doktor prevet:
Doktor perubatan/ pergigian yang berdaftar tetapi tidak berkhidmat dengan kerajaan.

2. Hospital:
a. Hospital Kerajaan
b. Hospital Universiti
c. Klinik Kerajaan
d. Yayasan-Yayasan Perubatan Persekutuan

3. Keluarga Pegawai:
a. Isteri/ suami pegawai
b. Anak-anak sendiri, anak tiri, anak angkat berdaftar
c. Janda/ balu pegawai yang belum berkahwin lain

4. Doktor Panel:
Doktor prevet yang sijil sakit (MC)nya diiktiraf kerajaan

5. Lembaga Perubatan:
a. Dibentuk oleh Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau oleh Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan.
b. Ahli-Ahli Lembaga:
i. Tidak kurang daripada 2 orang pegawai perubatan
ii. Salah seorang daripadanya pakar penyaakit yang berkaitan dengan kes
iii. Dalam keadaan tertentu, doctor prevet juga boleh dilantik jika cukup syarat

6. Pegawai Perubatan:
Doktor Perubatan/ Pergigian berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, termasuk yang berkhidmat dengan Hospital Universiti dan Angkatan tentera Malaysia.

Kandungan Bab F

1. Rawatan perubatan untuk pegawai dan keluarganya:
a. Pegawai/ keluarga dapat rawatan, ubat, bekalan alat-alat ortopedik dan anggota palsu percuma di hospital/ klinik kerajaan (tidak termasuk gigi palsu).
b. Mesti dapatkan rawatan di hospital/ klinik kerajaan yang terdekat. Jika pegawai perubatan/ pergigian tempatan sahkan ia perlu ke hospital/ klinik di tempat lain, boleh tuntut elaun perjalanan.
c. Rawatan dengan doctor prevet tanggung sendiri, termasuk bayaran perundingan (jika ada kes).
d. Pegawai wanita/isteri pegawai bersalin di tempat lain daripada hospital/ klinik kerajaan dan dirawat oleh pegawai perubatan, akan dikenakan bayaran kecuali di atas nasihat pegawai perubatan supaya bersalin di rumah.
e. Pegawai/ keluarga yang Lembaga Perubatan sahkan ia perlu dirawat di luar negeri, boleh ditimbangkan oleh Jemaah Pegawai untuk dirawat di luar negeri dengan belanja kerajaan, termasuk belanja seorang lain yang mengiringinya.
f. Jemaah Pegawai:
i. Ketua Setiausaha Negara
ii. Ketua Setiausaha Perbendaharaan
iii. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
iv. Ketua Pengarah Kesihatan
g. Pesara/ keluarga juga layak dapat semua kemudahan seperti di atas. Begitu juga keluarga pegawai yang telah meninggal (samada meninggal semasa berkhidmat atau semasa sudah bersara, asalkan ia telah masuk ke skim berpencen).


2. Lembaga Perubatan dirujuk apabila:
a. Pegawai masih tidak sihat setelah cuti-cuti sakitnya sudah habis.
b. Pegawai perubatan sahkan tiada harapan boleh sembuh.
c. Telah bercuti sakit 45 hari setahun selama 3 tahun berturut-turut.
d. Pegawai diragui tentang kesihatan fizikal/ otaknya.
e. Pegawai tercedera ketika bertugas.
f. Penyakit tibi, kusta dan barah.
g. Pegawai/ keluarga yang perlukan rawatan di luar negeri sebab ketiadaan rawatan untuk penyakitnya di Malaysia.
(Laporan Lembaga Perubatan dihantar kepada Ketua Jabatan dan Kuasa tertentu yang perlukannya.

3. Pegawai/ keluarga masuk wad:
a. Walaupun rawatan/ ubat percuma, masuk wad kena bayar.
b. Masuk wad percuma untuk:
i. Yang mengidap penyakit merebak
ii. Masuk wad hospital di luar ibupejabat sebab cedera/ sakit masa bertugas di luar ibupejabat.
iii. Anak pegawai masuk wad sebagai murid sekolah (untuk wad kelas 2 sahaja).
iv. Pegawai Perkhidmatan Kesihatan/ Perubatan sendiri, (termasuk yang bertugas di Hospital Universiti, Hospital Tentera dan di klinik/ hospital kerajaan).
v. Pelatih di bawah Kementerian Kesihatan.
vi. Pegawai Bahagian ‘iv’ yang bergaji di bawah RM 360
vii. Pesara yang pencennya tidak melebihi RM 180

4. Bayaran wad:
a. Kadar bayaran wad adalah sama bagi pegawai dan keluarga.
b. Masuk wad 12 jam dikira sebagai 1 hari.
c. Masuk wad kelas lebih tinggi atau lebih rendah daripada yang dilayaki, kena bayar ikut kadar kelas yang dimasuki.
d. Pegawai kena kemukakan Surat Akuan Pejabatnya ketika hendak masuk wad.
e. Bayaran wad cara potongan gaji setelah keluar wad.


BAB G: Waktu Bekerja Lebih Masa

1. a. Kerja siang:
Giliran bertugas tambahan antara 6.00 pagi hingga 10 malam.
b. Kerja malam:
c. Kerja Kecemasan:
Sebarang tugas yang diistiharkan oleh Ketua Jabatan sebagai tugas kecemasan yang memerlukan tenaga pekerja lebih daripada biasa, misalnya memulihkan semula perhubungan/ perkhidmatan penting yang terputus/ terganggu.

Kandungan Perintah Am Bab “G”

2. Waktu bekerja:
a. Hari penuh: 8.00 – 4.00ptg ini
b. Hari separuh: 8.0 pagi-1245 tengahari
i. Khamis – Kedah, Kelantan dan Terengganu
ii. Sabtu - Negeri-negeri lain
c. Waktu makan:
i. 12.15 tgh – 2.00 petang (hari penuh selain Jumaat)
ii. 12.15 tgh – 2.45 petang (Jumaat di Semenanjung).
iii. 11.30 pagi – 2.00 petang (Jumaat di Sabah/Sarawak)
d. Jumaat – Pegawai Islam boleh keluar mulai 12.00 tghari.
e. Pejabat yang perlukan waktu bekerja yang berlainan mesti pohon kebenaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
f. Waktu bekerja bukan pejabat:
i. Kerja bersambung : 8 jam sehari
ii. Kerja tidak bersambung : 12 jam sehari

3. Pegawai yang layak dapat bayaran lebih masa:
a. Semua pegawai dalam kumpulan sokongan kecuali anggota polis, bomba, penjara dan tentera.
b. Meliputi semua jenis tugas seperti perkhidmatan kaunter, pemerosesan, penyeliaan dan pengawasan.

4. Syarat-syarat dapat bayaran lebih masa:
a. Kerja-kerja kecemasan
b. Kerja mustahak yang tidak boleh ditangguhkan
c. Kerja yang perlu buat lebih daripada bidang tugas biasa
d. Kerja yang perlu diuruskan dalam jangkamasa terhad
e. Tinggal di atas panggilan (stanby)

5. Tempoh waktu bayaran lebih masa:
Masa menjalankan tugas di luar waktu bekerja biasa, termasuk masa perjalanan dari rumah/ pejabat ke tempat bertugas (pergi dan balik).

6. Formula bagi mengira bayaran lebih masa untuk satu jam:

Gaji sebulan x 12
313 x 8

7. Pegawai-pegawai lain dan situasi–situasi yang melayakkannya menuntut elaun lebih masa:
a. Kumpulan Perkeranian dan Teknik, Kakitangan Rendah/ Buruh Kasar yang dipanggil bertugas lebih daripada masa bekerja biasa setiap hari, termasuk hari minggu/ hari kelepasan am yang melebihi 14 hari berturut-turut, layak mendapat bayaran lebih masa mulai hari ke-15.
b. Juruteknik. (kecuali Tingkatan Tertinggi/ Khas) dan pegawai lain yang setaraf boleh dapat bayaran lebih masa apabila menyelia pekerja sambilan atau buruh kontrak yang lebih masa bertugas biasa.
c. Pegawai-pegawai lain boleh dapat bayaran lebih masa jika diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    Mohon pencerahan tentang perintah am bab c 41. Adakah pekerja swata juga temaktub dlm akta ini. Mohon bantuan utk pencerahan

    ReplyDelete