Sunday, October 4, 2009

Modul Integriti

MODUL INTEGRITI

AKTA PENCEGAH RASUAH 1997


AKTA PENCEGAH RASUAH 1997

1. Akta Pencegah Rasuah 1997 (selepas ini disebut sebagai “Akta ini”) yang berkuatkuasa pada 8.1.1997 adalah gabungan dari tiga undang-undang rasuah yang terpakai sebelum ini iaitu:

I. Akta Pencegah Rasuah 1961 ;
II. Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 ; dan
III. Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, No.22 Tahun 1970

HURAIAN SEKSYEN UTAMA AKTA PENCEGAH RASUAH 1997

SEKSYEN 10 – KESALAHAN MENYETUJU TERIMA SUAPAN

Ciri-ciri kesalahan dibawah seksyen 10 secara ringkasnya adalah seperti berikut:-

1. Mana-mana orang yang dengan sendiri atau melalui orang lain yang:
A. Secara rasuah, meminta atau bersetuju menerima; atau
B. Memberi, menjanjikan atau menawarkan;

2. Apa-apa suapan sebagai dorongan atau upah bagi;
3. Mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan sesuatu, atau mana-mana pegawai suatu badan awam melakukan atau tidak melakukan sesuatu; dan
4. Berkenaan dengan satu perkara atau transaksi yang melibatkan badan awam tersebut.

Huraian:

Kesalahan di bawah seksyen 10 adalah sama dengan kesalahan rasuah seperti diperuntukkan dalam Akta Pencegah Rasuah, 1961. kesalahan rasuah yang dilakukan adalah kerana kesalahan memberi atau menerima suapan sebagai dorongan, upah, ganjaran atau balasan kepada seseorang untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu tindakan. Kesalahan ini juga termasuk perbuatan cuba melakukan, bersubahat atau berpakat jahat jenayah untuk malakukannya.

Perkara yang penting dalam kesalahan ini ialah perkataan secara rasuah atau corruptly. Perkataan rasuah yang membezakan sama ada perkara yang berlaku itu satu kesalahan atau tidak. Mahkamah telah memutuskan bahawa “secara rasuah” bermaksud dengan niat jahat.


Contoh:

A. Kesalahan memujukrayu suapan atau sogokan

Kes Datuk Hj. Idris, bekas Menteri Besar Selangor telah didapati bersalah kerana cuba mendapatkan wang sebanyak RM250,000.00 secara rasuah daripada Hong Kong and Shanghai Banking Corporation.

B. Kesalahan menerima suapan atau sogokan

Kes Datuk Hj. Harun Idris juga telah didapati bersalah kerana telah menerima wang tunai sebanyak RM25,000.00 dan RM225,000.00 daripada Hong kong and Shanghai Banking Corporation.


SEKSYEN 11 – KESALAHAN MEMBERIKAN ATAU MENYETUJU TERIMA SUAPAN OLEH EJEN

Terdapat 3 kesalahan yang diperuntukkan di bawah seksyen 11, iaitu:

1. Seorang ejen atau pegawai awam, secara rasuah menyetuju terima atau, memperoleh atau bersetuju untuk menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh satu suapan, sebagai dorongan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu berkaitan dengan urusan prinsipalnya.
2. Seseorang yang secara rasuah memberi atau bersetuju untuk memberikan atau menawarkan suapan sebagai dorongan kepada seorang ejen untuk melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu berkaitan denan urusan prinsipalnya: dan
3. Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipalnya, suatu dokumen yang diketahuinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipalnya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengelirukan prinsipalnya.

Huraian:

Kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 11(a), (b), dan (c) dalam Akta ini adalah sama seperti diperuntukkan di bawah seksyen 4(a), (b), dan (c) Akta Pencegah Rasuah, 1961. Kesalahan-kesalahan di bawah seksyen ini adalah berkaitan dengan kesalahan memberikan atau menyetuju terima suapan oleh ejen.

Kesalahan di bawah subseksyen (a) adalah kerana menyetuju terima atau memperoleh, atau bersetuju untuk menyetuju terima atau cuba memperoleh daripada mana-mana orang, untuk dirinya sendiri atau orang lain, apa-apa suapan sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan berhubung dengan hal-ehwal perniagaan prinsipalnya.

Subseksyen (b) pula adalah kesalahan memberikan atau bersetuju untuk memberikan atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan berhubung dengan hal-ehwal atau perniagaan prinsipalnya.

Manakala kesalahan yan diperuntukkan di bawah subseksyen (c) pula adalah kesalahan kerana mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu. Kesalahan ini adalah sama seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 4(c) Akta Pencegah Rasuah, 1961. Secara ringkasnya seksyen ini bermaksud, mana-mana orang dengan disedarinya (diketahui atau knowingly) mengemukakan; atau jika seorang ejen menggunakan apa-apa resit, akaun atau lain-lain dokumen yang mengandungi pernyataan palsu atau tak lengkap dengan niat hendak mengelirukan atau memperdayakan majikannya.

SEKSYEN 12 – PENERIMA ATAU PEMBERI SUAPAN ADALAH BERSALAH WALAUPUN MAKSUD TIDAK TERLAKSANA

Peruntukkan ini adalah sama seperti terdapat dalam seksyen 6 Akta Pencegah Rasuah, 1961 yang secara ringkasnya memperuntukkan penerima atau pemberi suapan adalah bersalah walaupun sebab suapan diberi itu tidak terlaksana atau perkara itu tidak ada hubungan dengan hal-ehwal atau perniagaan prinsipal.

SEKSYEN 13 – SECARA RASUAH MENDAPATKAN PENARIKAN BALIK TENDER

Seksyen ini memperuntukkan kesalahan bagi memberi suapan supaya sesiapa menarik balik tender atau meminta supaya ia menarik balik tender.



SEKSYEN 14 – PENYOGOKAN PEGAWAI BADAN AWAM

Seksyen ini adalah berkaitan kesalahan bagi mana-mana orang menawarkan rasuah kepada pegawai badan awam bagi melakukan salah satu perbuatan berikut:

a) Supaya pegawai itu mengundi atau tidak mengundi dalam mesyuarat badan awam itu:
b) Bagi melaksanakan atau tidak melaksanakan apa-apa perbuatan rasmi;
c) Membantu atau menghalang pelulusan apa-apa undi atau pemberian kontrak; dan
d) Supaya pegawai itu memberi atau tidak memberi sokongan atau tentangan atas sifatnya sebagai pegawai sedemikian.

SEKSYEN 15 – MENGUNAKAN JAWATAN ATAU KEDUDUKAN UNTUK MENDAPATKAN SUAPAN

Kesalahan di bawah seksyen 15 ini adalah kesalahan bagi seseorang pegawai badan awam menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan. Bagi maksud kesalahan ini, terdapat anggapan (presumption) di bawah seksyen 15(2) bahawa, sesiapa pegawai awam yang membuat keputusan berhubung dengan sesuatu perkara dimana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan, adalah dianggapkan telah menggunakan kedudukan untuk mendapat suapan.

Seksyen 15(3) pula menyifatkan seseorang anggota pentadbiran sesuatu negeri sebagai telah menggunakan kedudukan untuk suapan jika dia melanggar peruntukan dalam subseksyen 2(8) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. Di bawah seksyen 15(4) pula adalah tidak menjadi kesalahan jika pegawai itu bertindak sebagai wakil kepada badan awam lain yang mempunyai kawalan dan bertindak bagi kepentingan badan itu.

Huraian:

Seksyen ini adalah diubahsuai dari seksyen 2 Ordinan Darurat No.22 Tahun 1970. Di bawah Ordinan 22, seseorang itu adalah bersalah jika terlibat dengan corrupt practice. Corrupt practice bermaksud menggunakan kedudukannya untuk faedah kewangan atau faedah-faeadah lain bagi diri sendiri; saudara mara atau sahabat handainya (using his position for his pecuniary or other advantage). Kesalahan di bawah seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 ini adalah kerana menggunakan kedudukan bagi mendapatkan suapan, seperti yang ditafsirkan dalam seksyen 2 Akta baru ini.

Di bawah anggapan seksyen 15(2) Akta ini, sesiapa yang membuat sesuatu keputusan dimana dirinya, saudara atau sekutu mempunyai kepentingan adalah dianggapkan telah menggunakan kedudukannya untuk mendapat suapan. Oleh itu amatlah penting bagi sesiapa yang membuat keputusan, seperti pemilihan atau meluluskan kontrak dan sebagainya, meneliti pihak yang terbabit tidak mempunyai kaitan dengan dirinya, saudara atau sekutunya.

Di bawah seksyen 15(3) Akta ini pula, seseorang anggota pentadbiran disifatkan telah menggunakan kedudukan jika dia melanggar peruntukan dalam subseksyen 2(8) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

SEKSYEN 16 – PENALTI BAGI KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 10, 11, 13, 14 DAN 15 AKTA INI

Seksyen ini memperuntukkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan di atas. Secara umum, apabila disabitkan dengan kesalahan, seseorang itu boleh dihukum dengan penjara, iaitu tidak kurang 14 hari dan tidak lebih dari 20 tahun. Selain dari itu dia juga boleh dikenakan denda tidak kurang dari 5 kali nilai suapan atau 10 ribu ringgit, yang mana lebih tinggi.
Kes Rujukan: PP lwn. Mohd Salim Hamiddulrahman (1988) 4 CLJ 199.

Dibandingkan dengan Akta Pencegah Rasuah, 1961, hukuman maksima yang boleh dikenakan adalah dengan penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak melebihi RM10,000.00 sahaja.

SEKSYEN 17 – KEWAJIPAN UNTUK MELAPORKAN TERNSAKSI PENYOGOKAN

Secara ringkasnya seksyen 17(1) mewajibkan mana-mana pegawai badan awam yang diberikan, dijanjikan atau ditawarkan rasuah supaya melaporkan penawaran itu. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000.00 dan penjara tidak lebih 10 tahun.

Dalam Akta yang lama, hukuman yang boleh dikenakan adalah dengan denda sebanyak tidak lebih RM500.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedu-dua sekali.
Kes Rujukan: PP lwn Gooi Soon Seng

Seksyen 17(3) pula mewajibkan seseorang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperolehi atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh suapan, supaya melaporkan perkara tersebut seawal yang mungkin. Kegagalan berbuat sedemikian adalah suatu kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

SEKSYEN 21(4) – KERAHSIAAN ADUAN KEPADA BADAN

Seksyen 21(4) menjadikan satu kesalahan bagi siapa yang mendedahkan aduan yang dibuat itu kepada sesiapa selain dari pegawai Badan atau Pendakwa Raya. Aduan yang dibuat kepada Badan adalah rahsia sehingga tuduhan dibuat di Mahkamah.

Huraian:

Seksyen ini menjadikan satu kesalahan untuk sesiapa menhebohkan sesuatu aduan yang dibuat kepada BPR. Adalah diketahui umum bahawa tomahan rasuah adalah satu perkara yang mudah dibuat terhadap sesiapa jua. Tomahan sahaja adalah mencukupi untuk menjatuhkan nama baik seseorang. Seksyen ini menetukan bahawa tiada tomahan boleh disebarkan sehingga siasatan selesai dan ada bukti mencukupi untuk menuduh seseorang itu di mahkamah.

SEKSYEN 27(7) pula melindungi seseorang yang mendedahkan maklumat berikutan dari perintah oleh pegawai Badan Pencegah Rasuah semasa siasatan. Orang itu tidak boleh dituduh atau dituntut di mahkamah. Ini bermakna ia tidak boleh didakwa di bawah mana-mana undang-undang termasuk Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya.

SEKSYEN 32 – PERINTAH PENGISYRIHARAN HARTA DAN KESALAHAN MENGENAI KEGAGALAN MEMBERI PENJELASAN

Di bawah seksyen ini, Pendakwa Raya boleh memerintahkan seseorang yang disyakki melakukan kesalahan di bawah Akta ini untuk mengisytiharkan semua harta yang dimilikinya di dalam dan diluar Malaysia termasuk harta yang dipegang oleh orang lain bagi pihaknya dan juga oleh saudara dan sekutunya. Kegagalan mematuhi perintah ini adalah satu kesalahan di bawah seksyen 32(2).
Kes Rujukan: Tan Sri Muhamad bin Mohd Taib

SEKSYEN 32(3) merupakan satu peruntukan baru, jika didapati harta yang dimiliki oleh seseorang pegawai badan awam adalah berlebihan dari emolumennya, Pendakwa Raya boleh meminta orang itu memberikan penjelasan. Jika dia tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan, maka dia telah melakukan kesalahan.

Hukuman:

Hukuman yang boleh dikenakan bagi seseorang yang disabitkan dengan kesalahan di bawah peruntukan seksyen ini adalah:

A. Dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada dua puluh tahun ; dan
B. Didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai lebihan itu, jika lebihan itu dapat dinilai, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

SEKSYEN 49 – KETERANGAN TENTANG KELAZIMAN TIDAK BOLEH DITERIMA

Seksyen 49 menyatakan bahawa sesuatu kelaziman, practice atau amalan di dalam sesuatu profession, pertukangan, kerjaya pekerjaan atau upacara sosial tidak boleh digunakan sebagai suatu pembelaan di mahkamah bawah Akta ini.

Huraian:

Seseorang yang telah menerima sesuatu suapan itu tetap bersalah walaupun ia menyatakan bahawa suapan itu adalah hadiah harijadi dan sebagainya termasuk dalam mana-mana perayaan.

SEKSYEN 53 – PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT DAN MAKLUMAT

Di bawah seksyen ini umumnya semua pemberi maklumat kepada pegawai Badan adalah dilindungi dan tidak boleh didedahkan atau diperintahkan untuk didedahkan di dalam mana-mana mahkamah. Di dalam hal maklumat diberi pula, segala bahagian yan mengandungi identiti pemberi maklumat hendaklah dihapuskan, disembunyi atau dirahsiakan.

SEKSYEN 55 – TANGGUNGAN BAGI KESALAHAN DI LUAR MALAYSIA

Jika kesalahan di bawah ini dilakukan di luar Malaysia oleh warganegara atau pemastautin tetap Malaysia, maka kesalahan itu dianggap seolah-olah berlaku di dalam Malaysia dan semua peruntukan Akta ini adalah terpakai.


PUNCA, KESAN RASUAH DAN SYMPTOM

PUNCA RASUAH

1. PENYALAHGUNAAN KUASA

Melalui jawatan/amanah/kedudukanuntuk dapatkan suapan dalam membuat keputusan untuk diri sendiri, saudara-mara atau sekutunya yang ada kepentingan.

2. KELEMAHAN KAWALAN

- Diri sendiri
· Nafsu sekiranya tidak dikawal akan menghancurkan diri manusia itu sendiri.
· Rasulullah s.a.w menyifatkan:
· ‘peperangan melawan nafsu adalah satu jihad yang lebih besar daripada peperangan di medan perang’

- Dalaman Jabatan
· Kelemahan penguatkuasaan undang-undang
· Penurunan kuasa tanpa kawalan/budibicara tanpa had/kawalan
· Kurang ketelusan polisi, prosedur jabatan
· Ketiadaan saluran pemantauan (pengaduan)
· Kelemahan kepimpinan

3. KEWUJUDAN PELUANG

· Kepesatan pembangunan sosio-ekonomi (tekanan hidup serba mencabar)
· Amalan tradisi dan kebudayaan (kaburi mata orang ramai, menghalalkan pemberian melalui harijadi, perkahwinan, keraian dll)
· Kelemahan sistem dan prosedur dan kepimpinan
JENIS-JENIS RASUAH

a. Secara spontan tanpa rancangan
b. Dirancang satu daya usaha
c. Kemukakan dokumen palsu
d. penyalahgunaan kuasa

CIRI-CIRI RASUAH

a. Dua pihak
b. Secara sulit/tersembunyi
c. Majikan lain yang haram
d. melibatkan wang
e. Seks
f. Komisen


DUA FAKTOR UTAMA

‘Tamak’ dan ‘Peluang’ (Prof. John Hogarth – Prof of Laws-Canada)

Kajian 1991 Socio Ekonomic Research Unit (SERU)

· Sebab pegawai kerajaan terima rasuah
- Tamakkan wang/belanja lebih (80%)
- Tidak cukup setia (71%)
- Peraturan kerja longgar (70%)

· Sebab orang ramai beri rasuah
- Percaya pegawai kerajaan sanggup menyalahgunakan kuasa (70%)
- Pemberi rasuah tamakkan wang/harta (67%)
- Setelah usaha sesuatu dari kerajaan gagal (67%)

PP vs Datuk Tan Cheng Swee & others 1979 MLJ 166-179

Selaku Pesuruhjaya Perbandaran Melaka menggunakan jawatan awamnya meluluskan pelan projek perumahan Almac, yang mana dia sendiri merupakan pemegang saham, Pengarah dan Pengerusi Eksekutif Almac Sdn Bhd


APAKAH KESAN-KESAN RASUAH ?

1. Menjual maruah diri

· ‘Corruption is worse than prostitution. The latter might ebdabger the morals of an individual, the former invariably endanger the morals of the entire country’
(Menjual kuasa/menggadai maruah diri) Kars Kraus (Morality and Criminal Justice 1908)

2. Tumpuan pembangunan atau pelaburan tidak seimbang

· Akibat RASUAH, keputusan untuk pelaburan dan pembangunan lebih dipengaruhi oleh keuntungan peribadi pihak-pihak atau individu tertentu daripada kepentingan dan keperluan masyarakat

3. Menyebabkan kenaikan harga barangan (Kos modal)

· Kajian mendapati pengguna terpaksa membayar antara 10% hingga 20% lebih daripada harga sepatutnya

4. Rasuah mengakibatkan kehilangan nyawa

· Runtuhnya pasaraya di Korea Selatan
· Runtuhnya 19 blok lima tingkat di Sakhlin Island Rusia – 2000 mati (1995)
· Keretakan 26 blok rumah pangsa awam di Hong Kong 1995 – 80,000 penghuni dipindahkan – dakwa 11 orang ICAC
· Kemasukan senjata api, sisa toksid
· Lesen memandu JPJ – tidak test dll

5. Pengaliran keluar wang negara (Capital outflow)

· Wang yang diperolehi secara RASUAH selalunya disimpan di bank luar negara bagi mengelakkan dikesan/dirampas/tidak selamat. Ini menyebabkan banyak wang mengalir keluar/kehilangan modal

6. Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah

· “…kadar jenayah meningkat petanda kadar rasuah meningkat…” – (Syed Hussien Al-Atas)

7. Menjejaskan kecekapan dan kelicinan pentadbiran

· Perlu ‘speed money’ jika mahu tindakan segera diproses
· Berlaku melambat-lambatkan pengendalian tugas dan menafikan hak yang perlu perkhidmatan percuma




SYMPTOM RASUAH

1. Perubahan gaya hidup secara tiba-tiba
2. Kegagalan menjelaskan punca perolehan harta
3. Kerap bekerja lewat walaupun kerja kurang
4. Pengaduan melalui surat layang atau telefon
5. Enggan naik pangkat/pertukaran
6. Hidup tertekan kerana berhutang
7. Perhubungan rapat dengan kontraktor/pembekal
8. Terlalu mesra dengan pembekal dan kontraktor enggan berurusan dengan pegawai lain
9. Panggilan telefon yang mencurigakan
10. Suka hidup berlagak seperti orang kayaPenglibatan luarbiasa dengan jabatan lain.

No comments:

Post a Comment