Sunday, October 4, 2009

Sejarah Malaysia

SOSIO-EKONOMI PENDUDUK BUMIPUTERA SEBELUM BRITISH


SEMENANJUNG

Pola penempatan orang Melayu tertumpu di kawasan pantai, muara dan lembah sungai, kerana mereka tertumpu kepada aktiviti perikanan dan pertanian. Masyarakat Melayu dipengaruhi sistem feudal (Sistem pemerintahan) raja atau sultan

SARAWAK

Bumiputera Sarawak tinggal di persisiran pantai. Kawasan subur antara lembah sungai dan perbukitan. Aktiviti utama menangkap ikan, menanam padi sawah, pertanian pindah, berburu dan mencari hasil hutan.

SABAH

Suku Dusun-Kadazan merupakan golongan petani yang mendiami kawasan dataran dan tanah subur di lembah sungai. Suku Murut tinggal di pedalaman mengusahakan tanaman pindah. Kaum Bajau tinggal di pinggir pantai menjadi pelaut

KEDATANGAN IMIGRAN DARI CHINA DAN INDIA

SEBELUM IMIGRAN BESAR-BESARAN

· Melaka telah dijajah Eropah bermula dengan Portugis (1511), Belanda (1641) dan Inggeris (1786) – pembukaan Pulau Pinang.
· Pada awal kurun ke 19, lebih 90% penduduk Semenanjung Tanah Melayu (termasuk Singapura) didiami oleh orang Melayu.
· Sebelum 1820 lombong-lombong bijih timah di Tanah Melayu dimiliki oleh pembesar Melayu


KEDATANGAN KAUM IMIGRAN DI SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK.

Kedatangan Imigran Cina

· Dasar ekonomi dan pentadbiran Inggeris telah menggalakkan kedatangan beramai-ramai imigran cina. Inggeris menggalakkan imgran cina mengusahakan bijih timah.

· Faktor penghijrahan orang Cina:
1. Keadaan huru-hara di negara China.
2. Bencana Alam
3. Pengaruh keluarga yang telah berpindah
4. Galakan daripada orang Inggeris (Undang-undang Imigran melindungi buruh Cina)


Kedatangan Imigran India

· Kedatangan Imigran India ke Tanah Melayu secara beramai-ramai bermula tahun 1840-an.

· Inggeris mengambil buruh India untuk bekerja di ladang tebu dan kopi.

· Antara tahun 1911 –1931 Imigran India lebih banyak masuk dengan munculnya perusahaan getah.

· Sistem ‘Kangany’ diperkenalkan oleh Inggeris untuk membawa buruh India masuk ke Tanah Melayu.

· Orang-orang India bekerja di ladang-ladang getah yang dimiliki oleh Inggeris.

KESAN IMIGRAN TERHADAP SOSIO-EKONOMI
(Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

1. Wujudnya masyarakat berbilang kaum
· Komposisi penduduk berubah awal kurun ke 19, lebih 90% penduduk ialah Bumiputera.
· 1931 – Bumiputera hanyalah 45% sahaja.

2. Pemisahan Kaum melalui Penempatan
Tumpuan orang cina di kawasan Bandar dan lombong
Orang Melayu di kawasan pertanian di kampung/ luar Bandar
Orang India tinggal di kawasan ladang getah
3. Pemisahan melalui kegiatan Ekonomi
· Tumpuan kerajaan Inggeris ialah kepada sektor ekonomi eksport dan komersial (getah dan timah). Dengan itu kaum Cina dan India diutamakan untuk kegiatan tersebut.
· Sektor pertanian padi diabaikan.

4. Pemisahan Melalui Pendidikan
· Sukatan pelajaran kaum imigran berteraskan negara asal.
· Sistem persekolahan dipisahkan dari aspek lokasi dan kurikulum.
· Sistem pendidikan Orang Melayu hanyalah sekadar menjadikan mereka boleh membaca dan mengira untuk mengambil alih tugas ibubapa mereka sebagai petani.

5. Pemisahan Pembangunan
· Tumpuan pembangunan di kawasan bandar (bandar baru & sistem pengangkutan), manakala kawasan luar bandar diabaikan
PERPADUAN NEGARA

KONSEP PERPADUAN
Satu proses mewujudkan ‘satu’ identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

PERPADUAN WILAYAH
Mengandungi pembangunan sosio-ekonomi antara negeri-wilayah yang maju dan kurang maju.

PERPADUAN EKONOMI
Pengkongsian ekonomi yang sama rata di antara kaum. Penggubalan DEB dan DPN untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

PERPADUAN PENDIDIKAN
Semua rakyat dapat menikmati kemudahan pendidikan yang sama dan mewujudkan perpaduan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.

PERPADUAN KEBUDAYAAN
Mencapai perpaduan melalui program-program kebudayaan. Dasar kebudayaan kebangsaan (1971) digubal untuk tujuan perpaduan.

PERPADUAN SOSIAL
Proses pencapaian perpaduan melalui kemudahan sosial seperti pendidikan, perumahan, kesihatan, air, elektrik dan lain-lain untuk semua rakyat.


MASALAH PERPADUAN DI MALAYSIA

Faktor

1. Pengasingan Petempatan
2. Pengasingan Agama
3. Pengasingan Sistem Pendidikan
4. Akhbar Bahasa Mengikut Kaum
5. Persatuan Untuk Satu-satu Kaum
6. Pengaruh Politik
7. Kesan Pemerintahan Jepun
8. Dasar ‘pecah’ & ‘perintah’ Inggeris
9. Tragedi 13 Mei 1969.

Pengajaran Peristiwa 13 Mei

· Kerosakan harta benda dan nyawa.
· Perintah berkurung
· Keuntungan kepada musuh (komunis)
· Perlunya perpaduan nasional
· Keadilan ekonomi antara kaum
· Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PERPADUAN NEGARA

1. RUKUN NEGARA
2. DASAR EKONOMI BARU
3. INTEGRASI NASIONAL





SEJARAH EKONOMI MALAYSIA



LATAR BELAKANG EKONOMI MALAYSIA


ZAMAN SEBELUM PERANG

· Perkembangan ekonomi negara terkenal semenjak zaman kegemilangan kesultanan Melaka hingga menarik minat kuasa penjajah untuk menaklukinya. Perkembangan ini berterusan sehingga kedatangan penjajah Inggeri
· Penglibatan British dalam ekonomi negara hanya untuk kepentingan mereka.
· Kegiatan ekonomi tertumpu di kawasan yang ada sumber kekayaan terutama di Barat Semenanjung.
· Kesannya, negara mewarisi struktur ekonomi ‘dualisme’.
· ‘Dualisme’ – ekonomi yang bersifat moden dan pesat membangun di ladang-ladang, lombong-lombong dan perdagangan sementara ekonomi yang bersifat tradisional cukup hidup dan bertumpu di luar bandar.
· Kesan pemerintahan Inggeris yang lebih serius ialah perkembangan masyarakat ‘plural’ melalui amalan ‘pecah dan perintah’.
· Perbezaan kebudayaan, agama, pelajaran dan pekerjaan di antara orang Melayu dan bukan Melayu bertambah buruk dan jurang ekonomi antara kaum bertambah besar
· Kaum Melayu bergerak di bidang pertanian di lura bandar dan kaum bukan Melayu di bidang sektor moden di kawasan bandar.

FAKTOR-FAKTOR PERUBAHAN EKONOMI

· Modal besar dlm. Bidang pelaburan
· Penggunaan teknologi moden
· Kajian tanaman baru
· Sistem pengurusan cekap & teratur
· Tenaga buruh ramai
· Kemudahan perhubungan
· Keperluan bahan mentah (Revolusi)
· Penggunaankapal wap – lebih muatan
· Pembukaan Terusan Suez
· Kerjasama pembesar tempatan
· Sistem pentadbiran stabil (British)
· Ekonomi tempatan berkait rapat dengan ekonomi a/bangsa.




FAKTOR PERKEMBANGAN PERUSAHAAN BIJIH TIMAH

· Pelaburan besar orang Eropah dan Cina.
· Buruh asing yang ramai dan murah
· Pemintaan meningkat kerana perkembangan perusahaan mengetin
· Penggunaan teknologi moden (kapal korek)
· Sistem pengangkutan baik
· Kestabilan politik di negeri Melayu


FAKTOR-FAKTOR ORANG CINA MENJADI PENGELUAR TERBESAR TIMAH (1880an-1912)

· Buruh yang murah dari negara China.
· Hak Pajakan cukai menjual candu dan membuka kedai judi. Memudahkan pengawalan buruh
· Teknik perlombongan yang mudah (lombong dedah)
· Syarikat Eropah banyak ditutup – kerugian – tiada saingan.


FAKTOR PERTAMBAHAN PENGELUARAN BIJIH TIMAH (PELOMBOMG EROPAH)SELEPAS 1912

· Pengenalan Kapal Korek
· Modal besar (penjualan saham)
· Dasar penjajahan British di Tanah Melayu memihak kepadanya.
· Akta Perlombongan (1895) – kelebihan pada teknologi moden
· Pelaburan di negara lain – Syarikat lebih cekap dalam bidang pentadbiran dan pengurusan kewangan.
· Maju dalam industri peleburan


KESAN PERUSAHAAN TIMAH
· Peluang pekerjaan – tingkat pendapatan
· Bilangan penduduk bertambah – kedatangan buruh cina
· Wujud masyarakat berbilang kaum
· Muncul bandar-bandar perlombongan (KL, Taiping)
· Wujud kilang peleburan timah
· Taraf hidup meningkat
· Peningkatan kemudahan infrastruktur (jalan raya/k.api/pelabuhan /sekolah dll)

EKONOMI SELEPAS MERDEKA

· Sejak merdeka, kerajaan beri perhatian kepada pembangunan luar bandar.
· Kemerosotan harga getah akibat persaingan getah tiruan mendedahkan kelemahan struktur asas ekonomi negara yang hanya bergantung kepada beberapa jenis keluaran sahaja. (getah dan timah)
· Strategi mempelbagaikan asas ekonomi negara telah dilaksanakan
· Kemajuan yang dicapai dalam bidang pertanian, perusahaan, kemudahan awam dan perkhidmatan, pertumbuhan ekonomi berada pada paras 6% setahun dalam tahun 1960-an.
· Ini melebihi matlamat pembangunan negara-negara membangun dalam dekad Kedua Pembangunan yg ditetapkan oleh Bank Dunia.
· Pertumbuhan ekonomi yang tinggi tersebut tidak cukup mengubah struktur sosio-ekonomi yang diwarisi dari penjajah.
· Tiada berlaku perubahan institusi serta struktur untuk mengurang pertumbuhan dualisme dengan berkesan serta masalah yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah.
· Semua dasar tidak dapat mengurangkan pengangguran, pengagehan pendapatan dan pengurangan kemiskinan.
· Pada awal dekat 1970-an hampir separuh seluruh isi rumah di Semenanjung Malaysia adalah miskin. (86%) dari luar bandar.
· Perubahan yang berlaku dalam senario politik tahun 1969 penguat semangat untuk menggubal dasar mengubah struktur sosio-ekonomi yang diwarisi.
· Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan (1970) untuk membetulkan keadaan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kumpulan ethnik di negara ini.
· Matlamat DEB: Mencapai perpaduan negara melalui dua strategi penting iaitu membasmi kemiskinanan dan menyusun semula masyarakat.

MEMBASMI KEMISKINAN

Langkah-langkah

1. Meningkatkan pengeluaran bahan pertanian dengan menyediakan kemudahan parit dan tali air (penanaman padi 2X setahun)
2. Memberi benih tanaman yang bermutu tinggi.
3. Proses pemasaran yang lebih cekap dengan kemudahan kredit.
4. Bantuan kewangan
5. Menggalakkan perusahaan dan perniagaan kecil.
6. Meningkatkan pengeluaran perikanan.
7. Membuka lebih banyak projek tanah – FELDA
8. Kemudahanan perkhidmatan sosial (kesihatan, bekalan air, elektrik, rumah kos rendah dll)






PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

Langkah-langkah

1. Memodenkan kawasan luar bandar

2. Pelajar bumiputera diberi biasiswa

3. Pemilikan saham dalam syarikat swasta.

4. Menubuhkan beberapa agensi bagi menambah penyertaan modal kaum bumiputera dalam syarikat – PNB, PERNAS.

5. Pembangunan Wilayah – UDA

6. MARA – pinjaman kewangan


PENCAPAIAN DASAR EKONOMI BARU

· Mengirangkan kadar kemiskinan (49.3% pada tahun 1970) kepada (18.4% pada tahun 1990)

· Bilangan isi rumah miskin berkuranagan 40%

· Kadar kemiskinan di luar bandar menurun sebanyak 36.4% iaitu dari 58.7% pada tahun 1970 kepada 22.4% pada tahun 1987.

· Pembukaan tanah baru dibuat secara besar-besaran

· Projek Halacara Baru menggalakkan kampung menjalankan industri kecil dan aktiviti pertanian secara komersial.

· Taraf kesihatan dan pendidikan meningkat kepada 95% daruipada 68% pada tahun 1970.

· Penglibatan penduduk bumiputera dalam bidang bukan pertanian menggalakkan.

· Pemilikan saham bumiputera dalam syarikat agak kurang menggalakkan. Hanya 19.4% pada tahun 1988 daripada 17% pada tahun 1970.

· Pelaburan perseorangan bumiputera meningkat khususnya dalam ASN

PERBEZAAN DAN PERIMBANGAN KEDUDUKAN EKONOMI

Sistem ekonomi Malaysia yang diamalkan hingga hari ini ialah Sistem Perusahaan Bebas. Namun kerajaan memainkan peranan aktif dalam perancangan ekonomi dan pembantu pembangunan ekonomi

PERTUMBUHAN EKONOMI

Kadar Purata Keluaran Dalam Neagara Kasar (KDNK) Rancangan 5 tahun
(1956 –1990)

1956-60
1961-65
1966-70
1970-75
1976-80
1981-85
1986-90
4.1
5.0
5.4
8.0
8.6
5.2
6.9


PERANAN SEKTOR EKONOMI

· Sektor Pertanian
· Sektor Perlombongan
· Sektor Perkilangan
· Sektor Perkhidmatan
· Sektor Pembinaan

Komposisi KDNK Mengikut Sektor

Sektor
1960
1970
1980
1990
Pertanian
Perlombongan
Perkilangan
Pembinaan
Peerkhidmatan
34
7
5
3
51
32
12
6
4
46
23
10
20
4
43
19
10
27
4
40


FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN KETEGUHAN EKONOMI MALAYSIA UNTUK MENCAPAI STATUAS MAJU

EKONOMI MALAYSIA 2020

· Pertambahan KDNK lapan kali ganda 1990: RM115 bilion kepada 2020 RM 920 bilion.
· Pendapatan berkapita empat kali ganda RM 6,180 kepada RM26,000 (2020)
· Sektor pembuatan menyumbang 40% kepada KDNK
· Sektor perkhidmatan menyumbang 50% kepada KDNK
· Mencapai era ‘post industrial’ selepas 2020

BAGAIMANA MENCAPAINYA?

· Sistem politik ekonomi dan keadilan sosial yang stabil dan cekap
· Membentuk Ekonomi yang berdaya saing





EKONOMI YANG BERDAYA SAING

1. Ekonomi yang pelbagai dan seimbang
2. Ekonomi yang tangkas dengan kekuatan sendiri.
3. Ekonomi yang cekap teknologinya.
4. Ekonomi yang mempunyai sistem rangkaian dan industri yang mantap dan bersepadu.
5. Ekonomi yang menggunakan kuasa pemikiran, kemahiran dan kesungguhan serta mengusai maklumat mengenai apa yang perlu dilakukan.
6. Ekonomi yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi.
7. Ekonomi keusahawanan yang bersifat berdikari, berpandangan jauh dan berdaya usaha.
8. Ekonomi yang berkekalan dibentuk melalui etika kerja yang boleh dipatuhi.
9. Ekonomi yang bercirikan kadar inflasi dan kos sara hidup yang rendah.
10. Ekonomi yang dikawal oleh disiplin yang mantap





SEJARAH POLITIK MALAYSIA


TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

1. Selepas Jepun menyerah kalah, British datang semula ke Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945.
2. Kerajaan sementara ditubuhkan, dikenali sebagai dengan nama British Military Administration (BMA) atau Pentadbiran Tentera British.
3. Pada 31 Mac 1946, Malayan Union (MU) diperkenalkan untuk menggantikan BMA.
4. MU menyatukan 3 jenis pentadbiran yang diperkenalkan sebelum penaklukan Jepun iaitu:

(a) Negeri-negeri Selat (Singapura, Pulau Pinang & Melaka)
(b) Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan)
(c) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan, Johor dan
Terengganu.

5. Ketiga-tiga pentadbiran ini disatukan di bawah satu pentadbiran pusat.
6. MU terbentuk hasil tipu muslihat British melalui wakilnya, Sir Harold McMichael yang telah datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan persetujuan melalui ugutan dan paksaan terhadap raja-raja Melayu untuk menandatangani surat penubuhan MU.
7. Dalam tempoh dua bulan. McMichael telah mendapatkan tanda tangan 9 orang Raja/Sultan.
8. MU ditubuhkan pada 1 April 1956 dengan Sir Edward Gent menjadi Gabenor yang pertama.
9. Perlembagaan MU menegaskan
Sesiapa yang lahir di Tanah Melayu akan menjadi warganegara secara automatik.
Semua warganegara mendapat hak yang sama
Singapura diasingkan pentadbirannya dan dijadikan Crown Colony.
Gabenor British sebagai Ketua MU mempunyai kuasa yang luas.
Kuasa raja-raja Melayu dihadkan.
10. Orang Melayu menentang penubuhan MU. Antara sebab penentangan:
Pemberian taraf warganegara kepada semua amat merugikan orang Melayu.
Penubuhan MU tidak dirundingkan dan dirahsiakan kepada rakyat.
Raja-raja diberi masa berfikir yang singkat dan dipaksa turunkan tanda-tangan.
Raja-raja Melayu akan kehilanagan kuasa, taraf dan martabat.

11. Akibat daripada penentangan:
Orang Melayu mengadakan tunjuk perasaan beramai-ramai
Tercetusnya semangat nasionalisme Melayu
Dato Onn Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung (PMS) pada tahun 1946.
Persatuan-persatuan Melayu tubuhkan Kongres untujk menentang MU. Kongres ini diketuai oleh Dato Onn Jaafar, kemudian membawa kepada penubuhan UMNO untuk menentang Malayan Union.
Raja-raja Melayu memulaukan upacara perlantinan gabenor Malayan Union.
Bekas pegawai British juga menentang penumbuhan Malayan Union.
Akhirnya, British membatalkan penubuhan Malayan Union.

12. Reaksi kepada penentangan dan akibat penubuhan MU
Pada Julai 1946, satu jawatankuasa baru dibentuk British untuk merangka perlembagaan baru Tanah Melayu yang dianggotai wakil-wakil raja, wakil UMNO dan wakil British. Jawatankuasa kemukakan tiga perkara:
Ø Kekalkan hak keistimewaan Melayu
Ø Ketatkan hak kewarganegaraan
Ø Mencadangkan prnubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM)
· British juga tubuhkan jawatankuasa perunding untuk dapatkan pandangan orang bukan melayu.
· Orang bukan Melayu menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) pada 22 Disember 1946 yang dikelurakan Tan Cheng Lok.


Perkembangan Parti Politik Seterusnya:

Ø AMCJA kemukakam 3 prinsip:
o Tanah Melayu bersatu termasuk Singapura
o Kerajaan dipilih oleh rakyat
o Permastautin tetap diberikan kerakyatan
Ø AMCJA akan tunjuk perasaan
Ø Tertubuh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
Ø PUTERA adalah gabungan:
o Angkatan Pemuka Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam
o Parti Kebangsaan Malay (PKM) pimpinan Ishak Haji Mohamnad dan Dr. Burhanuddin Al Helmi
o Abgkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh.
Ø PUTERA berhaluan kiri menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Ø Apabila Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu siap digubal, orang-orang bukan melayu membantah.
Ø Dewan perniagaan Cina mengadkan hartal, semua kedai dan perniagaan cina ditutup.
Ø AMCJA dan PUTERA menyokong bantahan itu, kedua-duanya membentuk sebuah perikatan (Mac 1947)
Ø Walaupun bersatu, masing-masing mementingkan kaum sendiri.
Ø British enggan berunding dengan mereka.
Ø British meneruskan keputusan menandatangani perjanjian dengan Raja-raja, Februari 1946. Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan.


PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

§ Terdiri daripada 9 buah negeri, Singapura, Pulau Pinang dan Melaka diasingkan sebagai Crown Colony.
§ Mengandungi Majlis Perundingan Persekutuan.
§ Ahli Majlis
o 75 orang
o Kebanyakan Melayu
o Dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
§ Pesuruhjaya Tinggi ialah Ketua Kerajaan dan Presiden Majlis Perundangan.
§ Pesuruhjaya dibantu oleh Majlis Eksekutif.
§ British kuasai pertahanan dan hal ehwal luar
§ Lebih banyak kuasa diberi kepada kerajaan negeri
§ Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu adalah satu kemenangan bagi UMNO
o Malayan Union dihapuskan
o Kedaulatan Raja-raja dikekalkan
o Hak istimewa orang Melayu dikekalkan
o Penentuan kerakyatan dikekalkan
§ British bimbang berlaku ketegangan kaum lalu menubuhkan satu Jawatankuasa yang diwakili oleh semua kaum (1947)
§ Pengerusinya Thurrasingam, Ketua Persatuan Orang-orang Ceylon.

Penentangan

§ Parto Komunis Malaya (PKM) pimpinan Lai Teck menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
§ PKM memberontak (1948) dan darurat diistiharkan.
§ Kerajaan mengetatkan undang-undang untuk menentang komunis.
§ PKM ditubuhkan pada tahun 1930 bertujuan menggulingkan British dan mengambil alih kuasa.

DARURAT
§ Zaman Jepun , PKM disokong oleh British menentang Jepun.
§ British menubuhkan MPAJA yang dianggotai oleh ahli PKM
§ British melatih dan melengkapi senjata kepada mereka.
§ Selepas Jepun kalah, British datang semula dan membubarkan MPAJA, tetapi PKM terus berjuang menentang British dengan melancarkan mogok.
§ British bertindak keras, mengadakan undang-undang menghadkan kegiatan Kesatuan Sekerja dan mengharamkan PKM.
§ 1948, PKM di bawah Chin Peng memulakan pemberontakan bersenjata, Perang Gerila dan sebotaj untuk lumpuhkan ekonomi.


GERAKAN KOMUNIS

§ Melancarkan Perang Gerila
§ Musnahkan ladang getah, landasan keretapi, telefon, bekalan air.
§ Menyerang askar dan Balai Polis.
§ Mencari sokongan dengan menamakan pasukan Tentera Pembebasan Rakyat Malaya.
§ Tubuh Min Yuen (Pergerakan Rakyat)
§ Guna kekerasan ke atas orang ramai untuk dapat bekalan.






TINDAKAN BRITISH
Dapatkan bekalan askar Australia, New Zealand dan Gurkha.
Besarkan angkatan bersenjata, tubuhkan Special Corps (SC) dan Home Guard (Pegawai Kampung)
Adakan pemeriksaan di sekatan jalan raya.
Keluarkan kad pengenalan kepada yang berumur 12 tahun ke atas.
Rancangan Briggs:
Kumpul Penduduk terpencil untuk tinggal dalam kawasan berpagar yang dikawal.
Sekat hubungan orang ramai dengan komunis.
Catu makanan dab belian barangan secara berkupon.

SIR GERALD TEMPLER

Pesuruhjaya Tinggi British yang dilantik pada 1953
Pengganti Sir Edward Gurney yang mati ditembak komunis pada 1951.
Templer membawa masuk tentera dari negara-negara Komanwel.
Serangan dihebatkan dan kubu komunis di bom.
Melawat kampung-kampung dan berceramah kepada orang ramai.
Menawarkan hadiah jika berjaya menangkap dan membunuh komunis.
Komunis yang menyerah diri juga diberi hadiah.


RUNDINGAN BALING 1955

Tahun 1955, Chin Peng sedia untuk berunding.
Tahuntersebut pilihanraya diadakan, Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri.
28 – 29 Disember 1955 rundingan berlangsung di Baling, Kedah.
Wakil:
Tunku Abdul Rahman
David Marshal
Tun Tan Cheng Lock
Rundingan gagal kerana kerajaan enggan mengiktiraf PKM

TAMAT DARURAT

Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957
PKM tidak dapat lagi menggunakan cogankata anti British untuk mendapatkan sokongan rakyat.
31 Julai 1960 darurat selama 12 tahun diistiharkan tamat.


PERKEMBANGAN PARTI-PARTI POLITIK

UMNO

· Disusun semula oleh Dato’ Onn Jaafar untuk menentang Malayan Union
· Dato’ Onn cuba membuka UMNO kepada orang bukan Melayu
· Beliau juga mencadangkam dilonggarkan syarat kerakyatan kepada oeang bukan Melayu.
· Ramai ahli UMNO tidak bersetuju hasrat dan cadangan Dato’ Onn.
· Dato’ Onn meletak jawatan Presiden UMNO pada 1951 dan diganti oleh Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj.

PKTM

· Dato’ Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (PKTM)
· PKTM tidak mendapat sokongan ramai kerana orang Melayu menyokong UMNO, dan orang cina menyokong MCA
· 1952 Perikatan UMNI-MCA ditubuihkan menjelang pilihanraya untuk Majlis Bandar Kuala Lumpur.
· Perikatan UMNO-MCA bimbang PKTM akan memenangi Pilihanraya.
· Akhirnya Perikatan menang 9 dari 12 kerusi.
· Perikatan semakin mantap
· PKTM gagal membentuk parti pelbagai kaum kerana tidak mendapat sokongan orang Melayu dan orang Bukan Melayu.



MCA

· Ditubuhkan oleh Tun Tan Cheng Lock dan Leong Yeok Koh
· MCA bertujuan melindungi kepentingan ekonomi dan politik msayarakat cina di Tanah Melayu.
· MCA menunjukkan taat setia kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
· Berkerjasama dengan UMNO dan mendapat sokongan ramai.

MIC

· Ditubuhkan pada 1946, Presiden pertamanya ialah John Thivy
· MIC bertujuan melindungi hak-hak orang India di Tanah Melayu.
· Mulanya MIC menyertai AMCJA dan PKTM untuk menuntut kelonggaran syarat kewarganegaraan.
· Apabila Datok Onn bubarkan PKTM, MIC menyertai Perikatan pada tahun 1855.

PARTI NEGARA

· Setelah bubarkan PKTM, Dato’ Onn tu8buhkan Parti Negara dalam bulan Februari 1954
· Parti ini terbuka kepada semua kaum dan kaum Melayu yang paling ramai.
· Tujuan:
· Mencapai kemerdekaan dalam tempoh lima tahun
· Memperjuangkan perpaduan kebangsaan
· Mempertahankan kedudukan raja-raja Melayu
· Menjadikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.
· Parti Negara mengalami kegagalan dan tidak memenagi sebarang kerusi dalam pilihanraya tahun 1955.

PAS

· Ditubuhkan oleh haji Ahmad Fuad bin Hassan (1951) setelah keluar dari UMNO
· Tujuan:
· Menjadikan Islam sebagai agama rasmi
· Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
· Mengetatkan syarat-syarat kerakyatan.
· 1956, Dr. Burhanuddin Al Helmy menjadi Presiden PAS

PARTI BURUH

· Dipimpin oleh Mohd Sopie bin Sheikh Ibrahim
· Ditubuhkan pada 15 Mei 1957.
· Berhaluan kiri, mendapat sokongan daripada pekerja di bandar.
· Bergabung dengan Parti Rakyat menjadi Barisan Sosialis 1957
· Parti Rakyat pimpinan Ahmad Boestamam yang juga berhaluan kiri mendapat sokongan orang Melayu.
KE ARAH KEMERDEKAAN.

1. Peranan Parti Perikatan
· Berjanji:
- Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam tempuh 10 tahun
- Masalah kerakyatan akan dikaji semula
- Kedudukan Raja-raja akan terjamin
- Keostimewaan orang Melayu dilindungi
· Memenangi pilihanraya umum 1955 (51 daripada 52 kerusi)
· Tuanku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri dengan 10 orang Jemaah Menteri.
· British menguasi Kementeriaan Pertahanan dan Kewangan.
· Pesuruhjaya British berkuasa veto untuk menolok sebarang keputusan yang tidak dipersetujui.


2. Misi Merdeka
· Bulan januari 1956, Tuanku Abdul Rahman mengetuai perwakilan ke London untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
· Rombongan terdiri daripada 4 wakil Perikatan dan 4 wakil Raja.
· British berjanji akan memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
· Dalam rundingan itu sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk merangka Perlembagaan Tanah Melayu.

3. Suruhanjaya Perlembagaan
· Diketuai oleh Lord Reid dan dikenali sebagai Suruhajaya Reid
· Ahli-ahlinya ialah:
- Sir Ivor Jennings (Britain)
- Sir William McKell (Australia)
- B.Malik (India)
- Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

· Perkara yang dibincangkan
- Kedudukan raja-raja melayu
- Hak istimewa orang Melayu
- Kepentingan kaum lain

· Parti Perikatan menolak Perlembagaan yang terhasil itu.
· Sebab-seb di tolak
- Islam tidak diakui sebagai agam rasmi
- Membenarkan seseorang menjadi rakyat Tanah Melayu dan rakyat sebuah negara lain (2 kerakyatan serentak)
- Bahasa Tamil dan bahasa Cina digunakan dalam Majlis Perundangan selama 10 tahun selepas merdeka.
- Hak istimewa orang Melayu tidak dijamin.

· Sebuah jawatankuasa baru dibentuk untuk menkaji semula rang undang-undang perlembagaan itu.
· Tunku Abdul Rahman mengetuai perwakilan ke London.
· Perubahan dibuat dan Perlembagaan baru disediakan.
· 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman mengistiharkan kemerdekaan Tanah Melayu di Stadium Merdeka.




PERLEMBAGAAN 1957

­ Berdasarkan prinsip-prinsip demokrasi
­ Tanah Melayu mempunyai Parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara
­ Dewan Rakyat 104 ahli dipilih setiap 5 tahun.
­ Dewan Negara 38 ahli. Sebahagian dilantik dan yang lain dipilih.
­ Ketua Negara ialah Yang Di-Pertuan Agong
­ Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri
­ Perdana Menteri membentuk Kabinet
­ Setiap Negeri mempunyai Dewan Negeri.
­ Yang lahir di Tanah Melayu selepas 31 Ogos 1957 jadi warga negara. Yang lain boleh memohon untuk jadi warganegara
­ Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi
­ Keistimewaan Melayu kekal seperti pemberian tanah/biasiswa








PILIHANRAYA UMUM

1. Ahli-ahli yang dipilih dalam pilihanraya Umum 1955 terus memerintah sehingga tahun 1959.
2. Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri yang pertama.
3. Yang Di-Pertuan Agong yang pertama ialah Tuanku Abdul Rahman (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan)
4. Dalam pilihanraya 1959, 104 kerusi dipertandingkan.
5. Keputusan

Parti Perikatan
74 kerusi

Parti PAS
13 kerusi
(Kelantan & Terengganu)
Parti Sosialis
8 kerusi
(Kaw. Bandar Pulau Pinang & Selangor)
Parti Negara
1 kerusi



DETIK-DETIK KEMERDEKAAN MALAYSIA

1. Kewujudan Sistem Ahli 1951
¨ 9 tokoh tempatan dilantik menjadi ahli majlis Perundangan Persekutuan antara Dato’ Onn Jaafar, Dato Thuraisingam dan Tim HS Lee.
¨ Kesemua mereka dilantik – bertaraf Menteri.
¨ Tujuan – mendedahkan pemimpin tempatan terhadap selok belok pentadbiran negara.
¨ Semua ahli bertanggungjawab terhadap Pesuruhjaya Tinggi dan bukannya kepada majlis,

2. Pilihanraya majlis-majlis Tempatan 1951-1952
¨ Di Pulau Pinang ( 1 Disember 1951) Parti Redikal memang majoriti iaitu 6 drp 9. Parti-parti Buruh dan UMNO turut bertanding
¨ Di KL (16 Februaru 1952) Perikatan UMNO-MCA menang majoriti 9 drp 12 kerusi, 3 kerusi lagi dimernangi oleh Parti Negara dan Bebas
¨ Di Johor Bahru, Muar dan Melaka di menangi oleh Perikatan UMNO dan MCA

3. Pilihanraya Persekutuan Pertama 1955
¨ Berlangsung pada 27 Julai 1955
¨ Perikatan (UMNO, MCA & MIC) menang majoriti 51 drp 52 kerusi
¨ 1 kerusi dimenangi oleh PAS
¨ Parti lain yang bertanding termasuklah Parti Negara, Parti Buruh dan Parti Progresif Rakyat

4. Rombongan Merdeka 1956 ke London
¨ 8 wakil Persekutuan Tanah Melayu hadir iaitu 4 wakil Raja-raja Melayu dan 4 lagi wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd.
¨ Rundinmgan diadakan pada 18 Januari – 8 Februari 1956 dan keputusan telah dicapai dalam rundingan tersebut iaitu:
- British bersetuju berikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
- Mengarahkan ditubuhkan Suruhanjaya Reid untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

5. Suruhanjaya Reid
¨ Dipengerusikan oleh Lord Reid
¨ Bersidang sebanyak 118 kali
¨ Menerima 131 memorandum bertulis daripada pertubuhan dan individu
¨ Rang perlembagaan diluluskan oleh Majlis Perundangan pada 15 Ogos 1957 dan berkuat kuasa pada 27 Ogos 1957
¨ Bertugas untuk merangka Perlembagaan
¨ Ahli-ahli:
- Sir Ivor Jennings (Britain)
- Sir William McKell (Australia)
- B.Malik (India)
- Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

6. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
¨ Ditandatangani di Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1957

7. Pengistiharan Kemerdekaan
¨ Diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1957, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.


CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

A. Struktur Kerajaan
¨ Ketua Negara iakah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih oleh 9 Raja-raja Melayu dan berkhidmat selama 5 tahun atas nasihat Perdana Menteri , Majlis Raja-Raja dan kabinet .
¨ Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik daripada parti yang mendapat sokongan majoriti dan Dewan Rakyat. Beliau akan membentuk Kabinet yang bertanggung jawab kepada Parlimen.
¨ Parlimen terdiri daripada 2 dewan iairu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dan ahli Dewan Negara dilantik iaitu 2 orang oleh setiap Dewan Perundangan Negeri dan selebihnya 16 orang dilantik oleh DYMM Agong.
¨ Di peringkat negeri, Sultan?rja/Yang Di-Pertuan Negeri menjadi Ketua Menteri masing-masing. Manakala ketua kerajaan oleh Menteri Besar / Ketua Menteri. Ahli-ahli Majlis Perundangan Negara dipilih oleh rakyat untuk tempoh 5 tahun.

B. Kewarganegaraan
¨ Mereka yang telah mendapat warganegara sebelum hari merdeka.
¨ Semua yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Mjelayu pada atau selepas hari merdeka.
¨ Sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu dan telah bermaustautin selama 5 daripada 7 tahun boleh memohon menjadi warganegara sekiranya meeka mengetahui Bahasa Melayu dan bersedia mengangkat sumpah taat setia.
¨ Dua kerakyatan tidak dibenarkan kecuali bagi kerakyatan komanwel.

C. Lain-lain
¨ Kedudukan dan hak istimewa orang Melayu terpelihara.
¨ Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, tetapi kebebasan beragama dibenarkan.
¨ Hdan kebebasan bergerak, berhimpun dan bersuara tertakluk kepada batas-batas tertentu.






FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA
16 SEPTEMBER 1963

27 Mei 1961, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mencadangkan penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, sarawak dan Brunei atas faktor keselamatan, politik dan ekonomi.

¨ Ancaman komunis di Singapura. Parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew merosot pengaruhnya kerana pengaruh komunis telah meresap di sekolah-sekolah dan Kesatuan Sekerja. Pilihanraya di Anson dan Hong Lim, calon PAP dikalahkan oleh calon pro komunis. Tubku Abdul Rahman dan British bimbang komunis menguasai Singapura.
¨ Kemerdekaan semula wilayah yang bercantum. Sabah, sarawak masih tanah jajahan British. Singapura dan Brunei di bawah naumgan British yang belum merdeka. British enggan memerdekakan negara lain kerana ancaman komunis.
¨ Faedah ekonomi serantau. Negeri kurang maju seperti Sabah dan sarawak mendapat bantuan kewangan dari pusat. Singapura tidak dapat hidup sendiri kerana kekurangan sumber. Semua wilayah yang terlibat ada pertalian geografi dan sejarah dengan Tanah Melayu.
¨ Keseimbangan Penduduk: Singapura mempunyai majoriti penduduk kaum cina, tanah Melayu majoriti Melayu. Untuk meimbangakan kaum, Sabah, saarawak dan Brunei perlu dikekalkan untuk mengekalkan majoriti Melayu.
¨ Sokongan Kerajaan British: Menyekat ancaman komunis akan menjamin keselamatan. Ini akan melindungi pelaburan British.

Kesimpulannya: malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Brunei tidak menyertai Malaysia makala Singapura menarik diri pada 9 Ogos 1965.


LANGKAH-LANGKAH MEREALISASIKAN MALAYSIA

1. Mengadakan pungutan suara melalui Persatuan Parlimen Komanwel (CPA)
¨ Persidangan daerah diadakan dalam bulan Julai 1962
¨ Mencadangkan dibentuk Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia.

2. Penubuhan Jawatankuasa Perunding Perpaaaaduan Malaysia
¨ Ahli-ahli dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei dijemput sebagai pemerhati.
¨ Tugas-tugas jawatankuasa
- Mengumpul dan membandingkan pendapat dan pandangan mengenai pembentukan Malaysia.
- Menyebarkan keterangan mengenai cadangan Pembentukan Malaysia.
- Memulakan / menggalakkan perbincangan tentang Malaysia
- Menggalakkan aktiviti yang boleh membantu pembentukan Malaysia

3. Penubuhan Suruhanjaya Cobbold

4. Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC)
¨ Pengerusi – Lord Landsdowne, Timbalan – Tun Abd Razak Husin
¨ Laporan kandungan – Hak-hak istimewa kedua-dua wilayah Sabah dan Sarawak perlu dipelihara.

5. Pembentukan Pasukan PBB
¨ Rombongan PBB (diketuai oleh Michealmore) tiba untuk menyiasat pada bulan Ogos 1963.
¨ Pemerhati-pemerhati: Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina.
¨ Tugas-tugas:
- Menyemak pilihanraya di Sabah dan Sarawak.
- Semua kerja-kerja Suruhanjaya Cobbold bagi memastikan kesahihannya.
¨ Laporan:
- Pilihanraya dijalankan dengan baik
- Kerja-kerja suruhanjaya Cobbold betul dan perakuannya selaras dengan keadaan sebenar.

6. Pengistiharan Malaysia
¨ Perjanjian Malaysia ditanda tangani di London pada bulan Julai 1963
¨ Penyediaan Perlembagaan baru untuk Singapura, Sabah dan Sarawak
¨ Isu-isu yang diberi perhatian:
- Undang-undang Imigresen
- Persetujuan Pertahanan
- Pasaran bersama Malaysia
¨ Asas-asas pengistiharan:
- Malaysia diistiharkan secara rasmi pada 16 SEPTEMBER 1963, walaupun Indonesia dan Filipina membantah.
- Sejak itu BORNEO UTARA dikenali sebagai SABAH

7. Perpisahan dengan Singapura
¨ Berpisah dengan malaysia secara rasmi pada 9 Ogos 1965

PENENTANGAN TERHADAP MALAYSIA

1. Tentangan dari Dalam
¨ Reaksi penduduk dari parti-parti politik di Singapura, Sabah dan Sarawak.

2. Tentangan dari luar
¨ Tentangan dari Indonesia
ü Sikap pemerintah pemimpin Soekarno
ü Reaksi PKI
ü Dakwaan-dakwaan Indonesia
- Malaysia mengekalkan penjajahan (kuasa Inggeris) di Asia Tenggara.
- Malaysia bercadang mengambil alih Sumatera.
- Malaysia akan jatuh ke tangan orang cina dan seterusnya komunis.
- Borneo Utara dan Sarawak dipaksa bersatu dengan Tanah Melayu.
ü Konfrontasi

¨ Tentangan dari Filipina
ü Mendakwa Malaysia satu bentuk penjajahan baru
ü Mendakwa Sabah adalah miliknya (Kesultanan Sulu)


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI TENTANGAN

1. Sidang Kemuncak di Tokyo antara Tunku Abdul rahman dengan Soekarno
¨ Dalam perjalanan ke Tokyo, Tunku Abdul Rahman singgah di Manila untuk berunding dengan Presiden Macapagal.
¨ Sidang kemuncak di Manila antara ketiga-tiga pemimpin.

2. Pembentukan Pasukan PBB
¨ Menyiasat (memastikan sama) sama ada penduduk di Sabah dan sarawak bersetuju atau tidak menyertai Malaysia. Jika ‘ya’. Indonesia akan hentikan tentangannya.
¨ Menyemak kerja-kerja Suruhanjaya Cobbold.
Nota: Indonesia dan Filipina tetap tidak mahu mengaku laporan PBB walaupun pemerhati dihantar, alasan mereka kerana mereka tidak hadir pada peringkat awal pemeriksaan.

3. Penubuhan ‘MAPHILINDO’


PEMBENTUKAN MALAYSIA

1. Tujuan
¨ Menghalang kegiatan komunis
¨ Menyegerakan kemerdekaan Singapura, Sabah dan sarawak.
¨ Menyeimbangkan bilangan kaum
¨ Adanya persamaan ciri-ciri budaya dan ekonomi antara negeri-negeri tersebut.
¨ Sebuah persekutuan yang lebih besar akan membawa kepaada kemajuan ekonomi yang lebih baik.

2. Suruhanjaya Cobbold
¨ British menubuhkan sebuah Suruhanjaya untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.
¨ Suruhanjaya diketuai oleh Lord Cobbold, termasuk Dato’ Wang Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie.
¨ April 1962, mereka se Sabah dan Sarawak menjalankan tinjauan.
¨ Di Sabah parti UNKO, USNO, Pasuk Monogum dan Persatuan Cina Sabah menyokong.
¨ Di Sarawak, parti SNAP, PANAS dan BERJASA juga menyokong, tetapi Parti Bersatu Rakyaat Sarawak menentang.
¨ Di Singapura, Perdana Menteri Lee Kuan Yew menyokong, tetapi Parti Buruh dan barisan Sosialis menentang.
¨ Bulan September 1962, Lee Kuan Yew mengadakan Rujuk Suara dan keputuisannya 70% menyokong.
¨ Pada 1963, pilihanraya diadakan di Sabah dan Sarawak. Parti yang menyokong Malaysia menang.

3. Reaksi Brunei
¨ Di Brunei, Sultan Omar Ali menyokong, tetapi Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M.Azahari menentang.
¨ Azahari mendapat sokongan daripada pemimpin Filipina dan Indonesia.
¨ Azahari menubuhkan tentera gerila di kalimantan pada 1962 dan lancarkan pemberontakan
¨ British berjaya menumpaskan pemberontakan. Azahari melarikan diri ke Indonesia.
¨ Julai 1963, Brunei menyatakanhasrat enggan menyertai Malaysia kerana:
- Enggan bayar cukai ke atas pendapatannya selama 10 tahun
- Sultan Brunei mahu dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama, tetapi tidak dipersetujui oleh Kerajaan Tanah Melayu.

4. Penubuhan Malaysia
¨ Jawatankuasa Lord Landsdowne ditubuhkan untuk menyusun Perlembagaan Malaysia.
¨ 16 September 1963 Malaysia ditubuhkan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Singapura, Sabaj dan sarawak. (Singapura keluar pada 9 Ogos 1965)


























PEMBENTUKAN MALAYSIA



Cadangan Malaysia 1961



Suruhanjaya Cobbold, April 1961




Rujuk Suara Singapura, September 1962



Rombongan Bangsa-Bangsa Bersatu
Ke Sabah dan Sarawak, 1963


Brunei Menolak Cadangan Malaysia, Julai 1963



Pengistiharan Malaysia, 16 September 1963




Singapura Berpisah Dari Malaysia, Ogos 1965










PERKEMBANGAN PARTI-PARTI POLITIK

Parti Politik Melayu
1. Sebelum Perang Dunia Kedua terdapat dua buah pertubuhan politik Melayu, iaitu:
(a) Kesatuan Melayu Singapura
(i) Ditubuhkan pada tahun 1926 oleh Mohammad Eunos Abdullah.
(ii) Memperjuangkan kedudukan istimewa orang Melayu di Negeri-negeri Selat.
(b) Kesatuan Melayu Muda (KMM)
(i) Ditubuhkan oleh Ibrahim Yaacon pada tahun 1938.
(ii) Bergerak secara radikal menentang British untuk mencapai kemerdekaan.
(iii) Mencadangkan Tanah Melayu bercantum dengan Indonesia (Indonesia Raya).
(iv) Diharamkan oleh pihak British dan beberapa pemimpinnya ditangkap dan dipenjarakan.
2. Usaha untuk menyatukan orang Melayu di Tanah Melayu bermula sebelum perang dengan pergerakan beberapa pertubuhan sukarela seperti Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Kelantan, Persatuan Melayu Perak dan sebagainya.
3. Persatuan Melayu Selangor dan Kesatuan Melayu Singapura telah menganjurkan Kongres Melayu Pertama pada tahun 1939 dan menjelang 1940 sebanyak empat kongres telah diadakan.
4. Kesedaran politik orang Melayu bertambah semasa dan selepas pendudukan Jepun dan pengenalan Malayan Union tahun 1946 telah menyatukan orang Melayu.
5. Perhimpunan dalam Kongres Melayu pada bulan Mac 1946 telah bersetuju membentuk sebuah parti politik Kebangsaan, iaitu Pertubuhan Kesatuan Melayu Bersatu (UMNO).
6. UMNO pada mulakan melaksanakan sistem gabunagn dan pada tahun 1949 menyusun semula organisasinya dengan mempunyai sistem cawangan, bahagian dan pusat.
7. Parti Kebngsaan Melayu Malaya (PKMM) yang radikal telah keluar dari UMNO setelah gagal mempengaruhi ahli-ahli UMNO.
8. PKMM bergabung dengan parti Radikal Melayu yang lain seperti AWAS, dan API untuk membentuk PUTERA pada bulan Februari 1947.
9. PUTERA menentang perlembagaan baru bagi Tanah Melayu tetapi gagal kerana menerima tekanan daripada pihak British.
10. Beberapa pemimpin PKMM menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang British secara bersenjata.
11. Ahli-ahli parti radikal Melayu yang lain menubuhkan Parti Rakyat Malaya yang memperjuangkan ideologi sosialis tetapi gagal mendapat tempat.
12. Tahuh 1947, Parti Hizbul Muslimim (HAMIM) ditubuhkan oleh pelajar lepasan pengajian Islam tetapi diharamkan oleh pihak British.
13. Beberapa orang ahli HAMIM menjadi penggerak dalam Biro agama UMNO dan kemudian menubuhkan pula Persatuan Alim Ulama Se-Tanah Melayupada tahun 1951.
14. Persatuan ini didaftarkan sebagai Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) pada tahun 1955.
15. Pecahan daripada PAS kemudiannya melahirkan dua buah lagi parti politik Melayu berlandaskan Islam, iaitu:
(a) Barisan jemaah Islam Se-Malaysia (BERJASA) 1977
(b) HAMIM (1983)

Parti Politik Cina
1. Persatuan Cina Malaya (Malayan Chinese Association - MCA) ditubuhkan pada tahun 1949 untuk menjaga kebajikan dan kepentingan orang Cina.
2. MCA dipimpin oleh Tan Cheng Lock dan telah menjadi parti politik selepas menyertai Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dan Kerajaan Tempatan tahun 1952.
3. Parti Buruh ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1951 yang merupakan parti yang berideologi bukan perkauman.
4. Parti Buruh ini bergabung meliputi Parti Buruh di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka membentuk Parti Buruh Se-Malaya pada tahun 1952.
5. Tahun 1957 parti tersebut bergabung dengan Parti Rakyat Malaya sebagai Parti Barisan Sosialis.
6. Pada tahun 1966, Barisan Sosialis berpecah kerana masalah perkauman dan kemudian menaja penubuhan Parti Keadilan Masyarakat (KEMAS).
7. Dua buah parti kecil yang berpengaruh ialah:
(a) Malayan Party yang dipelopori oleh Dewan Perniagaan Cina
(b) Parti Radikal di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Dr. Lim Chong Yu.
8. Selepas memimpin Parti Radikal, Dr. Lim Chong Yu menjadi pemimpin MCA tetapi keluar dari MCA pada tahun 1959 dan menggerakkan Parti Demokrasi Bersatu (UDP) pada tahun 1962.
9. Pada tahun 1968, Dr. Lim Chong Yu menubuhkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

Parti Politik India
1. Di kalangan kaum India, mereka telah menubuhkan Kongres India Tanah Melayu (MIC) pada tahun 1946.
2. Tujuan MIC adalah untuk membela nasib orang India dan presiden pertamanya ialah John Thivy.
3. Parti Progresif Perak (PPP) ditubuhkan oleh dua beradik pada tahun 1953, iaitu S.P. Seenivasagam dan D.R. Seenivasagam.
4. Pada tahun 1956 parti ini ditukarkan kepada Parti Progresif Rakyat untuk meluaskan pengaruhnya kepada negeri-negeri lain.
5. Kaum India yang beragama Islam menubuhkan Parti Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) pada tahun 1974.
6. Parti Tindakan Rakyat (PETIR) telah meluaskan pengaruhnya ke Tanah Melayu selepas Persekutuan Malaysia.
Parti Politik Sarawak
1. Parti Politik Bersatu Sarawak (SUPP) ditubuhkan oleh sekumpulan orang Cina yang dipimpin oleh Ong Kee Hui pada tahun 1959.
2. Parti Negara Sarawak (PANAS) ditubuhkan pada tahun 1960 oleh Datu Abang Mustapha. PANAS merupakan parti pelbagai kaum tetapi akhirnya dianggotai oleh kaum bumiputera Sarawak sahaja.
3. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) ditubuhkan pada bulan Disember 1961 oleh Datuk Tuanku Haji Bujang.
4. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) ditubuhkan pada tahun 1961. Parti kaum Iban ini dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan.
5. Sebuah lagi parti kaum Iban yang ditubuhkan pada tahun 1962 ialah Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) yang dipimpin oleh Temenggungb Jugah Anak Barieng.
6. Tahun 1962, orang Cina menubuhkan Parti Cina Sarawak (SCA) yang dianggotai oleh kaum Cina yang berpendidikan barat.
7. Tahun 1963, PANAS, PESAKA, SNAP, BERJASA dan SCA bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak.
8. Tahun 1967, PANAS dan BERJASA telah dibubarkan untuk membentuk Parti Bumiputera Sarawak.
9. Tahun 1973, Parti Bumiputera Sarawak bercantum dengan Parti PESAKA untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dipimpin oleh Temenggung Jugah dan Abdul Rahman Yaacob.
10. PBB bergabung pula dengan SUPP dan SNAP dalam Barisan Nasional.
11. Tahun 1983, kaum Iban menubuhkan Parti Bangsa Dayak Sarawak yang diketuai oleh Leo Moggie.

Parti Politik di Sabah
1. Bermula pada tahun 1961, apabila beberapa persatuan Kadazan menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) yang dipimpin oleh Donald Stephens.
2. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang ditubuhkan oleh Datu Mustapha Datu Harun pada tahun 1961.
3. Tahun 1964, kaum Dusun menubuhkan Parti Kebangsaan Pasok Momogun Bersatu.
4. Orang Cina menubuhkan Persatuan Cina Sabah (SCA).
5. SCA, UNKO dan USNO bergabung menjadi Parti Perikatan Sabah dan berjaya memenangi pilihan raya peringkat Majlis Daerah.
6. Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) ditubuhkan oleh Haris Salleh pada tahun 1975.
7. Parti Bersatu Sabah (PBS) ditubuhkan oleh Joseph Pairin Kitingan pada tahun 1985.
8. Pada tahun 1989 ditubuhkan dua buah parti lagi iaitu Parti Rakyat Sabah (PRS) dan Angkatan Keadilan Sabah (AKAR)

No comments:

Post a Comment